Susulan insiden pingat emas dan rekod dunia atlet lontar peluru para negara kita, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 ditarik balik, ramai netizen Malaysia tidak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku.
Keputusan itu bukan saja menimbulkan rasa sedih namun ada netizen yang tidak berpuas hati sehingga ke tahap ‘menyer4ng’ akaun media sosial pemenang pingat emas dari Ukraine, Maksym Koval.
Ziyad Lontar Peluru Olimpik Tokyo
Pelbagai posting tentang kemenangan Maksym dilihat telah dibanjiri komen-komen dari netizen kita yang bengang pingat emas Ziyad ‘dirampas’ selepas tamat perlawanan dan dinobatkan sebagai juara.
“Akaun pertama saya telah dig0dam oleh orang Malaysia”
Bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat tindakan netizen Malaysia menyerang Maksym secara peribadi di akaun Instagram, agak keterl4luan. Seorang netizen berkata, seharusnya netizen itu semua tahu bantahan atau kemar4han hanya perlu disalurkan kepada pihak Sukan Paralimpik Tokyo 2020, bukanlah terhadap atlet tersebut.
Bayangkan, Maksym sendiri telah tampil meminta maaf atas insiden yang berlaku selepas akaun Instagram pertamanya diserang bertubi-tubi oleh netizen Malaysia sehingga ia digodam. Selepas membuat akaun yang baru, atlet itu terus memuat naik permohonan maaf di Instagram story atas apa yang dilalui dan dirasai oleh rakyat Malaysia ketika ini.
Akaun pertama saya telah digodam oleh orang Malaysia selepas Malaysia menyerang serta spam komen pada semua hantaran saya di Instagram.”
Maaf.”
“Semangat tentera bawang kita memang tinggi tapi…”
Melalui perkongsian seorang netizen di Twitter, boleh dilihat ramai netizen kita meninggalkan komen yang negatif di posting Instagram peribadinya sebelum ini, malah ada yang mengejek atlet tersebut.
Netizen berkenaan berkata tindakan ‘tentera bawang’ Malaysia itu dikira melampau kerana sampai tahap meng.utuk dan menghi.na status Makysm sebagai OKU.
Kau ku.tuk atlet tu cac4tlah, OKU lah bagi aku korang dah melamp4ulah. Janganlah hin.a macam tu sekali. M4lulah aku baca (komen).”
Ramai netizen lain tidak bersetuju dan tidak suka dengan tindakan mereka yang menyerang Maksym secara peribadi kerana sepatutnya kemarahan itu dilontarkan dan dibangkitkan kepada pihak pengurusan temasya sukan tersebut.
Apatah lagi, menurut mereka atlet para ini lebih sensitif dan emosi juga boleh terjejas disebabkan hal-hal sebegini. Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakan agar Ziyad tabah dengan insiden yang berlaku ini dan berharap atlet itu kekal bersemangat untuk perlawanan di masa hadapan.
Facebook Kedutaan Ukraine Tutup Ruangan Komen, Ter0k D!ser4ng Warganet Malaysia
Kemenangan atlet negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara Iontar peIuru kategori F20 (masalah pembelajaran) di sukan Paralimpik Tokyo semalam direntap oleh pihak penganjur apabila terdapat protes dari Ukraine yang menduduki tempat kedua dan ketiga kerana isu kelewatan masuk ke “call room” (bilik menunggu) sebelum pertandingan bermula.
Artikel Berkaitan: Keputusan Penarikan Semula Emas Kedua Buat Negara Kekal, Ziyad Moh0n Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia
Sejak semalam warganet sudah mula menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Di Twitter, Facebook dan Instagram semua orang mendesak agar emas itu dikembalikan kepada Ziyad Zolkefli. Mereka berpendapat protes itu tidak berasas dan seolah-olah mahu menafikan kemenangan Ziyad yang bukan sahaja memenangi emas tetapi berjaya memecahkan rekod dunia.
Tidak cukup dengan itu, difahamkan bahawa warganet Malaysia turut menyrang halaman Facebook Kedutaan Ukraine di Malaysia sehingga memaksa mereka menutup ruangan komen. Kelihatan di halaman rasmi Kedutaan Ukraine di Malaysia hanya membenarkan orang-orang tertentu sahaja untuk meninggaIkan komen.
Situasi genting yang menaikkan kemarahan rakyat Malaysia turut mendapat perhatian Duta Besar Ukraine di Malaysia Olexander Nechytaylo. Di dalam satu hantarannya di Facebook, beliau berkata bahawa terdapat beberapa persoalan mengenai keputusan lemah pihak penganjur sehingga tercet0snya kontr0versi tersebut, “Soalan-soalan ini harus ditangani dengan cepat dan telus untuk menjaga semangat Sukan Olimpik,” katanya.
Beliau turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan Ziyad Zolkefli, “Saya mengucapkan tahniah kepada Ziyad Zolkefli dengan prestasi yang luar biasa, memecahkan rekod dunia dalam F20. Dia memang akan kekal sebagai juara sejati di hati banyak orang, bukan hanya rakyat Malaysia,” katanya dalam hantaran yang dimuat naiknya semalam. – Sumber dipetik dari The V0cket, Facebook
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!!
Leave a Reply