Umum tahu pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia bakal menimang cahaya mata keempat yang dijangka November ini.
Sama seperti ibu hamil lain, Almy juga merasai fasa mengidam apabila menginginkan buah gajus.
Bagi alasan nak pergi beli barang
Kasih dengan isteri, Fizz, 41, nekad membuat kejutan mencari buah gajus bagi memenuhi permintaan ibu mengandung.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Almy, 35, menyatakan pada mulanya Fizz memberitahu yang mereka hanya keluar untuk pergi membeli barang.
Rupa-rupanya, Fizz membawa dia dan anak-anak ke rumah seorang wanita yang dipanggil ‘kak long’ untuk petik buah tersebut.
Terharu dengan usaha suami, Almy menangis sambil mengucapkan terima kasih ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.
Suami terbaik dunia akhirat

Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji dengan sikap pemilik nama Mohd. Fairuz Zainal Abidin yang menitikberatkan keinginan isteri. Malah, ada segelintirnya pula teruja melihat buah gajus kerana dikatakan agak sukar untuk menjumpainya.
@roslili4: Suami yang terbaik dunia akhirat.
@farzey1704: Susah gila nak dapat buah ni.
@arfahrizan1: Buah gajus ini kegemaran saya tapi dah berkurun tak makan.
@sumiati_sue: Kalau teringin macam tu la kan, bila suami tunaikan menitik air mata.
Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuk seorang anak angkat.
Terdahulu,
Tiada berita lebih menggembirakan pada Hari Bapa apabila pelakon, Datuk Fizz Fairuz mendapat perkhabaran isterinya, Datin Almy Nadia hamil anak keempat.
Fizz berkongsi berita gembira itu melalui entri pada akaun Instagram (IG).
Memaparkan foto dua alat ujian kehamilan dan ucapan anak-anak, hantaran itu pantas menarik perhatian pengikut yang gembira dengan rezeki dikurniakan kepada pasangan itu.
Fizz memberitahu foto dua alat ujian kehamilan itu bukanlah bermakna mereka bakal dikurniakan anak kembar.
“Almy membuat ujian kehamilan sebanyak dua kali menggunakan alat berbeza.

“Alhamdulillah, rezeki untuk saya, isteri dan anak-anak. Isteri saya sudah 15 minggu hamil. Ada yang cakap ini rezeki anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)… Macam-macam lagilah.
“Saya terima rezeki ini dengan lapang dada. Semoga segala-galanya dipermudahkan untuk isteri saya,” katanya.
Tambah Fizz, andai ada rezeki, dia teringin mendapat zuriat lelaki.
“Namun, biar apa pun, semuanya ketentuan-Nya. Kalau boleh memanglah hendak anak lelaki sebab sekarang semuanya heroin.
“Tetapi biar apa pun jantinanya, kami terima dengan hati terbuka,” katanya.
Sumber: Instagram @almynadiaofficial
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply