Sepatutnya harini Ayash Affan lahir. Tapi ganti dengan hari pertama medical check up tanpa ibu.

Pada 14 September lalu, suami kepada Siti Sarah Raissuddin iaitu Shuib berkongsi khabar gembira apabila anak bongsunya, Ayash Affan sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas 39 hari dilahirkan. Menerusi perkongsian terbaru Shuib di Instagram, dia memaklumkan bahawa pada hari ini Ayash Affan akan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.

‘Hari ini sepatutnya Ayash Affan dilahirkan’

Berdasarkan perkongsian tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhamad memaklumkan pada hari ini bersamaan 30 September 2021 sepatutnya merupakan tarikh kelahiran Ayash Affan. Menurut Shuib, tarikh tersebut merupakan tarikh yang dipilih oleh mereka sekeluarga selepas berbincang dengan doktor namun perancangan Allah SWT adalah jauh lebih baik.

Siapa sangka, rupa-rupanya tarikh tersebut diganti menjadi hari pertama anak bongsunya itu menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.

Esok (hari ini) 30 September 2021, tarikh sepatutnya Ayash Affan dilahirkan. Tarikh yang kami pilih dan dah bincang dengan doktor. Tapi Allah Maha Mengetahui yang terbaik. Esok (hari ini) 30 September 2021 diganti menjadi hari pertama medical check up Ayash Affan tanpa ibu. InsyaAllah sabarlah wahai hati. I love you sayang.

Terdahulu, Ayash selamat dilahirkan pada 6 Ogos lalu secara operasi selepas Siti Sarah Raissuddin ditidurkan akibat c0v1d-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

No Camera Please

https://www.instagram.com/p/CUbjbVwF9zA/

Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 2011 dan mendapat empat cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq matin, 6 dan Ayash Affan.

Dalam perjalanan ke hospital

https://www.instagram.com/p/CUbXzQYh3SP/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Oh Bulan

Vie Shanti tunaikan umrah untuk Siti Sarah. Tak boleh berdiam sekali ini pula respon Shuib.

Usahawan yang juga bekas isteri aktor Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan berada di Mekah bagi menunaikan umrah buat Siti Sarah. Menerusi laman sosial Instagram, Vie berkongsi sebuah video sedang berada di Mekah untuk tatapan umum.

Menurut Vie, meskipun hanya mengenali Siti Sarah dari media sosial, dia mengikuti rapat perkembangan Sarah dan memang berniat untuk melakukan umrah buat Sarah. “Hari ini 23 September jam 7.10 pagi, alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah, saya baru sahaja selesai buat umrah untuk Siti Sarah Raisuddin.

“Daripada hari saya tahu saya akan pergi meeting di sini (Arab Saudi) dan saya akan tinggal beberapa hari di Mekah sehinggalah semua kerja-kerja di sini selesai, saya niat sejak Siti Sarah ppergi menghadap illahi haritu di Malaysia, saya nak buatkan dia umrah kerana dia seorang ibu dan mempunyai tiga orang anak kecil.

Alhamdulillah saya sempat mendoakan bagi keempat-empat anak-anak Siti Sarah, saya juga ada empat orang anak, perasaan seorang ibu itu tak boleh digambarkan. “Alhamdulillah kami dapat buat unlimited umrah yang diberi oleh kerajaan Saudi, jadi saya berpeluang buat untuk Siti Sarah, ini umrah kedua saya alhamdulillah allahuakbar.

“Semoga Siti Sarah dan semoga anak-anaknya menjadi anak yang beriman walaupun tidak ada ibu di sisi. “Semoga Shuib dan anak-anaknya selalu mendapat keberkatan dan semoga membesarkan anak Siti Sarah atau baby Ayash Affan menjadi anak yang beriman,” ujarnya menerusi sebuah.

https://www.instagram.com/p/CULTJ06leHF/

Sementara itu di ruangan komen, suami Sarah, Shuib Sepahtu menitipkan ucapan penghargaan buat Vie yang menunaikan umrah buat isterinya. “Masyallah, subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Ya Allah terima kasih di atas badal umrahnya, doa-doanya.

Semoga Allah membalas segala kebaikan ini, semoga Allah merahmati @vieshantiekhan sekeluarga dunia dan akhirat Amin ya rabal alamin,” tulis Shuib di ruangan komen. Terdahulu, pemilik jenama fesyen muslimah itu mencuri perhatian ramai apabila memuat naik fotonya bercuti di Janda Baik, Pahang meskipun dalam keadaan larangan merentas negeri.

