Iqbal dah pasrah tak jadi nikah siap kongsi sesuatu ini. Ini kata kata terakhir Iqbal buat DSV dan pengikutnya.

Hampir setiap hari ada saja kisah mengenai hubungan cinta usahawan Datuk Seri Vida dengan Ahmad Iqbal Zulkefli yang tidak direstui anak-anak sehingga segelintir warganet mula berasa muak.

Tetap menyimpan perasaan sayang, usahawan berusia 27 tahun itu reda sekiranya mereka tidak dijodohkan bersama kerana beranggapan usahanya seakan sia-sia. Usahawan muda, Iqbal Zulkefli memaklumkan dia tidak akan lagi memaksa jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), mendirikan rumah tangga dengannya. Kata Iqbal kepvtusan itu dibuat demi menjaga maruah dirinya yang selama ini dilihat telah lama mengimpikan perkahwinan bersama Vida.

“Saya memohon maaf atas vir4l yang berleretan tentang hubungan saya dengan DSV. Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi berkeras mahu menjadikan DSV sebagai isteri, seandainya beliau masih tidak menuju ke arah itu. Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernik4h,” katanya.

Iqbal menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram (IG) Story miliknya. Pun begitu, Iqbal yang juga bekas pembantu peribadi Vida pada tahun 2016 itu sekali lagi mengingatkan kisah percintaannya bukan tujuan marketing.

“Demi Allah, ini bukan marketing semata-mata meskipun benar beliau ada selitkan promosi produk dan saya beritahu DSV, jika saya lebih dikenali saya mahu bantu naikkan sales syarikatnya. Bagaimana pun, Iqbal memberitahu dia masih menyayangi Vida dan reda jika mereka tiada jodoh.

“Saya tetap menyayangi beliau seperti biasa. Saya reda jika kami tiada jodoh. Saya fikir ini bukan terlalu awal saya mengalah. Setiap waktu saya serius katakan bahawa saya mahu berkahwin. Saya banyak perjuangkan hvbungan ini, namun saya risau cinta beliau tidak seteguh seperti usaha saya. Saya risau disaat saya sakit dan jatuh adakah beliau sanggup ada bersama saya,” luahnya lagi.

Kisah hvbungan cinta Iqbal dan Vida hangat diperkatakan sejak kurang sebulan lalu namun perkahwinan mereka dihalang oleh anak sulung jutawan kosmetik itu iaitu Cik B yang berkeras tidak bersetuju.

Antara luahan Iqbal di Instastory

Menerusi laporan sebelum ini, anak sulung kepada Vida iaitu Cik B menghalang hubungan mereka kerana faktor perbezaan usia 22 tahun antara ibunya dan Iqbal. Kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 16,, dia sangsi mengapa Iqbal, 27, begitu bersungguh untuk memperisterikan Vida yang berusia 49 tahun.

Selepas Cik B secara terbuka menghalang cinta ibunya itu, kini adiknya Muhammad Eric Zecquan Muhammad Amin, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak turut senada. Dalam pada itu, Iqbal yang juga bekas pembantu Vida menegaskan hubungan mereka itu tidak mempunyai kaitan dengan ‘marketing‘ semata-mata seperti yang didakwa segelintir pihak. Sumber : mStar

Terkejut ini reaksi dari kacak bila Iqbal tawarkan 1 juta sebulan. Selamba je kacak boleh buat macam ni.

NAMPAKNYA bekas pembantu Datuk Seri Vida iaitu Ahmd Iqbal Zulkefli bekerja keras untuk memenangi hati anak-anak jutawan kosmetik itu. Selepas Cik B secara terbuka menghalang cinta ibunya itu, kini adiknya Muhammad Eric Zecquan Muhammad Amin, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak turut senada.

Ketika berkongsi pendapatnya tentang hal itu kepada mStar, Eric berkata Iqbal bukanlah calon yang sesuai jika ibunya mahu berkahwin lagi “Ya betul… dia (Iqbal) sesuai jadi abang sahaja. Saya dengan Cik B sepakat/” katanya kepada mStar.

Namun ketika ditanya tentang kenyataan Iqbal bahawa dia menangis sambil meminta supaya menjaga ibunya dengan baik seperti yang disiarkan mStar sebelum ini, Eric menafikannya. “Saya tidak menangis, saya cuma berkata supaya jaga mama baik-baik. “Mungkin cara saya mesej ketika itu nampak seperti saya menangis,” katanya sambil menggelengkan kepala

“Abang janji bagi Cik B sejuta sebulan” -Iqbal sungguh2 minta izin jaga DSV

” Abang nak jaga mama, mama dah semakin tua.. jangan samakan abang walaupun mama dah kahwin sepuluh kali pun..” Itu penjelasan usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli dan nampaknya rancangan untuk menikahi Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida dilihat bukan lagi perkara mainan.

Menurut Iqbal, 27, walaupun anak sulung Vida iaitu Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, tidak merestui hubungan mereka, namun dia mengharapkan agar diberikan peluang. Malah dakwa Iqbal, dia gembira apabila adik Cik B iaitu Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin, 14, atau lebih terkenal sebagai Kacak menerima kehadirannya dalam keluarga mereka.

”Kacak sangat baik dengan saya… sangat rapat. Dia menangis, dia nak saya jaga ibunya. ” Jadi perkahwinan ini memang akan berlaku. Cik B… abang nekad nak jaga mama. Kalau abang gagal dalam masa dua atau tiga tahun, Cik B buanglah abang, letak abang jauh-jauh.” katanya ketika ditemui mStar.

