Dikatakan tengah nak try Fify Azmi. Tak boleh berdiam sekali ini respon Sharnaaz buat ramai yang terkedu.

Umum sedia maklum, pelakon Sharnaaz Ahmad sering mencuit hati peminat dengan ragam melucukan setiap kali bersiaran langsung bersama rakan baiknya, Shukri Yahya. Selain menceritakan mengenai isu semasa,

Shukri dilihat gemar mengusik Sharnaaz dengan mengatakan pelakon itu sedang berkenalan dengan seseorang. Tidak menyebut nama dengan jelas, Shukri meminta para peminat meneka siapakah gerangan selebriti wanita tanah air itu.

Dakwaan mula timbul apabila peminat menghujani ruangan live tersebut memetik nama pelakon wanita, Fify Azmi. Spekulasi yang tercetus dalam kalangan peminat itu sekaligus menimbulkan tanda tanya adakah hubungan Sharnaaz bersama Azira Shafinaz sekadar kawan biasa?

Meninjau ke ruangan Instagram, pelakon kelahiran Pulau Pinang itu dilihat menjawab dakwaan yang sedang hangat diperkatakan tersebut.

Menurut pelakon filem Juvna ini, spekulasi yang tersebar adalah khabar angin semata-mata. Setiap hari dia hanya menghabiskan masa menjaga anak dan tidak cuba untuk mendekati mana-mana wanita.

Penjelasan yang dibuat disertakan emoji ‘ketawa’ berseloroh kemungkinan dia sendiri tidak ingat perkara tersebut. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: beautifulnara

Gelar Sharnaz Ahmad macam sotong. Tak boleh berdiam sekali Sharnaz Ahmad balas balik memang win.

Gelagat pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dan rakan baiknya, Shukri Yahaya ketika membuat video live di laman sosial Instagram seringkali menjadi perhatian warganet. Sebelum ini video live mereka berdua bersama dua lagi pelakon iaitu Zizan Razak dan Hairul Azreen menarik perhatian apabila mereka dengan bersahaja berbincang mengenai isu viral membabitkan penyanyi Rap Malaysia dan beberapa individu lain.

Terbaru, live IG Sharnaaz dan Shukri sekali lagi menjadi tumpuan apabila mereka berseloroh seakan memerli seorang penyanyi Rap Malaysia yang baru pulang dari Mesir.

Berdasarkan sedutan video dari IG live tersebut, memaparkan Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya sedang berbual-bual dan dalam masa yang sama, mereka berdua mencuba beberapa filter di IG.

Tetapi apa yang menarik perhatian adalah filter serban yang digunakan Sharnaaz sambil berlatar belakangkan gambar padang pasir seolah-olah berada di Mesir. Shukri Yahaya tidak dapat menahan diri dari ketawa sebaik sahaja melihat Shaarnaz memakai filter tersebut.

Tidak terhenti di situ, Shukri kononnya bertanya keberadaan rakannya itu dan dengan spontannya Sharnaaz menjawab dia berada di Jordan. Saya baru balik. Tadi ada orang kirim keychain sama saya. Mana keychain. Saya sudah bawa keychain ni. I want to give you my keychain. Bang bang bang, keychain.

Sementara di ruangan komen, kebanyakan warganet terhibur melihat aksi spontan mereka berdua. Bahkan warganet juga sudah dapat agak siapakah individu yang dimaksudkan Sharnaaz dan Shukri.

Namun tidak lama selepas, Shukri yang masih menahan ketawa meminta Sharnaaz menukar kepada filter lain. Sharnaaz kelihatan langsung tidak memb.antah dan hanya menuruti sahaja kata rakan baiknya itu. Sementara di IG, Caprice telah memberi respon berhubung video live tersebut.

Dari jauh je berani sotong see u when i see u, Sharnaaz Ahmad.

Sesi Instagram live di antara pelakon, Sharnaaz Ahmad dan rakan baiknya Shukri Yahaya, semalam ternyata menjadi bualan hangat warganet sehingga ke hari ini. Lebih t.eruk, rata-rata warganet mendakwa Sharnaaz sengaja meniru dan memerli cara Caprice di media sosial.

Susulan daripada itu, Caprice turut memberi respon dan memberitahu kepada umum bahawa pelakon tersebut hanya berani dari jauh sahaja. Malah, Caprice turut menyifatkan Sharnaaz seperti sotong. Geram sebaik sahaja mendengar respon yang diberikan, Sharnaaz mengajak Caprice untuk bersemuka.

Mari La Sayang

Menerusi Instagram Story, Sharnaaz dilihat sudah menghantar lokasi kepada Caprice sebaik sahaja pelantun suara ‘Kau Hade’ itu mengajaknya untuk bersemuka. Menerusi posting tersebut juga, Sharnaaz mendakwa Caprice seorang yang penakut dan telah block nya di media sosial.

Kredit : OB/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Wajah Azira Shafinaz ada bayangan macam bekas isteri. Azira muat naik foto di laman ig sekali peminat teruja tunggu Sharnaaz Ahmad beri komen emoji hati.

Tidak salah jika seseorang itu ingin menyemai semula putik-putik cinta meskipun mencari pengganti untuk mengubati hati itu bukan mudah. Biarpun, cinta dikatakan memang indah dan wangi untuk disulam, namun ia belum tentu menjanjikan kebahagiaan, hal yang demikian kerana tidak semua kisah percintaan nan indah berakhir di jinjang pelamin.