Kemudian Vie dilihat berada di Riyadh dan Jeddah, Arab Saudi, difahamkan atas tujuan kerja. Sementara itu di ruangan komen, suami Sarah, Shuib Sepahtu menitipkan ucapan penghargaan buat Vie yang menunaikan umrah buat arwah isterinya

“Masyallah, subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Ya Allah terima kasih di atas badal umrahnya, doa-doanya. Semoga Allah membalas segala kebaikan ini, semoga Allah merahmati @vieshantiekhan sekeluarga dunia dan akhirat Amin ya rabal alamin,” tulis Shuib di ruangan komen.

Komen Warganet:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: GEMPAK

Paru paru Ayash masih belum kuat. Sekali Shuib dedah apa ikhtiar yang bakal Shuib lakukan demi anak bongsunya.

Sejak anak bongsunya, Ayash Affan dibenarkan pulang ke rumah selepas 38 hari dirawat di H0spital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semiggu yang lalu, pelawak dan usahawan Shuib,37, mengakui rutin hariannya turut berubah.

Menjaga anak yang dilahirkan secara pramatang, ditambah pula dengan statusnya kini sebagai bapa tunggal, Shuib masih lagi menyesuaikan diri dengan keadaan barunya kini. Oleh kerana itu, dia mengambil keputusan untuk berehat seketika dari dunia seni kerana tidak mahu menyusahkan syarikat produksi seandainya dia terpaksa men4rik diri pada saat-saat akhir.

“Sampai bila saya berehat, perkara itu belum pasti lagi. Selain itu, saya perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal. Ayash pula berkehendakkan penjagaan rapi. Ayash sihat dan tidak banyak ragam. Tetapi sebagai bayi pramatang, saya sangat berhati-hati kerana paru-parunya belum kuat.

Ujar Shuib lagi, anaknya itu juga sensitif kepada asap dan habuk. Dengan keadaan p4ndemik sekarang ini,membuatkan Shuib tr4vma untuk keluar rumah kerana bimbangkan keselamatan Ayash.

Ketika ditanya apakah dia bercadang mengupah jururawat terlatih untuk mengasuh Ayash, Shuib menjelaskan dia masih belum bercadang berbuat demikian biarpun beberapa h0spital swasta ada menawarkan khidmat mereka.

Buat masa ini, tambah Shuib, dia bersyukur tiga anaknya yang lain turut membantu dirinya menguruskan Ayash biarpun mereka juga memerlukan perha-tian selain dari bantuan dari bapa mertua dan juga ipar duai.

Mengenai tindakannya yang belum menunjukkan wajah Ayash melalui foto dimuat naik di media s0sial, Shuib berkata, setakat ini dia masih belum bersedia menddahkan wajah bayinya atas nasihat ustaz. Sumber:HM

Shuib mahu bersara dari dunia hiburan. Sekali Shuib tampil beri penjelasan.

Selepas kehilangan isteri tercinta, Allahy4rhamah Siti Sarah, pelawak Shuib mengambil keputusan untuk berehat daripada sebarang program hiburan buat sementara waktu. Ujarnya, keputusan tersebut diambil susulan jadual hariannya yang kini sudah berubah 100 peratus selepas isterinya pergi buat selamanya pada 9 Ogos lalu.

“Sekarang, semuanya berubah termasuklah jadual harian saya termasuklah selepas Ayash Affan pulang ke rumah dan dia memerlukan penjagaan rapi memandangkan masih dalam tempoh pramatang. Berehat yang saya maksudnya bukannya berhenti tetapi tidak terlibat dengan sebarang program buat sementara waktu,” kata pemilik nama penuh Shahmira Muhamad itu.

Shuib berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin sempena 40 hari pemergian Allahy4rhamah Siti Sarah malam tadi. Tambah bekas penyampai radio Hot FM itu, dalam tempoh ‘berehat’ tersebut, dia juga masih dalam fasa untuk membiasakan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anaknya. Bahkan, dia juga sempat berseloroh apabila terasa pelik dirinya kini memegang gelaran bapa tunggal.

“Pelik pula dengan gelaran tersebut tetapi inilah yang saya jalani. Penggantungan anak-anak sekarang sudah beralih 100 peratus kepada saya sejak ibu mereka pergi buat selamanya. Jadi, untuk laksanakan semua ini, ada baiknya saya fokus dulu dengan keadaan di rumah bagi memastikan kehidupan dan pelajaran anak-anak terjaga,” katanya lagi.

Berkaitan perniagaan, Shuib bersyukur kerana pihak pengurusan syarikatnya sangat memahami situasi dan dia hanya memantau pernigaannya dari rumah sahaja. “Alhamdulillah mereka sangat faham dengan situasi saya sekarang. Syukur rezeki yang Allah beri melimpah-limpah,” ujarnya.

