Nak jadi mak tiri Jebat, sekali Nabila nak tapis dulu?

PETALING JAYA – Ucapan pelakon Sharnaaz Ahmad sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Jebat Jayden ketiga tahun hari ini mencuri perhatian selepas bekas isterinya, Noor Nabila turut meninggalkan komen mencuit hati netizen.

Dalam ruangan komen, kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa itu memuji bekas suaminya yang berjaya menjadi seorang bapa penyayang terhadap Jebat.

“Terima kasih baba (panggilan Jebat kepada Sharnaaz) kerana telah menjadi bapa yang baik dan penyayang kepada Jebat.

“Dia sangat bertuah kerana mendapat bapa seperti awak,” tulis Nabila.

Paling mencuri perhatian ialah apabila Nabila turut berseloroh supaya mana-mana wanita yang memasang niat untuk menjadi ibu tiri kepada Jebat perlu ditapis olehnya terlebih dahulu.

“Yang nak hantar resume boleh ‘cc’ (sertakan salinan) sini sekali,” seloroh Nabila.

Komen tersebut seterusnya mendapat lebih 1,600 tanda suka dan disambut dengan gelak tawa netizen.

Sementara itu, dalam entri berkenaan, ucapan Sharnaaz turut menyentuh jiwa pengikutnya apabila dia memohon maaf sekiranya tidak menjadi seorang bapa yang baik kepada Jebat.

“Nanti sudah pandai baca, bacalah ya. Baba minta maaf kalau tidak menjadi yang terbaik tetapi akan cuba untuk memenuhi setiap impian Jebat.

“Awak akan membesar tetapi akan sentiasa menjadi Spiderman kecil yang sukakan ayam bakar, tengkorak dan perempuan cantik,” ujar pelakon filem Jebat itu.

Selain ucapan untuk anaknya, dia turut menitipkan selamat ulang tahun kelahiran ke-36 buat dirinya yang turut jatuh pada hari yang sama.

“Selamat hari jadi kepada Jebat dan saya juga.

“Selamanya menjadi nombor satu. Kepada yang mahu jadi mak tiri, bolehlah hantar permohonan kepada Jebat,” katanya lagi.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai tahun lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat pada 30 Ogos 2018.

Manakala, Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor, 36, sekali lagi mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, di sebuah masjid di ibu negara pada 19 Mac lalu

Sharnaaz Ahmad dan Azira Shafinaz .. bercinta

Terdahulu timbul pula dakwaan kononnya Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad telah bertemu seseorang buat penganti.

Menerusi laman sembang Cari, sebuah paparan skrin InstaStory milik Sharnaaz dikongsi memaparkan aktor drama Cinta Bukan Kristal itu bergambar dengan aktres Azira Shafinaz.

Berdasarkan gambar di InstaStory tersebut, Sharnaaz mengucapkan terima kasih kepada Azira yang juga ahli kumpulan DeFam, disertakan emoji ‘k!ss’ kerana memberikan hadiah pelitup muka.

Sebelum ini, aktor berusia 36 tahun itu juga pernah memuat naik sebuah p0sting sempena ulang tahun kelahiran Azira yang ke-29 pada 26 September lalu.

Selain itu, ada juga beberapa pengguna laman Twitter berharap agar pasangan pelakon yang pernah berg4ndingan dalam drama Isteri Mister! itu akan bertemu jodoh satu hari nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*