Ada yang bertahun-tahun menyulam cinta, namun tidak tertulis dia jodohnya kasih tetap terlerai juga. Apa yang pasti, mendoakan seseorang untuk disatukan jodoh itu satu usaha yang baik buat pasangan yang sedang hangat bercinta.

Memuat naik gambar di laman Instagram,  penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz dihujani komen-komen nakal berhubung aktor tampan kelahiran Pulau Pinang itu. Menjengah ke ruangan komen,

rata-rata peminat begitu teruja menantikan kehadiran “mesej cinta” daripada Sharnaaz Ahmad atau lebih mesra disapa Mamu setelah berkali-kali mempamerkan perhubungan mesra di antara mereka dikhalayak umum.

Terdahulu Sharnaaz  ada tinggalkan emoji kiss dalam satu hantaran foto Azira di laman Instagram. Reaksi Sharnaaz dikatakan terus memberi bayangan tentang hubungan istimewanya dengan selebriti jelita Azira ini.

Gara-gara mereka ini pernah digandingkan bersama dalam sebuah drama dan dilihat secocok, ramai yang beranggapan bahawa Azira ini mampu menjadi pengganti suri hati buat Sharnaaz setelah berpisah dengan bekas isteri, Noor Nabila iaitu kakak kepada selebriti terkenal.

Meskipun, Azira acap kali diusik oleh Sharnaaz ketika bersama  secara langsung menerusi Live Instagram, dia hanya tersenyum dan tidak mempamerkan reaksi yang berlebihan sehingga dikatakan mengundang kontroversi.

Menurut sumber sebuah laporan berita, Azira sememangnya mengakui bahawa dia berkawan baik dengan semua rakan selebriti termasuk Sharnaaz. “Ramai yang salah tafsir. Seperti kita ketahui, keletah Sharnaaz tidak boleh diduga. Sharnaaz suka bergurau dan mengacau orang. Itu sememangnya karakter Sharnaaz”

Wah sweet betul diorang ni, tak apalah kita doa yang baik-baik sahaja. Mana tahu doa-doa peminat buat Azira ini mustajab kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Instagram Azira Shafinaz

Akhirnya Sharnaaz Ahmad Tampil Bersuara Luahkan Sesuatu Lepas Tular Tentang Khabar Angin Noor Nabila Dan Engku Emran Akan Nikah. Dalam Diam Rupanya Sampai Macam Ni Luahan Sharnaz Ahmad.

KHABAR angin bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor bakal diijabkabulkan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Jumaat semakin bertiup kencang. Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 36, yang diminta mengulas mengenai perkara tersebut bagaimanapun berkata dia tidak berhak untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Fasal Nabila nak kahwin esok ka, apa ka… Saya rasa wartawan zaman sekarang memang 90 peratus tepat (khabar angin Nabila bakal kahwin). “Tapi saya tak boleh nak komen lebih fasal benda ini sebab saya bukan dalam position untuk bercakap atau memberi sebarang komen.

“Tetapi jika betul benda itu (Nabila bakal kahwin) itu dikeluarkan secara rasmi pada satu hari nanti, InsyaAllah saya sendiri akan keluarkan kenyataan sebab itu berkait juga dengan (individu yang) bakal jadi bapa tiri Jebat juga,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Sharnaaz berkata, jika perkara tersebut benar, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Nabila, 37, yang juga merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan, Neelofa. Selain itu tambah Sharnaaz, dia menyokong apa juga keputusan yang terbaik untuk bekas isteri dan anaknya itu.

“Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why not… semoga dia bahagia. “Kalau mereka gembira, gembiralah saya. Happy anak saya, happy juga saya,” katanya. Sharnaaz berkahwin dengan Nabila pada 30 Mac 2017 dan mereka disahkan berpisah pada 9 Julai tahun lalu secara hakam.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun setengah. Engku Emran, 46, pula berpisah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, juga pada Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 11 tahun.

Tular Tentang Noor Nabila Dan Engku Emran Akan Nikah Esok. Tak Boleh Berdiam Sekali Tuan Badan Sendiri Tampil Bersuara Komen Pasal Isu Ini. Sampai Macam Ni Sekali Respon Noor Nabila.

Kontroversi hubungan Noor Nabila, kakak kepada selebriti popular, Neelofa semakin panas apabila ada yang mengatakan dia bakal dinikahkan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin esok.Wow, adakah ini benar? Sejak awal bulan ini, gosip Nabila dan Engku Emran hangat diperkatakan dalam laman sembang, malah mendapat liputan meluas media di Indonesia. Hubungan Nabila menjadi rapat dengan Engku Emran apabila masing-masing berkongsi minat sukan berbasikal melalui paparan foto dalam laman sosial.

“Minta maaf, saya tidak boleh komen..” Demikian jawapan ringkas kakak selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor mengulas desas-desus dipercayai diperkatakan warganet mendakwanya dan Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal diijabkabulkan, esok.

“Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis. “Saya harap semua memahami, terima kasih,” katanya kepada BH Online. Sebelum ini foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular.

Mereka juga dikatakan keluar bersama apabila Engku Emran sendiri berkongsi gambar yang menunjukkan bayangan wajah Nabila di dalam kereta bersamanya. Well, tiada kata putus daripada kedua pihak, sama-sama kita nantikan! Apa pun moga yang terbaik buat kedua mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: Bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*