Dia menyifatkan Niezam seperti diperangkap selain memintanya untuk menjaga diri. Berita penahanan Niezam Zaidi yang disyaki terlibat dengan kes penyalahgunaan bahan terlarang ternyata mengejutkan ramai, malah rata-rata peminat turut tidak menyangka pelakon berusia 29 tahun itu akan berbuat demikian.
Pak Azad Titip Nasihat
Menjengah ke hantaran terkini Niezam kira-kira seminggu yang lalu, di ruangan komen peminat membanjiri dengan pelbagai ucapan dan doa buat pelakon M4M4 ini. Tidak terkecuali rakan selebriti seperti Azad Jasmin turut menitipkan sebuah ucapan buat Niezam.
Menurut Azad atau lebih mesra disapa sebagai Pak Azad, dia menyifatkan Niezam seperti diperangkap selain memintanya untuk menjaga diri. “Kami tahu bahawa awak telah diperangkap..jaga diri Zam..” tulis Pak Azad.
Dalam pada itu, dia turut berharap agar pelakon kelahiran Ipoh, Perak ini dapat jadikan isu yang dihadapinya sebagai sebuah pengajaran. “Jadikan ini satu pengajaran hidup hang bro..”katanya lagi.

Terdahulu, industri dikejutkan dengan berita penahanan tiga orang lelaki masing-masing merupakan pelakon, pengarah serta pembantu pengarah. Kesemua mereka ditahan selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 6, dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Ketika ditahan, ketiga-tiga suspek berada di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, di Kuala Kangsar dan hasil pemeriksaan menjumpai bahan disyaki gnj4 dianggarkan seberat 1.45 gram selain sybv dianggarkan seberat 0.38 gram dengan nilai rampasan sebanyak RM270. Malah botol plastik yang diubah suai untuk kegunaan mengambil barang terlarang turut dirampas. Sumber : Murai.my
Tak nak balik walaupun kepimpinan kerajaan dah bertukar. Caprice tampil dedahkan satu rahsia sekali tiba tiba Pak Azad masuk live.
PETALING JAYA – Penyanyi rap, Caprice mengakui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuatkan dirinya berasa tidak selamat di Jordan dan takut untuk pulang ke tanah air. Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli melalui sesi Live di Instagramnya tadi berkata, dia berasa kusut sebaik sahaja mendapati media di Malaysia melaporkan PDRM meminta bantuan Interpol untuk menghubunginya.
“Saya dah beli tiket nak balik Malaysia, tapi bila baca berita kata Polis minta tolong Interpol cari Caprice, Caprice terus koyak tiket. “Bila polis dengan Interpol cari macam ini, memang tak lah Caprice nak balik Malaysia,” katanya.
Caprice turut mengakui dia berasa takut dan berasa kusut apabila mengetahui dirinya sedang dicari oleh pihak polis susulan laporan polis yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ebit Lew. “Makin lama saya ada rasa takut sikit sebab semuanya semakin pelik.
“Hidup saya kusut sedikit pagi tadi selepas media di Malaysia melaporkan PDRM hendak minta tolong Interpol cari saya di sini,” ujarnya. Terdahulu, PDRM telah memohon bantuan Interpol bagi berhubung dengan aktivis kemanusiaan, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Sebelum ini, Ebit Lew membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadap beliau menerusi laman sosial baru-baru ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Pada 10 Ogos lalu melaporkan polis sedang berhubung dengan Caprice dan Muhammad Nadir Al-Nuri untuk menetapkan tarikh diambil keterangan.
Ashari memberitahu, tindakan tersebut dilakukan berhubung laporan yang dilakukan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 21 Julai lalu. Difahamkan, tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membabitkan kenyataan di media sosial.
Dalam pada itu Caprice dalam Instagramnya mengalu-alukan pihak polis menghubunginya. Berita berkaitan: Tidak kenal Syarikat Hala, masuk Gza melalui bantuan Kedutaan “Orang kata, ada pihak cari kita? Amman to Ramallah. Siapa-siapa tengah cari, polis ke, Interpol ke, mak mertua ke, Zizan untuk ‘keychain’ Firn ke, boleh WhatsApp saya.
“Nombor (telefon) ada di ‘bio’ Instagram,” tulisnya. Pada Julai lalu Ebit Lew membuat laporan polis serta mengadakan sidang akhbar menafikan dakwaan Nadir dan Caprice berhubung isu bayaran wang kepada pihak tertentu untuk memasuki Gza. Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Kesksn, Seksyen 504 kanun yang sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
CAPRICE B0NGKAR SESUATU SEKALI PAK AZAD MASUK
Dalam pada itu, Caprice telah tampil dalam satu IG live malam tadi. Bersama Pak Azad, Caprice mendedahkan yang beliau di datangi oleh anggota Freemason. Caprice juga dia tidak akan balik walapun perdana menteri sudah bertukar
Caprice masih tak nak balik Malaysia. Tak boleh berdiam sekali pihak polis terpaksa minta bantuan agensi ni untuk cari Caprice dan Nadir.
