Tarikh perkahwinan pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose menjadi perhatian apabila terbaru, ada peminat yang mulai meneka mereka bakal disatukan pada 21 Oktober depan. Spekulasi itu mulai timbul selepas kad welcome board (papan ucapan selamat datang) majlis pernikahan mereka tersebar dalam laman sosial TikTok sejak semalam lalu tular.

Terdahulu, Uqasha yang tampil serba putih pada sesi makan malam sebagai meraikan majlis bridal shower dan bachelorette party baru-baru ini menguatkan lagi andaian dia bakal bergelar isteri kepada juara Hero Remaja 2007/08 itu. Kamal menerusi Instagram turut memuat naik foto Uqasha selain menitipkan doa semoga semua urusan dipermudahkan.

Sementara itu dalam video yang dikongsikan pemilik akaun @kadgalericinta tersebut, terpapar nama Kamal dan Uqasha bersama tarikh Oktober 21. Namun, tarikh sebenar majlis tidak pula disertakan.
Lalu, pelbagai komen ditinggalkan peminat memandangkan tarikh 21 Oktober hanya dalam tempoh beberapa hari dari sekarang. Tidak kurang yang turut mengandaikan bahaqa angka 21 itu sebenarnya merujuk kepada tahun 2021. Sehingga kini, keduanya belum mengesahkan kesahihan mengenai perkara berkenaan. Sumber : Media Hiburan
Muat naik foto sampai tiang dinding pun bengkok. Sampai ada yang tawar diri nak bantu Uqasha edit gambar.
Pelakon Uqasha Senrose, 29, menarik perhatian wargamaya sekali lagi gara-gara membuat suntingan keterlaluan pada foto bersama aktor Kamal Adli, 35. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menyunting bahagian pinggul sehingga membuatkan garisan dinding yang terletak di bahagian belakangnya turut membengkok.


Menyedari kejadian itu, rata-rata warganet mula membanjiri ruangan komen dengan menyatakan pendapat mereka mengenai suntingan tersebut. Ada juga segelintir pengikut yang menawarkan diri untuk membantu pelakon drama Perempuan Tanpa Dsa membuat suntingan.
“Walaupun saya ternampak garisan dinding tiang tu bengkok.. tapi takpa.. Kak Usya comel la. “Akak kalau tak reti edit boleh PM saya tau. Saya bantu akak confirm clean bukti. “Akhirnya aku jumpa apa yang aku cari. Hahaha senget sikit tu.
“Saya boleh tolong sunting kan lain kali,” antara komen-komen yang ditulis. Sebelum ini, Uqasha pernah ditegur netizen selepas berkongsi foto yang disunting di majlis ulang tahun kelahiran ke-28.
Komen Warganet:


Walaupun begitu, Uqasha mengakui dia tersalah menyunting sehinggakan lilin pada kek hari jadinya turut sama membengkok. Sumber : https://gempak.com
Uqasha Senrose dedahkan terharu dapat kek dari yang tersayang. Terkejut sekali ini reaksi dari Kamal Adli.
Pelakon Kamal Adli mengirimkan sebiji kek buat tunang tersayang, aktres Uqasha Senrose yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 baru-baru ini. Berkongsi video kek comel yang diterima, Uqasha turut menzahirkan rasa terharu atas kiriman si dia yang tersayang.
“Alhamdulilah thank you so much to my sweet fiance for this beautiful cake @kamaladli. Sayang sgt sgt nk makan sbb cantik sgt even tgh pkp ni pun awak still buat effort hantar cake order cake thank you,” tulisnya sebagai kapsyen pada hantaran di Instagram.
Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas doa serta ucapan yang diberikan peminat terhadapnya. “And ofcuz thank you untk semua wish2 ada yg qasha tk sempat baca lg sbb tak berapa nk sihat. Alhamdulilah rasa disayangi sgt. Im already 29 still young n healthy, alhamdulilah #blessed,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat sekali lagi memberikan dedikasi selamat hari jadi dan tak kurang yang tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan sama cantik sama padan ini. Malah Kamal juga dilihat turut tinggalkan reaksinya iaitu;
You cik bubu, deserve more and better than this. Apakan daya, much love,” respon Kamal sambil disusuli emoji berbentuk hati. Terdahulu, jalinan cinta mereka berdua difahamkan mulai berputik selepas digandingkan menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad pada 2019, namun tiada sebarang pengesahan dibuat pasangan itu.
