Selepas Zul Ariffin, Giliran Raf Yaakob terbuka hati ikut Ebit Lew berdakwah

SEJUK hati Mawar Rashid apabila suaminya Raf Yaakob terbuka hati mengikuti program dakwah dan pengajian agama yang dianjurkan oleh personaliti dakwah Ebit Lew.

Mawar, 26, berkata dia sebak dan terlalu gembira apabila Raf atau nama sebenar Raden Ahmad Faizal Yaakob menyatakan hasrat mengikuti program berkenaan yang diadakan selama tiga hari itu.

“Semuanya kebetulan… sebelum ini Raf ada dipanggil ke rumah Ustaz Ebit Lew, semasa itu ustaz pelawa Raf ikut program bantuan dalam masa sama belajar agama. Untuk permulaan ini dia ikut kelas dakwah selama tiga hari di sekitar Lembah Klang.

“Saya cakap dengan Raf, ini memang doa saya. Saya suka suami pergi berdakwah, saya ada impian mahu suami beri tazkirah, ajar agama dan berdoa untuk kami sekeluarga selepas solat.

“Saya memang nak sangat dia pergi supaya boleh ajar kami sekeluarga dengan agama… semalam saya rasa sebak sampai tak boleh tidur, rasa sayu macam Allah dengar doa Mawar.

Raf ikuti kelas dakwah bersama Ustaz Ebit Lew.

“Tak boleh nak gambarkan betapa gembiranya saya sebagai isteri. Dulu Raf pernah ikuti pengajian agama di Kelantan, cuma sekarang ini dia terbuka hati untuk turun lebih kerap,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mawar berkata dia sentiasa menyokong penuh pembabitan suaminya dalam program dakwah sedemikian.

Apabila kami belajar agama, rasa makin bahagia… hati lagi tenang, Ya Allah rasa sebak sangat.

Secara tidak langsung, dia juga dapat memantapkan lagi agama dan memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

“Saya mula rasa kebahagian selepas berhijrah, saya pun ada masuk kelas agama bagi memperbaiki diri… belajar perlahan-lahan tentang agama.

“Jadi apabila suami pula belajar agama secara automatik saya pun akan ingatkan diri supaya sama-sama berjuang menuntut ilmu untuk jadi isteri solehah.

“Saya memang sangat-sangat menyokong keputusannya untuk mengikuti program begini, bila kami belajar agama, rasa makin bahagia… hati lagi tenang, Ya Allah rasa sebak sangat,” ujarnya.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6.

Zul Ariffin Bertemu Ebit Lew, Netizen Sejuk Hati Tengok

Sebelum ini, pelakon bertubuh sasa Zul Ariffin ada berkongsi kegelisahan yang bersarang di hati sehingga tumpah air mata jantan di Instagram miliknya.

Nampaknya, dia sekali lagi mencuri perhatian apabila ada berjumpa pendakwah kontroversi, Ebit Lew semalam,

Zul dilihat memuat naik sekeping foto bersama Ebit di ruangan Instagram namun tidak pula berkongsi dengan lebih lanjut apakah pengisian perjumpaan mereka.

“Alhamdullilah, semalam sangat hebat.” tulis Zul ringkas di bahagian kapsyen foto tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, peminat tampil meninggalkan komen nada teruja melihat dua figura ini bertemu.

“Alhamdullilah, sejuk mata melihat Zul bersama Ebit..” komen netizen.

Ada juga yang beranggapan Zul kini sudah mula untuk mempelajari ilmu agama apabila dia dilihat banyak mengikuti akaun media sosial yang menjurus ke arah ketuhanan dan dakwah Islam.Terdahulu, Zul ada membuat siaran langsung Instagram di mana dia mendakwa mengalami masalah kesihatan mental yang tidak stabil kerana tekanan menghadapi pandemik COVID-19.

Advertisement

Ujar pelakon filem Tombiruo ini lagi, dia berusaha untuk tidak berkongsi terlalu banyak masalah peribadi dalam media sosial kerana ia lebih banyak mengundang keburukan daripada kebaikan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*