Lelaki Ini Kantoi Dengan Isterinya Yang Sedang Hamil Selepas Dicekup Bersama Pramugari Syarikat Terkemuka Di Rumah Sewa

Viral di media sosial di negara jiran baru-baru ini menunjukkan seorang isteri mencekup suaminya yang bekerja sebagai pramugara curaang dengan rakan sekerjanya di rumah sewa mereka.

Video tersebut dimuat naik oleh si isteri yang sedang hamil, Sinta Rizki Dewi Arfiani, pada 21 Julai 2021. Suami dan pasangan curaangnya merupakan kakitangan syarikat penerbangan Li0n Air.

Si suami, Anoure Aslama, terkedu ketika ditaangkap basah menyembunyikan Prillia Berliani, di rumahnya. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa semasa diseerbu oleh Sinta dan jirannya yang datang ke rumah.

Difahamkan kejadian itu bermula selepas Sinta berasa curiga dengan tindakan suaminya tidak membuka pintu rumah selepas diketuk selama 20 minit.

Setelah pintu dibuka, Sinta menemui orang ketiga itu di dalam bilik belakang yang biasanya digunakan untuk bersolat. Anoure menegaskan dia tidak curaang walaupun bukti sudah ada di depan mata, iaitu Prillia yang berada di dalam bilik tersebut memakai pakaian tidur.

Keadaan menjadi semakin paanas apabila jiran-jiran yang lain datang melihat kejadian itu termasuk ketua rukun tetangga. Anoure dan Prillia kemudian keluar dari rumah dengan menunduk malu.

Sinta meminta ketua rukun tetangga membantunya membuat laporan agar kedua-duanya dapat dilaporkan ke pihak Li0n Air.

Akibat dari perbuatan tidak bermoral itu, Anoure dan Prillia telah dipecat oleh Lion Air. Padahal, kontrak kerja Anoure aktif sehingga 2022. Manakala, Prillia pula sepatutnya bertugas sehingga 2025.

Sinta juga membatalkan niatnya untuk membawa k3s itu kepada pihak berkuasa memandangkan suaminya dan orang ketiga terbabit telah menerima balasannya.

“Alhamdulillah dah dapat balasan setimpal. Tak jadi buat laporan polis, takut hidup dia semakin susah. Yang penting mereka dah dapat balasan,” katanya.

Anoure dan Prillia rupa-rupanya telah lama menjalinkan hubungan dan pernah diberi surat amaran. Rakan sekerja mereka juga menyedari perhubungan Anoure dan Prillia yang tidak seperti rakan biasa.

“Mereka pernah diberi surat amaran sebelum ini, tetapi tidak serik. Malah suami saya berani bawa perempuan itu ke rumah. Semoga pemeecatan ini membuatkan mereka serik. Tapi kalau belum serik dan mereka nak berkahwin juga, silakanlah,” kata Sinta.

Sinta sendiri mengaku dia mahu berceraai dengan Anoure kerana lelaki itu sudah tidak lagi memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimanapun, belum ada penjelasan rasmi dari Lion Air berhubung dua kakitangannya itu.

SUMBER: Lambe Turah via Thereporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*