Kemudiannya, mereka sekali lagi berpasangan menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa pada Oktober, tahun lalu. Pengarah, Michael Ang ‘pecahkan rahsia’ dalam media sosial memberitahu bahawa Kamal dan Uqasha sudah menghadiri kursus perkahwinan ketika penggambaran drama Perempuan Tanpa D0sa.
Menguatkan spekulasi percintaan apabila Kamal akhirnya melamar Uqasha secara terbuka dalam Anugerah MeleTOP Era 2020, Disember tahun lalu yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Mereka selamat melangsungkan pertunangan pada awal April lalu dan majlis merisik dijalankan serentak secara tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Sumber : MH
Uqasha Senrose ada niat untuk bertudung kembali. Tapi dalam masa yang sama Uqasha luahkan rasa bimbang tentang ini.
Pelakon cantik Uqasha Senrose seakan memberi bayangan untuk dirinya mengenakan hijab semula namun dia menyedari keputusan itu perlu disertakan dengan tindakan yang istiqomah. Malah, dia turut bimbang sekiranya niat untuk mengenakan hijab kembali undang kritikan warganet.
Macam nak pakai tudung balik
Uqasha Senrose menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok dilihat sedang mempromosikan persalinan abaya yang diterimanya dari sebuah butik terkenal. Dalam video tersebut kelihatan juga pelakon ini mengenakan tudung berwarna rona peach sedondon dengan warna pakaian itu.
Alhamdulillah, hari ini Uqasha dapat abaya lagi daripada Abaya. Uqasha memang tak pernah kecewa dengan design dia buat. Walapun jubah, kat dalam dia fashionable. Paling penting, ia menutup aurat. Rasa macam nak pakai tudung balik. Kena istiqomah dulu, nanti kena kritik.
Pakailah hijab semula…
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi sokongan kepada pelakon itu untuk memakai hijab semula dan memuji dia kelihatan cantik apabila memakai tudung di kepala.
Uqasha Senrose sebelum ini pernah berhijab sekitar tahun 2013, namun, selepas tiga tahun kelihatan dia membuat keputusan untuk tidak lagi tampil bertudung. Keputusan tersebut mengejutkan ramai pihak dan terima pelbagai kritikan warganet.
Dikatakan Dah Kahwin Dalam Diam. Tular Gambar Uqasha Senrose Berpakaian Pengantin Serba Lengkap. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Buat Ramai Yang Teruja.
Ramai yang sudah tahu mengenai hubungan pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Kamal membuat keputusan untuk melamar Uqasha ketika siaran langsung acara penyampaian anugerah Meletop yang dianjurkan oleh sebuah stesen tv swasta. Tindakan Kamal yang cukup ‘gentleman’ itu membuatkan Uqasha tidak berfikir panjang untuk menerima lamaran tersebut malahan membuktikan mengenai hubungan gossip antara kedua-dua teraju utama drama Perempuan Tanpa Dsa ini adalah benar.
Perkahwinan pasangan ini khabarnya bakal mendapat tajaan daripada pihak Habib Jewel. Uqasha yang membuat rakaman video pra perkahwinannya dengan mengenakan beberapa barang kemas Habib Jewel telah berkongsi beberapa keping gambar pra perkahwinan tersebut buat tatapan para peminat dan pengikut akaun media sosial beliau.
Dipercayai gambar tersebut turut mempromosikan bersama beberapa barang kemas tajaan Habib Jewel. Pasangan ini di katakan mulai rapat setelah bergandingan bersama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad. Keserasian pasangan tersebut setiap kali menjayakan watak bersama sebagai pasangan suami isteri menyebabkan para peminat juga menyokong hubungan mereka berdua menjadi realiti.
Terkini menerusi instagram story peminat Uqasha telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan Kamal dan Uqasha berpakaian pengantin serba lengkap dan Uqasha meminta supaya individu tersebut tidak menghebahkan acara berkenaan. Khabarnya pasangan berkenaan akan berlakon bersama sebagai pasangan suami isteri dalam sebuah telemovie terbaru.
Manakala di Instagram story Uqasha pula telah memuatnaik beberapa gambar beliau memakai baju pengantin dan sedang di mekapkan oleh seorang mekap artis yang bernama Nadia. Nadia merasa bertuah kerana dapat menyempurnakan mekap nikah buat Uqasha dan mengucapkan rasa terima kasih dan syukur diberikan rezeki untuk menyolek artis jelita tersebut. Nadia juga mendoakan urusan perkahwinan Uqasha dan Kamal dipermudahkan apabila tiba hari perkahwinan mereka kelak.
Ramai yang terpesona dengan kejelitaan pelakon wanita berkenaan. Para peminat mereka juga berkata wajah Uqasha saling tidak tumpah seperti adiknya Nelydia setelah disolek. Mereka juga mendoakan supaya urusan perkahwinan Uqasha dan Kamal dipermudahkan nanti.
Cantik betul wajah Uqasha selepas di solek begitu. Ramai cakap dah macam patung. Memang wajah Uqasha cantik semulajadi. Beruntung Kamal Adli bakal memperisterikan Uqasha nanti. Semoga urusan persediaan perkahwinan mereka berdua berjalan lancar nanti. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: ig kamalxuqasha via Videoviral
Terkini Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Rancang Untuk Adakan 3 Kali Resepsi. Ramai Yang Teruja Bile Satu Majlis Khas Untuk Peminat Sahaja.
PASANGAN pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mendedahkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi bagi meraikan hari bahagia mereka yang dijangka berlangsung pertengahan tahun ini. Masih lagi merahsiakan tarikh pernikahan mereka,
Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli 35, dan Uqasha, bagaimanapun hanya mendedahkan majlis pernikahan mereka bakal diadakan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkenal tanah air. Menurut pasangan ini lagi, sehingga kini kira-kira 80 peratus persiapan sudah selesai menjelang majlis itu kelak.
“Kami akan adakan tiga majlis iaitu satu untuk keluarga dan rakan-rakan rapat memandangkan lokasi yang kami pilih itu kehadiran tetamu adalah terhad kepada 350 orang sahaja. “Untuk majlis kedua, kami akan jemput rakan-rakan artis serta pihak media dan bagi acara ketiga, kami akan undang peminat untuk sama-sama meraikan hari bahagia kami.
“Setakat ini, Alhamdulillah 80 peratus persiapan sudah diselesaikan dan kami mengharapkan doa yang baik-baik daripada anda semua,” kata Uqasha kepada mStar. Uqasha dan Kamal ditemui selepas selesai bersiaran langsung untuk program MeleTOP di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.
Setakat ini, Alhamdulilah 80 peratus persiapan sudah diselesaikan. Sementara itu, Kamal pula berkata dia teruja menantikan hari bahagia mereka dan dalam masa yang sama masih mempersiapkan diri bagi memikul tanggungjawab bergelar seorang suami.
“Saya teruja dan dalam masa yang sama saya kena belajar (tanggungjawab seorang suami). Uqasha ada dream wedding dia sendiri dan saya ikutkan sahaja sebab percaya dengan semua pilihan yang dia buat. “Apabila majlis dah nak dekat nanti kami akan beritahu bila tarikhnya dan tema majlis semua.
“Saya harap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik. Moga ketika itu SOP dah longgar sikit untuk kita semua merentas negeri,” katanya. Kamal melamar Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, di pentas Anugerah MeleTOP Era (AME2020) yang berlangsung pada Disember tahun lalu.
Kisah percintaan Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian semenjak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad pada tahun 2019. Sebelum ini, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang secara tidak sengaja memecahkan rahsia
bahawa pasangan ini mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang ketika sedang menjalani penggambaran drama berkenaan. Sumber:Mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply