‘Secara Jujur Saya Letih Sikit’ – TMJ Bagitahu Apa Akan Berlaku Jika Dia Tinggalkan JDT

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) menerusi InstaStory memberitahu berasa sedikit letih dan sedang memikirkan sama ada ingin terus mengendali atau meninggalkan pasukan juara Liga Super itu.

Artikel Berkaitan : Pemain JDT Tweet ‘Teringin’ Nak Main Bola, Ini Teguran TMJ – ‘Siapa Kerja Keras, Dia Dapat Main’

50/50 nak tinggalkan JDT

Baginda bertitah demikian susulan menjawab pertanyaan daripada seorang individu di Instagram yang bertanyakan sama ada betul atau tidak baginda bakal meninggalkan kelab bola sepak yang dipimpinnya sejak dari 2014 lagi.

Saya dah 8 tahun menguruskan JDT FC. Sejujurnya saya letih sikit. Tetapi jikalau saya angkat kaki. Segala-galanya akan musnah. Players akan pergi, sponsors cabut dan kakitangan satff pun akan pergi.

Titah baginda lagi, faktor utama baginda menguruskan JDT FC adalah disebabkan minat dan berpendapat bahawa seseorang individu itu perlu mencari sesuatu yang baru jika berasa tidak gembira lagi dalam melakukan perkara yang sudah menjadi kebiasaan.

Walau bagaimanapun, baginda meluahkan rasa letih dan masih tidak pasti lagi untuk meninggalkan kelab berkenaan kerana baginda mempunyai tanggungjawab yang lain.

So saya 50/50. Tetapi dengan secara jujur saya letih sikit. Kerana ‘saya mengurus bola sepak oleh kerana minat tetapi saya tidak perlukan bola sepak’.

Dan dalam hidup apabila kita tidak rasa gembira atau happy buat sesuatu, kita harus cari benda lain. Saya pun banyak tanggungjawab lain. So buat masa ini 50/50.

Betul ke Tunku nak tinggalkan JDT?

“Tapi jikalau saya angkat kaki. Segala-galanya akan musnah. Players akan pergi, sponsors cabut, dan kakitangan staff pun akan pergi”

Sumber : hrhcrownprinceofjohor

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*