Untuk rekod, Shuib kini menjaga empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash selepas pemergiaan isteri tercinta pada 9 Ogos lalu.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur ak1bat C0v1d-19. Sumber : trendinggiler.pw

Tak tahulah muka teruja ke cuak tu. Shuib tampil kongsi reaksi Uwais.

Menjengah ke akaun Instagram Shuibsepahtu, satu posting yang dikongsikan telah menarik perhatian warganet iaitu posting tersebut telah memaparkan video anak sulung pasangan Shuib Sepahtu dan arw4h Siti Sarah iaitu Uwais Al-Qarni. Video tersebut telah diambil oleh shuib yang berdurasi 40 saat iaitu Uwais sedang memegang seekor kambing.

Uwais hendak memegang kambing tersebut tetapi mukanya agak berbelah bahagi, mungkin kerana bunyi kambing itu yang bising membuatkan uwais takut. Walaupun muka agak takut tapi keyakinan untuk memegang kambing tu tetap ada. Memang tak lekang senyuman dari wajah uwais ni kan.

Video:

https://www.instagram.com/p/CTjPXQJloLR/?utm_source=ig_web_copy_link

Bagus sangat sikap Uwais, selalunya budak yang seusia dengannya mana la nak pegang anak kambing, mereka akan main game, dan main telefon tapi uwais ni bagus, bagus didikan shuib. Semoga Uwais Al-Qarni membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya membanggakan ibu serta bapanya.

Sumber : https://www.dnq.pw/

Uwais minta izin Shuib untuk buka akaun instagram sendiri. Tapi ribuan komen beri pandangan kalau Uwais buat macam ni.

Setelah beberapa ketika sejak kehilangan isteri tersayangnya iaitu Siti Sarah Raisuddin yang pergi buat selamanya akib4t kompl1kasi wab4k Cvd19, Shuib yang menjadi ibu dan juga ayah Kepada anak2 mereka sekarang. Shuib menjaga 4 orang anaknya iaitu yang sulung Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dan yang bongsu termasuk baby Ayash Affan yang baru berusia 28 hari.

Putera sulungnya itu dilihat mirip 4rwh ibunya, semakin hari semakin mirip dengan 4rwh ibunya. Shuib telah Memuatvnaik satu gambar di laman Instagramnya bersama putera sulungnya itu dilihat mendapat beribu komen positif kerana caption pada gambar tersebut.

Perkongsian :https://www.instagram.com/p/CTeIw0mvSSE/?utm_source=ig_embed&ig_rid=cea459a6-4adc-463c-9f86-386cacadeffa

Shuib bertanya kepada para warganet adakah Uwais boleh membuka akaun instagramnya sendiri, ramai yang memberikan komen dan pendapat yang positif iaitu bersetuju tetapi haruslah dipantau selalu supaya setiap aktiviti yang dilakukan di akaun instagram itu dipantau.

Walaupun begitu ada juga yang tidak bersetuju kerana Uwais masih kecil dan sepatutnya uwais kena lebih menumpukan pada pembelajaran bukannya menumpukan pada aplikasi sosial tersebut. Apapun tepuk dada tanyalah hati. Mungkin hanya untuk masa terluang sahaja.

Sumber : Komedi Media

Selepas tular rakaman Raissuddin termenung seorang diri di balkoni. Terus Shuib bergerak melawat tempat abadi isterinya.

“Rindu seorang ayah,” tulis pelawak dan pelakon, Shuib sebagai keterangan terhadap video mengenai bapa mentuanya, Raissuddin Hamzah. Menerusi video yang dimuat naik menerusi Instagram Story itu, Raissuddin kelihatan sedang duduk sendirian di luar balkoni kediaman Shuib.

Paling menyentuh perasaan, apabila bekas penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an ini memainkan lagu Kesetiaan nyanyian Allahyarham Siti Sarah yang juga anaknya di telefon bimbit. Lagu yang dimuatkan dalam album pertama Siti Sarah pada 2002 ini membawa kenangan tersendiri apabila meledakkan namanya di persada industri nyanyian tanah air.

Kejayaan ini terhasil menerusi kerja keras Raissuddin yang sering membawa Siti Sarah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sehinggalah diambil sebagai penyanyi rakaman sebelum mencipta populariti. Siti Sarah pergi buat selamanya di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) , jam 5.13 pagi 9 Ogos lalu akibat Covid-19.

“Boleh jumpa,Cuma lain suasana”

Selepas tvlar gambar bapa merenung ke lua jendela, Shuib telah memuat naik satu gambar dia sedang menziarahi tempat abadi 4rwh Siti Sarah. Rata-rata warganet tumpang bersedih dan turut mendoakan Sarah. Sumber : Trending Sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*