Walaupun kena kritikan teruk gara gara nak berhijrah ke negara orang. Nourul Depp sekeluarga tetap dengan keputusannya dan ini perkembangan terkini mereka.

Hampir dua bulan menunggu, Nourul Depp akhirnya ‘terbang’ ke Bali, Indonesia bagi memulakan kehidupan baharu bersama keluarga seperti yang dirancang sejak lalu tahun lalu. Penyanyi itu kini dalam penerbangan ke pulau peranginan berkenaan selepas mengambil keputusan berpindah demi pendidikan anak-anak.

“Hari ini adalah harinya. Alhamdulillah, selamat ‘check-in’. Terima kasih kepada yang mendoakan. Bukan mudah berjalan dengan anak kecil, tetapi Allah mempermudahkan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan lapangan terbang dan imigresen. Sayang anda semua,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Dalam perkongsian itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 44, memuat naik video detik menunggu penerbangan bersama keluarga. Perpindahan ke kediaman baharu bersama suaminya, Eric Daniel itu disertai tiga cahaya mata mereka iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.

Manakala anak sulung hasil perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Ayu Nazirah, 23, tidak ikut serta sebaliknya menguruskan operasi perniagaan Diva Kurus di tanah air. Terdahulu, pelantun lagu Kerana Terluka itu memaklumkan penghijrahan yang sepatutnya dibuat tahun lalu tergendala disebabkan pand3mik CvdI9 yang melanda dunia.

Dia dan Eric yang mengendalikan bisnes makanan kesihatan terkemuka nekad memilih pulau berkenaan bersandarkan masa depan serta prospek pendidikan anak mereka. Malah pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2012 itu sudah mendaftar di sebuah sekolah berkonsepkan kemahiran sejak awal tahun.

Pada masa sama, Nourul mengakui suaminya mahu berhijrah ke destinasi terkenal itu kerana pernah menetap selama dua tahun di sana. Sebelum itu, dia pernah menyuarakan rasa sedih apabila keputusan untuk berhijrah mendapat kritikan teruk daripada warganet. Sumber – K! ONLINE

Selepas sebulan hasrat berpindah ke Bali terbantut. Sekali ini status terkini rancangan Nourul Depp.

Penyanyi Nourul Depp, 42, memanjatkan kesyukuran dan lega diberitahu Indonesia sudah membenarkan kemasukan ke sana selepas hasrat keluarganya berpindah ke Bali pada Julai lalu terbantut. Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab mengakui rasa tidak keruan selama lebih sebulan akibat masih terkandas dalam negara kerana Indonesia menutup sempadan susulan situasi pandemik Covid-19 tambah membimbangkan.

“Alhamdulillah, dalam sehari dua lagi kami akhirnya dapat pindah ke sana (Bali). Kami diberitahu, kerajaan Indonesia sudah membuka semula kemasukan tapi masih menunggu tarikh untuk terbang. Difahamkan, mereka juga sedang mempersiapkan sistem keselamatan di lapangan terbang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Baguslah kerana mereka betul-betul menitikberatkan aspek itu. Semestinya, saya lega dan gembira sebab sudah boleh masuk mengikut visa kami. Lebih sebulan kami tertunggu-tunggu tanpa sebarang kepastian, memang tak keruanlah jadinya,” katanya.

Penyanyi lagu Kerana Terluka itu mendedahkan, mereka sekeluarga terpaksa bersabar dan berdoa selama lebih sebulan ini agar urusan perpindahan ke sana dipermudahkan. “Sepanjang menunggu dari 22 Julai lalu, setiap minggu rasa berdebar sampai rasa tertekan juga. Ramai yang nak masuk sebab berpindah dan bekerja, terkandas. Walaupun emosi agak terganggu juga sebab banyak hal tergendala, kami cuma tawakal dan tabahkan hati. Kami fikir mungkin Allah memang nak selamatkan kami daripada wabak ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nourul mengakui agak gementar untuk mula berkelana di negara orang. Namun baginya, pengembaraan itu pasti mengujakan kerana dia sendiri ingin cuba angin berbeza di tempat baharu. “Gementar campur teruja apabila memikirkan untuk sesuaikan diri di tempat orang. Apapun, saya ‘go with the flow’ saja dan jadi diri-sendiri di sana nanti,” katanya.

Pada Jun lalu, Nourul memaklumkan mereka sekeluarga bakal berhijrah ke Bali pada pertengahan Julai, selepas lama berhajat untuk berbuat demikian. Dia dan suaminya, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2. Sementara, menerusi perkahwinan terdahulunya bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazirah, 23. Sumber : Trending Sangat

Nourul Depp mula rasa sayu untuk tinggalkan Malaysia. Sekali in sebabnya dia bakal berhijrah ke negara lain.

Hati penyanyi Nourul Depp mula diselimuti rasa sayu apabila bakal tinggalkan Malaysia untuk berhijrah ke Bali, Indonesia tidak lama lagi. Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelantun lagu Kerana Terluka itu berkongsi pemandangan harian dari unit kondominium miliknya yang menghadap pemandangan Menara Kuala Lumpur (KL Tower). Dalam perkongsian tersebut, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 44, meluahkan rasa sedih apabila tidak lagi dapat menikmati pemandangan KL Tower yang dilihatnya setiap hari dari kediamannya.