Sebelum ini portal terkenal mStar melaporkan tentang perasaan Cik B yang geli dengan cara Iqbal meluahkan perasaannya kepada Vida. Lebih menimbulkan rasa kurang selesa apabila Iqbal dilihat terlalu mencuba untuk mendekati Vida apabila memanggil anak-anak usahawan itu sebagai “anak kita”.

” Saya faham bagaimana perasaan Cik B, bagaimana marahnya apabila seorang anak inginkan perhatian. ” Saya tidak marah pada Cik B walaupun dia kata dia taknak ayah, saya faham.. bahkan dia cakap dia geli apabila saya sebut kepada DS Vida ‘anak kita’.

”Sedangkan saya berkata begitu sebab saya sudah bersedia dah saya sudah menganggap Cik B anak saya. Iqbal kemudian disoal mengenai perbezaan umur antara mereka iaitu 22 tahun dan adakah Iqbal pernah menjalin hbngan dengan mana-mana wanita.

”Pernah, dan saya pun hampir barkahwin. Itupun masa nak kahwin saya beritahu DS Vida semua sama ada boleh ke saya berkahwin.. namun tak jadi kahwin dan memang susah saya nak lupakan DS Vida.

”Banyak perkara sebenarnya yang orang tidak tahu.. yang orang tahu hanya nak kritik saya mahu rebut duit dan harta orang. Pada saya pemikiran begitu kita tidak terbuka sedangkan di negara luar benda ini (perkahwinan beza usia) adalah normal.

Iqbal turut memberikan reaksi beliau selepas komen-komen warganet yang mengkritik tndakan beliau mahu mengahwini DS Vida. ”Saya terima, tapi awak semua ingat saya macam budak mentah, yang tak ada cita-cita dan tak ada duit semua tu ke? Nak kata terasa, tidak.. sebab saya dah kebal..

”Saya dah cukup duit, nak berapa puluh juta lagi? Cuma saya nak bimbing dia untuk menjadi lebih baik.. Kalau bukan saya, siapa lagi.. saya tunggu untuk siapa yang mahu kahwin dengan DS Vida.. Berdasarkan kata-kata dan reaksi wajah ditunjukkan Iqbal ternyata dia begitu sayang dengan DS Vida.

Persoalannya adakah betul perkahwinan itu akan berlangsung pada hujung tahun ini. ”Betul, kalau ikutkan plan saya dah bincang dengan DS Vida tentang tema dan lokasi perkahwinan. Saya juga sudah hubungi kakak kepada DS Vida dan perkahwinan itu akan betul-betul berlaku.

Iqbal kemudian diminta untuk memberi kata-kata kepada anak-anak DS Vida, Cik B dan Kacak supaya dia berasa lembut hati. ”Assalamualaikum Cik B. Abang tak mahu apa-apa pun, abang dah ada duit semua..dah ada rumah semua. Mama pun semakin berusia, Cik B pun tahu mama selalu dengan abang.

”Kali ini abang betul-betul tekad untuk menjaga mama.. kalau abang tak jaga mama dalam masa dua, tiga tahun.. Cik B buang abang jauh-jauh. ”Abang pun berjanji untuk bagi nafkah kepada mama satu juta sebulan.. untuk Cik B satu juta sebulan ke.. Cik B dan Kacak jugak ke.. boleh semua…” luah Iqbal. Sumber:mstar

Cik B tetap tak setuju kalau Ds Vida nak kahwin. Tak bole berdiam sekali Cik B bagi amaran nak dedahkan sesuatu yang boleh jatuhkan Iqbal dan Ds Vida.

Sebelum ini, Cik B pernah menjawab dakwaan warganet yang cakap dirinya bersikap ‘selfish’ gara-gara tidak merestui hubungan Datuk Seri Vida dengan Iqbal. Tegas pemilik nama Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, dia hanya menginginkan ibunya bahagia selama-lamanya bukan hanya sementara. Terbaru, Cik B dilihat menjawab segala solan yang ditanya oleh warganet menerusi Instagram Storynya.

Cik B tak kesian dekat mama?

Menerusi kotak soalan ‘Tanyalah Kami’, seorang individu telah bertanya kepada Cik B sama ada dia mempunyai perasaan belas kasihan ataupun tidak terhadap ibunya, Dato Seri Vida. Menurut individu berkenaan, DSV memerlukan seseorang untuk menjaganya di kemudian hari. Tambah individu tersebut, DSV terpaksa berdiam diri walaupun dirinya kelihatan agak sunyi.

Bagi menjawab soalan tersebut, Cik B memberitahu bahawa dia boleh berkongsi kisah sebenar kenapa tidak mahu ibunya berkahwin lagi namun memilih untuk ‘menyimpan’ rahsia tersebut kerana bimbang memberi kesan kepada ibunya. Kalau saya cakap, boleh jatuhkan semua orang termasuk mama.

Kacak gurau minta duit

Terdahulu, Kacak memberitahu dia bersetuju dengan permintaan ibunya yang ingin berkahwin lagi. Namun, kata Kacak, dia tidak akan menerima sewenang-wenangnya siapa gerangan calon bapa tirinya.

First for all, saya nak cakap, kalau mama nak kahwin I’m just gonna agree with it guys. But not gonna agree macam tu ja la. No, you have to give me some.. you know.. (duit). If he wants my mom, then give me some of this (duit).

Yes money. No money no talk. Give me some (duit) and I will agree with everything, don’t worry. Saya bukan pisau cukur ke apa, but money works you know. Pada masa yang sama, Iqbal turut berjanji akan menjaga DSV, Cik B dan Kacak dengan baik selepas ini. Sumber: Cik B Via OHBulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*