‘Tak Apa Yang Penting HaIaI’ – Tegar Septian Kembali ‘Busking’ di Jalanan Demi Sara Anak Isteri

Nama penyanyi Tegar Septian kembali menjadi bualan netizen selepas dia memuat naik foto menyanyi dan bermain alat muzik di jalanan.

Selepas bergelar bapa, Tegar terus berusaha meraih pendapatan bagi menyara keluarganya.

Kini Tegar memberitahu dia kembali melakukan pekerjaan lama iaitu menyanyi dan menghiburkan masyarakat di jalanan.

Menerusi foto yang dikongsi di Instagram, Tegar dilihat menyanyi dan bermain gitar di persimpangan lampu isyarat.

Tidak berseorangan, penyanyi lagu Aku Yang Dulu Bukan Sekarang ini turut ditemani seorang lelaki bermain alat muzik dipercayai temannya.

” Tak apa yang penting halal,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian Tegar itu menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan mengagumi semangat Tegar yang tidak malu menyanyi di jalanan meskipun kini sudah bergelar penyanyi terkenal.

Sebelum ini, Tegar dilihat sering mengisi kehidupan sehariannya melalui kandungan pada aplikasi TikToknya.

Namun, nampaknya kemasyhuran Tegar kini mulai pudar kerana lambakan artis yang turut menggunakan aplikasi TikTok yang lebih popular daripadanya.

” Jujur, ya, sungguh menyedihkan. Tetapi, dari sedih, Tegar mengingatkan saya lagi, kembali lagi, jika Tegar harus bersemangat, dia harus terus bekerja,” kata Tegar, yang dipetik dari saluran YouTube TransTV Official, Khamis (14/1/2021).

Sesuai dengan namanya, penyanyi berusia 20 tahun ini akan tetap semangat meneruskan karier dalam industri hiburan dengan mencipta karya-karya terbaru.

” Apa yang anda lakukan untuk menjadikan diri anda viral lagi?” tanya Melaney Ricardo, pengacara rancangan bual bicara “Viral Coffee.”

” Seperti biasa, perlu ada ‘cover’, vlog, karya, lagu dan single terbaru,” kata Tegar.

Seorang lagi hos rancangan bual bicara tersebut, Ramzi, kemudian menitipkan doa dan pesanan buat Tegar, percaya bahawa pintu rezeki untuk Tegar lebih terbuka sekarang dia mempunyai keluarga.

” Apalagi sekarang ada isteri, ada anak, rezekinya harus dibuka,” kata Ramzi. “Amin, insya Allah,” jawab Tegar Septian.

Terdahulu, Tegar Septian telah bergelar bapa pada usia 19 tahun selepas isterinya, Sarah Sheilka, 23, selamat melahirkan bayi lelaki, pada Oktober tahun lalu.

Kisah populariti merudum, pulang ke desa dengan RM175

Pada 2016, kisah hidup Tegar yang ketika itu berusia 15 tahun telah mengundang air mata ramai.

Bermula sebagai ‘pengamen’ atau pemuzik jalanan, Tegar yang hanya tahu memetik gitar menjaja bakatnya dengan menghiburkan masyarakat di kampung halamannya di Subang, Jawa Barat, Indonesia.

Tuah manusia, tiada siapa yang menduga. Bakat Tegar dikesan, lalu ditawarkan peluang merakamkan album selepas klip videonya membuat persembahan di jalanan ‘meledak’ di laman YouTube. Sekelip mata, hidup remaja kampung yang naif ini berubah.

Nama Tegar mula masyhur. Tidak hanya di negara kelahiran, popularitinya melangkaui sempadan apabila lagu dendangannya, Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang turut popular di Malaysia. Undangan membuat persembahan mula diterima di sana-sini. Semua episod indah itu hanya sementara.

Malang yang datang bertimpa, termasuk dikatakan berpunca daripada bekas pengurusnya, Tegar rebah lalu hilang segala-galanya.

Menghilangkan diri hampir setahun, Tegar tiba-tiba bertandang ke Kuala Lumpur. Kesempatan itu dimanfaatkan untuk merungkai segala msteri di sebalik kehilangannya.

Tanpa dipaksa, air mata Tegar mengalir laju sebaik saja diasak pertanyaan mengenai kehilangannya.

Tegar memberitahu, memori pahit yang menimpa dirinya kira-kira dua tahun lalu, cuba dipadam daripada kotak ingatan. Keinginan yang kuat itu mendorongnya mencari jalan pulang ke kampung halaman di Subang.

Akui Tegar atau nama sebenarnya, Tegar Septian, kontrak bersama pengurusan dulu yang hanya tamat enam bulan lalu menyukarkannya untuk bergerak. Demi kelangsungan hidup, Tegar terpaksa menjual motosikal ‘motorcross’ miliknya.

” Saya pulang ke kampung hanya berbekalkan wang sebanyak 500,000 rupiah (RM175) dalam poket dan gitar yang dipulangkan. Mujur pasport saya diuruskan teman di Singapura, membolehkan saya pulang ke Indonesia.

” Hampir setahun saya duduk di kampung. Tetapi enam bulan pertama, aktiviti nyanyian saya tidak dapat diteruskan. Ini kerana saya masih terikat dengan syarikat pengurusan terdahulu.

” Apabila ‘lepas’, baru saya kembali menyanyi. Sepanjang tempoh itu, saya bukan menghilang tetapi boleh dikatakan saya menebus kembali masa bersama keluarga selain menyuntik semula semangat,” katanya pada 2016

Sumber:mstar dan kompas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*