“Saya akan merindui pemandangan ini (KL Tower). Sedih pula nak tinggalkan unit ini (rumahnya). Ini belum lagi pindah negara (Bali). Insha-Allah minggu depan,” tulisnya. Pada masa sama, Nourul turut meluahkan rasa sayang dan cintanya kepada tanah air dan berharap dapat berbakti pada negara. “Sayang Kuala Lumpur, sayang Malaysia. Saya harap dapat berbakti kepada negara. Semoga anda semua dirahmati Allah SWT,” katanya.

Mengintai dalam ruangan komen, hantaran penyanyi itu turut mendapat respons daripada rakan artis antaranya penyanyi, Ning Baizura. ” Salam sayang. Semoga perjalanannya selamat. Sayang awak. Nanti kalau ada berkesempatan, saya akan melawat awak walaupun tidak tahu waktunya,” tulis Ning Baizura.

Terdahulu, Nourul mendedahkan bahawa dia bakal berhijrah ke Bali untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama keluarganya. Penghijrahan tersebut awalnya dirancang pada tahun lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan negara, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan seketika.

“Penghijrahan ini untuk pendidikan dan masa depan anak-anak. Kami berhasrat untuk masukkan mereka ke sebuah sekolah di sana yang sangat bagus dan berkonsepkan kemahiran,” katanya.

Katanya lagi, memang impian suaminya untuk berhijrah ke Bali kerana sebelum ini dia pernah menetap selama dua tahun di sana. Nourul dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2. Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23. Sumber – K! ONLINE

Tak sangka dah besar anak dara Sari dan Jep. Sekali ramai pula yang memuji sampai pula posing macam ni.

Penuh kasih sayang dan tidak menimbulkan kontroversi, keluarga aktres Sari Yanti dan pasangannya pelawak Jep Sepahtu antara yang sering menjadi perhatian netizen di laman Instagram. Terbaru, satu-satunya anak perempuan mereka iaitu Dariya Inara mengambil tumpuan ramai apabila tampil mengenakan busana kebaya sempena sambutan Aidiladha kelmarin. Menerusi perkongsian foto di laman Instagram masing-masing, si cilik berusia tiga tahun itu nampak ayu berkebaya putih dengan padanan kain batik merah.

Meskipun tiada pembantu rumah dan pengasuh, Sari atau nama penuhnya Sari Yanti Mohamad Nazari tetap memastikan lima orang anaknya kelihatan kemas sebelum bergambar kenang-kenangan seisi keluarga. Malah, Dariya juga dilihat paling menyerlah dengan melakukan pelbagai gaya ‘posing’ di hadapan kamera tanpa berasa kekok seperti kanak-kanak seusianya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut mereka memuji kecomelan Dariya yang dilihat sudah seperti ‘anak dara’ selain cantik serta bergaya tidak ubah seperti ibunya.

Terdahulu, Sari berkahwin dengan Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri bin Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr. Sari turut mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq. Sumber: Oh My Media

Baru berusia tidak sampai setahun. Anak Fasha Sandha dah boleh buat aktiviti ini

Perasaan ibu mana yang tak gembira melihat perkembangan perma4ta hati. Bermula dengan meniar4p, merngkak dan kini sudah pandai berjalan. Itulah yang tergmbar daripada pelakon versatil, Fasha Sandha yang baru-baru ini ada berkongsi perkembangan anak ketiganya, Aisha Amaira yang kini mulai bertatih meski baru mencecah us1a 10 bulan. Sambil menzahirkan rasa syukur, bintang drama Sc4mmer itu turut memaklumkan anaknya itu bakal menginj4k usia setahun tidak lama lagi.

“10 bulan dah dapat kaki. Syukur Alhamdulillah. Bby 2020, lah1r time pkp, lagi sebulan lebih dah masuk setahun. Masih PKP lagi ka kita, stay safe everyone. #iburayfalrayshaaisha,” tulis Fasha pada ruangan kapsyen.

Menerusi video yang dikongsikan, seronok melihat aks1 linc4h Aisha yang berjalan perlahan-lahan selepas di agah ibunya itu. Sehingga kini, hantaran tersebut sudah mendapat lebih 50,000 tanda suka daripada peminat. Terdahulu, Fasha juga pernah berk0ngsi menu keg3maran Aisha yang cukup berselera makan, terutama nasi lmbut yang dik1sar bersama l0bak, kent4ng dan juga sup ayam.

Video :

https://www.instagram.com/reel/CQK-fJdlIlN/?utm_source=ig_embed&ig_rid=1297cf24-b857-4d07-baf8-4183c25aaaa2

Untuk rek0d, Fasha dan suam1nya yang juga pelakon, Aidil Aziz mendirikan rumah t4ngga pada 28 Mac 2019 dan selepas mengalami kegvguran, Fasha selamat men1mang cahaya mata pertama mereka, Aisha Amaira pada 7 Ogos 2020. Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*