[VIDEO] “Mnangis, Ayah tahan air mata..” Ank Sebak Jual Baju Bundle Msa ‘Live’ Gara-Gara kna Scam- ‘klau skit tk pe, Ni bnyak kot’

HANYA linangan air mata yang dapat disaksikan menerusi satu rakaman menunjukkan seorang penjual secara dalam talian (online) ketika bersiaran langsung.

Perasaan kece.wa sememangnya tidak dapat disembunyikan apabila men.dak.wa dirinya dipermainkan oleh netizen yang kononnya mahu membeli (lock) tetapi kemudian meng.hilang.kan diri tanpa membuat sebarang bayaran (joy buyer).

“Penat aku buat live. Dengan semputnya, tapi orang senang-senang je joy. Kalau sehelai dua aku tak kisah, tapi banyak kot,” katanya yang menjual pakaian terpakai (bundle).

Berkongsi pengalaman, penjual online berkenaan, Ummu Syifaa’ Bahrum berkata, dia baru memulakan bisnes menjual baju bundle sejak Jun lalu selepas tamat pengajian.

Gadis berusia 19 tahun itu memberitahu, insiden berlaku ketika membuat live untuk menjual baju-baju di platform beli-belah dalam talian, pada Jumaat malam.

 

“Saya buat live dua jam, ada dua sesi. Mula-mula saya buat sesi pertama, dah banyak baju yang mereka lock nak beli. Tapi lepas tu senyap je.

“Kemudian saya buat sesi live kedua, tanya kat sesiapa yang ada lock tadi. Mungkin ada yang terlepas pandang, tapi tak ada res.pons. Tak sangka saya kena joy,” katanya kepada mStar.

Syifaa mula menjual baju bundle sejak Jun lalu.

Lebih mesra disapa Syifaa, katanya, ini bukanlah kali pertama dia dianiaya netizen ketika menjual baju bundle ketika bersiaran langsung secara dalam talian.

“Bukan pertama kali kena joy, banyak kali. Tapi kali ini saya tak dapat tahan sampai me.nan.gis sebab banyak sangat, ada yang lock nak beli baju sampai tujuh helai.

“Dia siap komen baru dapat gaji, nak borong banyak baju. Tapi dia senyap bersama kira-kira tiga orang lagi meli.batkan lebih 10 helai baju,” ujarnya yang berasal dari Sik, Kedah.

Syifaa berkongsi pengalaman sepanjang berniaga baju bundle.

Menurut anak bongsu daripada 12 beradik itu, dia mula berniaga secara dalam talian selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuklah menjual makanan dan kotak hadiah.

“Saya pernah kena scam (diti.pu) seperti mereka beri resit transaksi bank pal.su masa dah ready nak bung.kus dan post barang-barang.

Kita sama-sama cari rezeki. Kalau tak serius nak beli, tolonglah jangan lock. Tolong jangan menyusahkan seller.

UMMU SYIFAA’ BAHRUM

“Tapi saya tak pernah menan.gis. Cuma kali ini saya tak dapat kawal perasaan sebab penat sangat, rasa semput. Jadi tak boleh live lama-lama,” katanya yang menghidap asma.

Syifaa yang baru menamatkan pengajian asasi Undang-Undang Syariah di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Nilai, Negeri Sembilan mengakui se.dih kerana melakukan reviu barangan tetapi dianiaya oleh sege.lintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tidak se.rik dengan insi.den berlaku, Syifaa tetap bangkit mencari rezeki.

Walau bagaimanapun dia reda dengan ke.ja.dian yang berlaku, sambil menganggapnya dirinya tiada rezeki dan apa yang dialaminya sebagai lumrah dalam perniagaan.

“Cuma ter.kilan bila joy buyer tu kata nak borong sebab dapat gaji. Kita sama-sama cari rezeki. Kalau tak serius nak beli, tolonglah jangan lock. Tolong jangan menyusahkan seller.

“Saya tak se.rik dan tetap terus berniaga. Saya orang susah kena cari duit, ayah berusia 65 tahun buat kerja-kerja kampung. Ayah ada di sebelah saya teman masa buat live tu sebab ayah selalu tolong uruskan bisnes bundle.

“Ayah macam nak menan.gis tengok saya masa tu, dia minta saya bersabar. Sokongan keluarga membuatkan saya terus bersemangat untuk terus berniaga,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*