Botol plastik yang diubah suai untuk kegunaan mengambil barang terlarang tersebut turut dirampas. Sejak tengah malam Ahad, industri hiburan dikejutkan dengan penahanan tiga orang lelaki masing-masing merupakan pelakon, pengarah serta pembantu pengarah.
Produksi Gugurkan Nama Pengarah & Pembantu Pengarah
Dalam laporan media pada Isnin, Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri mengesahkan bahawa pelakon Niezam Zaidi merupakan antara yang ditahan. Susulan itu, Syafiqa terpaksa menggugurkan nama pengarah dan penolong pengarah telefilem terbitannya berikutan disyaki terbabit dengan penyalahgunaan barang terlarang tersebut dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar.

Ujarnya lagi, dia berasa terkilan kerana pengarah dan penolong pengarah tersebut seharusnya menghabiskan baki penggambaran sebanyak 20 peratus manakala Niezam pula sudah tamat babaknya dan dibenarkan pulang usai menjalani penggambaran. Bagaimanapun, pelakon itu memilih untuk duduk di ‘homestay’ mereka bersama dua lagi individu tersebut.
Dalam pada itu, Syafiq turut berkata enggan mengikat jamin mereka malah mengambil keputusan untuk menggugurkan nama mereka dalam telefilem tersebut serta-merta.
“Saya enggan mengulas lanjut berhubung tangkapan pengarah, penolong pengarah, serta pelakon telefilem ini. Saya serahkan kes ini kepada pihak berkuasa. Kami juga tidak bercadang untuk ikat jamin mereka, sebaliknya kami mengambil keputusan untuk menggugurkan nama mereka dalam telefilem ini secara serta-merta.
“Pelakon yang terbabit dengan penyalahgunaan barang terlarang ini juga tidak akan diambil berlakon selepas ini. Mujurlah babak lakonannya dalam telefilem ini sudah selesai,” katanya kepada portal Harian Metro
Seorang Suspek Ada Dua Rekod Jny4h
Dalam laporan Berita Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pelakon lelaki itu serta pengarah dan penolongnya direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 6, dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Ketika ditahan ketiga-tiga suspek berada di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, di Kuala Kangsar dan hasil pemeriksaan menjumpai bahan disyaki gnj4 dianggarkan seberat 1.45 gram selain sy4bv dianggarkan seberat 0.38 gram dengan nilai rampasan barang terlarang sebanyak RM270. Malah botol plastik yang diubah suai untuk kegunaan mengambil barang terlarang turut dirampas.
Saringan ujian air kencing mendapati semua suspek positif. Lebih mengejutkan,seorang daripada suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau masing-masing bersabit jny4h dan barang terlarang. Sumber Murai.my
Tular berita pasal seorang selebriti wanita di tahan sebab terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang. Sekali warganet dedahkan 3 bukti Anju yang ditahan oleh polis.
Semalam, tersebarnya berita mengenai penahanan seorang selebriti wanita kerana terbabit dalam penyalahgunaan bahan terlarang. Dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat polis Daerah Nilai, identiti selebriti itu tidak didedahkan. Namun warganet berjaya membongkarkanya melalui beberapa informasi yang dikongsikan dalam siaran media tersebut.
Menerusi laman sembang hiburan forum di Cari.my, rata-rata warganet dapat meneka selebriti tersebut adalah pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie. Berikut 3 perkara yang telah dirungkai oleh warganet yang membuktikan Zarina Anjoulie atau Anju ditahan polis.

Menurut ketua polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata artis itu berusia 34 tahun. Warganet mendedahkan bahawa di laman Wikipedia, Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul dilahirkan 9 September 1987. Tahun ini dia berusia 34 tahun.
Restoran Milik Ibu Anju di Kampung Chalet Nilai
Dalam kejadian tersebut, pihak polis menahan artis wanita itu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, di sini, pada jam 9.15 malam. Rata-rata warganet mengetahui bahawa Anju sememangnya tinggal di Nilai, Negeri Sembilan.
Ibu kepada Anju, Norzaini Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Aunty Aini merupakan pemilik restoran sendiri di Kampung Chalet Nilai yang diberi nama Aunty Aini’s Garden Café. Lokasi ini menjadi tempat kegemaran Anju untuk buat siaran live di Instagramnya. Sebelum ini, bekas suaminya Eilyas Azhar pernah dithan di Ibu Pejabat plis Daerah (IPD) Nilai susulan laporan polis dibuat oleh Anju berkenaan dengan kes ugtan.
Ruangan komen Di Instagram Telah Disrbu Warganet
Menguatkan lagi berita penahanan Anju, diruangan komen pada posting terakhir telah dsrbu oleh warganet dan mereka yakin bahawa Anju telah ditahan polis.
Di IG stories, Anju menasihat pengikutnya agar kekal tenang dan tidak bimbang. Malah dia berjanji akan menceritakan hal sebenar dalam masa terdekat. Sementara itu, dalam laporan yang dikeluarkan oleh BH Online, Anju dibawa ke Pejabat IPD Nilai bagi tujuan ujian saringan awal polis.

Hasil ujian saringan mendapati Anju positif bahan terlarang jenis. Walaubagaimanapun, Anju diberi jaminan polis selepas diambil keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a). Sumber : Murai.my
Video Anju marah bila ada individu yang baru kenal tiba tiba dah ajak tidur rumah dia. Tak boleh berdiam sekali ini respon Anju buat ramai yang bangga.
Seleps rumah tangga Zarina Anjoulie runtuh pada mac lalu, Semakin ramai lelaki yang cuba menghampirin dirinya. Menerusi Instagram, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul telah berkongsi satu hantaran video menarik perhatian ramai .
Baru kenal kau beriya nk tido umah aku kenapa?? Jijik … tolong la bawak knek busuk korang else where.
KOMEN WARGANET:

Sumber : http://www.dnq.pw/
Lepas je Anju kantoikan apa yang bekas suami buat. Sekali bekas suami Anju ditahan polis atas sebab ni.
Bekas suami kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Eliyas Azhar ditahan di Ibu Pejabat plis Daerah (IPD) Nilai pada Ahad sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Memetik laporan Sinar Harian, Eilyas ditahan susulan laporan polis dibuat Zarina pada Sabtu lalu berkenaan ugtan yang diterima daripada bekas suaminya.
Ketua polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata Zarina mendakwa menerima pesanan berunsur ugtan daripada bekas suami bertujuan untuk mengaibkannya di media sosial.
“Sehubungan itu pada semalam (Ahad), sspek telah hadir ke IPD untuk dirakam percakapan dan dithan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 507 dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam waktu terdekat.
Terdahulu, Zarina ada memuat naik bukti paparan mesej perbualan yang mana Zarina bertanya sama ada dia perlu membayar Eilyas jika ingin dilepaskan, lelaki itu meletakkan harga bayaran berjumlah RM10,000.
Menerusi satu lagi perkongsian, Zarina turut berkongsi laporan polis yang dibuat berkenaan tindakan Eilyas yang pernah memanjat pagar rumahnya untuk merakam gambar dan videonya dalam keadaan aib. Sumber: rotikaya
Tular tentang Anju buat pendedahan tentang bekas suami. Sekali tiba tiba Fara Mendoza pula mula bersuara tentang isu ni.
Tidak lama selepas Zarina Anjoulie membuat beberapa pendedahan mengenai bekas suaminya, Fara Mendoza pula membuat hantaran di Instastory. Walaupun tidak menyebut nama individu hantaran itu ditujukan, namun melihat kemlut antara dua selebriti terbabit sebelum ini, tidak mustahil Zarina atau Anju adalah sasarannya.
“Kalau dah berpisah tu, janganlah buka aib pasangan. Tak elok. Nanti aib awak terbuka sekali. “Tolonglah move on je, mungkin Allah nak uji,” tulisnya di IG Story. Fara bagaimanapun berpesan kepada warganet dan diri sendiri supaya tidak menjadi batu api dan menyibuk hal orang lain.
“Jangan nak melaga-lagakan pasangan tu lagi. “Jangan suka cakap lebih-lebih tentang kehidupan orang, takut apa yang kita cakap berbalik pada kita suatu hari nanti,” ujarnya yang meminta orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap orang lain.
Fara dalam masa sama meminta mana-mana pasangan berpisah supaya berfikiran positif dan tidak menuding jari antara satu sama lain. Sumber: cari
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply