Cer4i isteri ambil suntik4n v4ksin C0vid, Zizan tye terus kepada Ustaz Azhar dari segi hvkum

Kuala Terengganu: Seorang lelaki sanggup melafazkan taklik ke atas isterinya di media sosial disebabkan pasangannya itu mendapatkan suntikan v4ksin C0vid-19.

Suri rumah berkenaan kemudiannya menghubungi peguam syarie bagi mendapatkan khidmat dan pengesahan sama ada taklik dilafazkan suaminya melalui Facebook itu sah atau sebaliknya.

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik melalui Facebook peguam syarie itu, suami isteri berkenaan adalah pasangan jarak jauh (PJJ) dan kejadian dilaporkan berlaku semalam.

Penguam syarie Maryam Wafda Kamilen daripada Tetuan Wafda Kamilen & Associates ketika dihubungi mengesahkan menerima pertanyaan daripada suri rumah berkenaan.

Katanya, suri rumah itu mengakui mengambil suntik4n vaksin dos pertama tanpa pengetahuan suaminya Selasa lalu.

“Ketika berbual melalui telefon mengenai vaksin, lelaki berkenaan melarang isterinya mendapatkan suntikan vaksin dan jika ingkar maka akan jatuh taklik.

“Suri rumah itu menghubungi saya untuk mendapatkan kepastian sama ada taklik dilafazkan suaminya jatuh atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Maryam Wafda yang turut mengesahkan kes itu bukan kali diterima syarikat guamannya berkata, suri rumah itu dinasihatkan merujuk kes berkenaan kepada Mahkamah Syariah untuk pengesahan.

Katanya, terdapat empat kes berkaitan dengan isu yang sama diterimanya sejak berlakunya penularan pandemik Covid-19 dan keperluan rakyat mendapatkan suntikan vaksin.

“Kami bersedia menawarkan perkhidmatan kepada semua suri rumah yang berhadapan dengan situasi itu.

“Kami menyarankan suri rumah yang berdepan dengan situasi itu supaya segera memfailkan kes itu di Mahkamah Syariah,” katanya.

Zizan Tanya UAI Dari Segi Hukum

Dalam satu FORUM SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN malam tadi Zizan Razak telah bertanya perihal masej tersebut kepada  Ustaz Azhar Idrus

Menurut Ustaz Azhar, beliau hanya mengulas berdasarkan keratan masej yang tersebar sahaja dan perlu untuk semak kembali dengan pasangan terbabit situasi sebenar

Berdasarkan masej perbualan tersebut, Ustaz Azhar jelaskan yang lafaz tersebut tidak lengkap, kerana suatu ikatan perkahwinan itu di bina atas satu ikatan yang kukuh melibatkan dua orang saksi dengan lafaz yang jelas. Begitu juga dengan lafaz taklik, perlu di lakukan dengan jelas dan berdasarkan situasi tertentu sebelum sesuatu ikatan perkahwinan tersebut terlerai

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*