HAMPIR dua bulan berada di Mesir selepas gagal memasuki Gz4, Plestin, panyanyi rap Caprice akhirnya memberi bayangan untuk kembali ke Malaysia dalam masa terdekat. Bagaimanapun Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkata dia perlu melengkapkan beberapa tugasan berkaitan misi jangka panjang Road To Al Aqsa 2040.
“Saya benci apabila kata-kata saya menjadi kenyataan, korang nak kirim apa-apa tak dari sini?” “See you soon Malaysia, nak selesaikan kerja-kerja saya dulu baru saya balik,” ujarnya. Caprice berkongsi perkara itu di media sosial sebagai respons kepada pertanyaan warganet sama ada dia akan mengotakan janjinya untuk pulang ke Malaysia selepas berlaku perubahan kepimpinan kerajaan.
Polis akan rakam keterangan Nadir, Caprice dalam talian
Polis akan merakam keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gz4 Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice secara dalam talian dalam masa terdekat.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya sedang meneliti tarikh sesuai untuk berbuat demikian. Beliau berkata, rakaman percakapan itu susulan laporan dibuat pendakwah terkenal.
Ebit Lew yang mendakwa diftnh beberapa individu menerusi media sosial, berkaitan misi kemanusiaan di Semenanjung Gza, Plst1n. “Kami giat berhubung dengan dua individu berkenaan untuk mencari tarikh sesuai dan ambil keterangan mereka secara dalam talian.
“Tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membabitkan kenyataan di media sosial,” katanya kepada BH, hari ini.
Polis minta bantuan Interpol berhubung dengan Caprice, Nadir
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon bantuan Interpol bagi berhubung dengan aktivis kemanusiaan, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gz4 Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, sehingga kini pihaknya belum memperoleh tarikh untuk mengambil keterangan kedua-dua mereka. Sumber : BHARIAN ONLINE / UTUSAN ONLINE / MSTAR ONLINE
Sakit hati dengan personaliti dakwah Ustaz Ebit Lew. Takboleh berdiam sekali Caprice nekad untuk buat benda ni.
Rasa sakit hati dengan sikap personaliti dakwah Ebit Lew dan kritikan berpanjangan orang ramai akhirnya membawa kepada tindakan balas penyanyi rap Caprice.
Menurut Caprice atau Ariz Ramli, 33, langkah berdiam diri bukan lagi pilihan terbaik sebaliknya dia kini tampil mempertahan serta menjawab pelbagai tuduhan Ebit yang disifatkan sebagai ftnah.
“Caprice tidak boleh berdiam lagi dah. Terlalu banyak ugtan diterima… jadi terpulang la. Kita akan explain satu per satu dan pertahankan tdhan.
“Ftnah adalah benda yang salah dalam Islam, lagi teruk daripada mmbnh. InsyaAllah in the end, you will see and understand why I am hurt and why selama ni satu Malaysia kena tipu. “Air mata dan kopiah tu tidak boleh selamatkan kamu lagi dah,” katanya menerusi perkongsian terbaharu di Instagram pada Rabu.
Menerusi posting yang dilabelkan sebagai ‘ftnah 1’, Caprice memuat naik rakaman audio penjelasan Ebit baru-baru yang mendakwa penyanyi berkenaan menolak dan menepis ketika mereka sedang bersalaman dan berpelukan selepas mengadakan pertemuan di Mesir.
Bukan itu sahaja, Caprice turut berkongsi tangkap layar mesej perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bertarikh 1 Julai lalu yang antara lain berkaitan pertanyaan kebenaran untuk berkongsi video pertemuan mereka.
Tiada apa yang mencurigakan menerusi perbualan berkenaan kerana masing-masing berbalas teks dan emoji dalam suasana kemesraan. Dalam pada itu Caprice turut menyentuh tentang isu penafian Ebit berhubung dkwaan Caprice sebelum ini bahawa pendakwah berkenaan terpaksa melutut dan mencium kaki menteri di Palestin.
“Tentang isu melutut… apa dia janji kepada Caprice di hotel dan apa yang berlaku di sana buatkan Caprice sakit hati, semua akan dijawab. “I am sorry but I cannot take caci dan mki anymore sementara orang-orang kuat susun strategi untuk sembunyi Caprice,” katanya.
Untuk rekod Caprice dikatakan cuba mengada-adakan cerita selepas Ebit membuat penjelasan terbuka berhubung pertemuannya dengan seorang menteri tempatan di sana.
Susulan itu difahamkan Caprice menerima kritikan daripada orang ramai kerana dikatakan berbohong.
Bagaimanapun menerusi siri pendedahan kali ini, Caprice turut berkongsi mesej yang dihantar kepada Ebit di Instagram pada Sabtu, dipercayai bertarikh 24 Julai iaitu dua hari selepas pendakwah berkenaan membuat kenyataan media.
“Salam ustaz, minta tolong ustaz sendiri jelaskan tentang isu melutut tu. “Satu Malaysia dah maki cci Caprice sedangkan ustaz sendiri yang beritahu dalam hotel yang ustaz terpaksa buat muka sedih dan melutut.
“Tak payah beritahu details, hanya bab itu sahaja. Caprice dah tak nak bergbalah, dah tak nak masuk campur,” katanya seperti yang tertulis pada tangkap layar berkenaan. Sumber: Mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply