Selalu Isi Minyak RM1.50, Hari Ini Isi 60 Sen Ja. Bila di tanya, jawapan Pak Cik Ni Buat Mereka Sentap

Setiap manusia tidak akan lari daripada diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang, ada yang diuji dengan kesempitan hidup, kehilangan individu yang tersayang dan banyak lagi. Namun, sebagai hambaNya kita perlu akur dengan setiap perancangan Allah S.W.T.

Isi minyak 64 sen sahaja

Foto: Geehan’s Nurjehan

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Geehan’s Nurjehan menjadi saksi seorang warga emas yang hanya mengisi minyak dengan harga RM0.60 sen sahaja. Susulan daripada itu, wanita ini meminta suaminya untuk bertanyakan khabar kepada warga emas ini.

Allahuakbar, kami nak isi minyak depan kami pakcik ni. Tengok-tengok dia isi minyak 64sen ja. Ya Allah…Ya Allah…sebaknya. Cepat-cepat mintak suami turun tanyakan pakcik ni punya khabar.

Mengulas lebih lanjut, warga emas ini menceritakan selalunya dia hanya mengisi minyak sebanyak RM1.50 sahaja bagi menampung keperluan motosikalnya. Apa yang lebih meruntun hati apabila warga emas ini menceritakan dia sedang mencari kerja dan menjelaskan boleh bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Pakcik ni kata selalu die isi RM1.50 je. Kalau kita rasa susah ada lagi orang susah daripada kita. Insaff pada kita 60sen macam tak ada nilai. Tapi untuk pakcik ini sangat bernilai.

Yang paling kami sentap dia kata pakcik doa nak m4ti je dik. Pakcik nak cari kerja…kerja guard je boleh.

Semoga dimurahkan rezeki!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa warga emas ini dan mendoakan supaya dia terus dimurahkan rezeki.

Sumber: Geehan’s Nurjehan

Pekerja, majikan terkes4n C0vid-19 diminta dapat faedah SIP

Pekerja dan majikan dalam semua sektor termasuk peruncitan dan membeli-belah yang terkesan akibat pande.mik C0vid-19 diminta mendapatkan bantuan atau faedah sementara ditawarkan kerajaan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, antara bantuan SIP bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan adalah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA), Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB), Elaun Latihan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan.

“Selain itu, fi latihan juga dibayar kepada penyedia latihan yang berdaftar dengan jumlah maksimum sebanyak RM4,000.

SIP merupakan satu program jaringan keselamatan sosial bertujuan membantu pekerja kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan secara sementara dan membantu mereka yang terkesan untuk mendapatkan pekerjaan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan individu berinsurans akan diberi nasihat dan bantuan serta peluang untuk meningkatkan kemahiran melalui skim latihan disediakan kerajaan.

“Pekerja yang kehilangan pekerjaan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia secara dalam talian berhubung permasalahan dihadapi,” menurut kenyataan itu.

KSM turut meminta agar permohonan tuntutan faedah SIP dibuat sama ada secara dalam talian di Portal SIP atau hadir di mana-mana kaunter Perkeso berhampiran.

Selain itu, pekerja yang terkesan juga boleh melayari Portal Pekerjaan Negara MYFutureJobs yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

“Pada masa ini terdapat 242,598 kekosongan jawatan aktif yang berdaftar di bawah Portal Pekerjaan Negara MYFutureJobs,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari pautan https://eiscentre.perkeso.gov.my/ms/utama/ atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1-300-22-8000 atau melalui e-mel ke eis@perkeso.gov.my. – Bernama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*