Shuib akhirnya dedah wajah Ayash Affan, Sekal Ini Yg Netizan Perasan – “MasyaAllah… sempurna”

EPERTI yang ditunggu-tunggu ramai, akhirnya pelawak Shuib Sepahtu berkongsi wajah anak bongsunya iaitu Ayash Affan selepas hampir dua bulan dilahirkan.

Menerusi Instagram, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, memuat naik rakaman video bayi tersebut untuk tatapan peminat di laman berkenaan.

“Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Shahmira. Terima Kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulis Shuib pada ruangan kapsyen.

Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, Ayash dilihat sedang tidur lena di atas katil bayi.

Perkongsian Shuib itu mengundang sebak dalam kalangan peminat tatkala mengenang Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia selepas melahirkan puteranya itu.

Ramai tak sabar mahu melihat wajah Ayash Affan.

Malah rakan artis juga tidak ketinggalan menuliskan komen dan mendoakan semoga bayi itu diberikan kekuatan melalui kehidupan tanpa seorang ibu di sisi.

“MasyaAllah. Nampak sempurna, Ayash anda sangat kacak. Semoga apabila besar nanti menjadi anak soleh okay.

COMELNYA AYASH AFFAN MACAM ARWAH IBU!

“Kenapa air mata tak boleh berhenti ni… semoga menjadi anak soleh ya sayang!

“allahhuakhbar..comel nya kamu syg..ada iras muka arwah ibu n abg uwais..semoga sihat,menjadi anak yg soleh..aminnnn3

“Lambang pengorbanan ibu… jangan lupa ibumu nak.. sedihnya tiap kali teringat arwah Siti Sarah. Al-Fatihah buatnya,” komen pengikut.

“Lambang pengorbanan ibu…jangan lupa ibumu nak..sedihnya tiap kali tringat Almarhumah Siti Sarah..Alfatihah buatnya..”

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*