
Bersempena dengan Maulidur Rasul iaitu hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ramai yang memuat naik ucapan serta berselawat keatas Nabi di media sosial.
Salah seorang selebriti yang turut tidak melepaskan peluang berkongsi ucapan di Instagram adalah penyanyi, pengacara serta aktivis kemasyarakatan iaitu Heliza Helmi.

Dalam muat naiknya di media sosial, dia telah menyertakan sekali gambarnya memakai jubah berwarna putih dengan sepasang kasut yang telah ditanggalkan di hadapannya. Walau bagaimanapun, kapsyen serta gambar yang disertakan telah mengvndang sedikit salah faham daripada warganet sehingga ruangan komen telah dipenuhi dengan ucapan tahniah.

Rata-rata menyangka bahawa Heliza sedang berdebar menanti hari bahagia lebih-lebih lagi warna pakaian yang digayakan sangat sinonim dengan majlis pernikahan.



Pada awalnya selebriti tersebut tidak memahami ucapan tahniah yang bertali arus diterima sehingga berasa k3liru. Selepas melihat ruangan komen, barulah dia mengerti dan menjelaskan perkara sebenar.

Enggan membuatkan orang ramai terus salah faham dengan kapsyen serta penampilannya, Heliza memaklumkan yang dia baru selesai mengacarakan program bersempena Maulidur Rasul. Sebab itu dia menulis bahawa hanya ‘perempuan memahami perasaan sebegitu’ merujuk kepada tindak4nnya yang menanggalkan kasut tumit tinggi.


Sumber: OMM
Erra Fazira kini bergelar isteri kedua ahli politik. Terkejut bila ada individu yang bongkarkan pasal ni.
Sejak semalam hangat diperkatakan di laman Twitter seorang warganet berkongsikan mengenai khabar angin mendakwa pelakon dan penyanyi Erra Fazira kini bergelar isteri kedua kepada seorang ahli politik.
Menerusi perkongsian di Twitter, warganet itu turut mempersoalkan sama ada isteri pertama kepada ahli politik berkenaan tahu tentang perkara itu atau tidak.

Perkongsian warganet itu ternyata mengejutkan ramai serta bertanyakan dari mana mendapat khabar angin tersebut serta mempersoalkan kesahihan dakwaan berkenaan. Bagaimanapun itu hanya dakwaan warganet, tidak dapat dipastikan kesahihahn mengenai dakwaan bertebaran itu.

Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006. Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 12 tahun. Sumber : Rotikaya
Bukan benda yang mudah untuk lepaskan penjagaan. Terkejut bila Erra dedahkan sanggup berkorban untuk Aleesya.
Kuala Lumpur: Perkongsian penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira mengenai kekuatan melepaskan anak perempuannya, Engku Aleesya kepada bekas suami, Engku Emran ketika berpisah pada 2014 menjentik perasaan ramai pihak.
Menerusi sebuah program TV yang dihoskan Amin Idris, Erra dilihat cuba menahan perasaan ketika meluahkan perasaannya. “Bukanlah sesuatu yang mudah untuk melepaskan ‘custody’ (penjagaan). Seperti yang kita semua maklum ‘custody’ itu ialah kebanyakannya milik seorang ibu.
“Namun, saya ada sebab dan alasan saya. Pengalaman saya, tak guna jika bagi saya kedua-duanya berkeras, dua-dua berdegil. Akan ada seorang menjadi sasaran. “Maka saya memilih, walaupun kalau saya yang perlu berkorban, saya berkorban untuk anak saya. Saya tak suka berblah,” katanya.
Erra berkata, dia bukanlah seorang yang suka menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. “Seandainya semua kesalahan itu harus jatuh ke tangan saya, saya sedia terima. Ya, saya sedia terima itu adalah pendirian saya. Asalkan semua orang bahagia. Jadi saya cuba.
“Bukan sesuatu yang mudah. Satu minggu saya di rumah dan nak menerima hakikat itu sangat payah. Saya tak nak keluar rumah. Saya berbicara dengan Allah beri kekuatan dan adakah ini yang terbaik? Dalam masa satu minggu itu saya dapat jawapannya, kekuatan itu datang,” katanya.
Menurutnya, apa yang dilakukan itu semuanya ialah untuk kebahagiaan terutamanya Aleesya dan keluarganya. “Banyak benda saya kena jaga. Ketika itu usianya tiga tahun. Dia tanya kenapa dah tak balik rumah? Kenapa dia kena di rumah sana lebih lama?
“Kadangkala nak berpisah itu dia menangis sebab tak cukup masa bersama emak dan emak pun tak cukup masa bersama anak. “Tapi saya terangkan kepadanya cara dewasa. Buat masa ini saja. Satu hari nanti kita doakan biar lembut hati semua orang tanpa ada perblhan.
Video dari TikTok fashaaariana yang dimuatkan di Instagram errafazira.beautyhq ini sudah mendapat tontonan hampir 19,000 peminat setakat ini. Malah ramai warganet yang memuji tindakan yang diambil Erra dalam perkara ini.
Berikut pula reaksi dari warganet
Saya pernah tengok suatu program Astro mereka jemput Erra sebagai tetamu. Erra pernah kata, dia serahkan hak jagaan kepada bekas suami sebab dia tidak mahu Alsya tu membesar tanpa kasih sayang seorang ayah sepertimana Erra telah melaluinya ketika zaman kecil dulu. Itulah pengorbanan besar Erra utk satu-satunya puterinya. Malah, Erra juga mesti kenal watak & perwatakan Engku. Sebab itu dia yakin serahkan hak jagaan kepada Engku.
Bermacam isu kesusahan rakyat sepanjang pandemik dan ada jugak orang kayangan yang cuba buat sombong. Sekali ini pesanan Erra Fazira buat ramai yang setuju.
Ketika negara berdepan dengan banyak isu kesusahan rakyat seperti kempen bendera putih yang tidak diakui sesetengah pemimpin, aktres Erra Fazira menerusi Instagramnya tampil berkongsi sebuah video teguran berhubung sikap sombong manusia.
Video berdurasi 1.55 minit tersebut memaparkan pelakon dan pendakwah terkemuka Indonesia, Oki Setiana Dewi berbicara tentang perihal sikap manusia sombong yang tidak disukai Allah SWT.
“Pernah bertemu dengan orang sombong? Atau pernahkah diri menjadi seorang yang sombong? Apa itu sombong? Sombong adalah ketika engkau menolak kebenaran dan merendahkan orang lain. Kesombongan itu membinasakan. Kesombongan engkau berasa lebih tinggi daripada orang lain. Seharusnya kita berfikir, sombong itu untuk apa?” kata Oki.
Pada ruangan kapsyen, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 47, berkata, ada kalanya manusia mungkin alpa dengan apa yang Allah pinjamkan sehingga terbit perasaan mendongak ke langit dalam diri.
“Kadangkala mungkin kita alpa dengan apa yang Allah pinjamkan. Terpukau dengan apa yang dibentangkan. Terhanyut dalam derusan nikmat dunia. Mungkin sedikit jentikan, bisikan dan teguran boleh menyedarkan jiwa-jiwa yang terapung. Terima kasih atas perkongsian ini,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mendapat respons positif daripada pengikutnya yang berterima kasih kepada Erra kerana berkongsi nasihat baik untuk dijadikan pengajaran. Malah tidak kurang juga yang memuji bintang filem Polis Evo itu yang cukup terkenal dengan sikap yang baik dan tidak pernah menyombong diri.
Dalam minggu ini sahaja, pelbagai isu panas timbul dalam kalangan masyarakat berkenaan penganjuran kempen bendera putih yang menyaksikan ramai rakyat terjejas terpaksa meminta bantuan demi meneruskan kehidupan.
Biarpun kempen tersebut dilihat sebagai satu tindakan rasional untuk membantu golongan memerlukan, tetap ada pihak yang menyuarakan rasa tidak setuju termasuklah segelintir pemimpin negara sendiri.
Terbaharu, jutawan kosmetik sensasi Datuk Seri Vida dikritik apabila menganggap segelintir pihak yang mengangkat bendera putih sebagai kurang berusaha dan malas mencari pendapatan ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan. Sumber – K! ONLINE
Muat naik video rutin harian challenge dengan anak. Sekali apa yang anak dia kantoikan rutin sebenar Erra Fazira buat ramai yang terhibur.
Muat naik video rutin harian challenge dengan anak. Sekali apa yang anak dia kantoikan rutin sebenar Erra Fazira buat ramai yang terhibur.
Setiap kali selebriti terkenal, Erra Fazira memuat naik video kebersamaan dengan anaknya, Engku Aleesya pasti jadi perhatian ramai. Ramai yang terhibur. Kali ini, pelakon tersebut turut serta membuat #rutinharianchallenge bersama anaknya membuatkan ramai terhibur.
Mana tidaknya, Engku Aleesya dengan spontan telah membuat mimik muka tidak percaya dengan rutin harian yang disebut oleh ibunya kerana tidak seperti realiti sebenar. Mummy bangun subuh lepas tu tidur balik
Paling mencuit hati sudah tentu pengakuan Erra yang mendakwa akan terus ke pasar selepas bangun solat subuh sekitar jam 6 pagi. Muka Aleesya terus berubah dan membocorkah rahsia bahawa ibunya akan duduk sebentar dalam sepuluh hingga ke 15 minit
selepas solat subuh dan kemudian sambung tidur sehingga jam 10 pagi.. Gadis manis berusia 12 tahun itu turut memaklumkan yang ibunya tidak pergi pun berjogging dan dia hanya makan roti atau sarapan yang sedia ada sebelum mengikuti kelas online.
Habis rutin harian mak dibongkar
Perbualan comel mereka berdua pun tular dan mendapat pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata terhibur dengan tindakan Aleesya yang membuat ‘kantoi’ ibunya dengan rutin harian yang sama sekali tidak dilakukan itu. Mereka juga turut memuji kebersamaan Erra Fazira dan anaknya, Engku Aleesya yang sangat sweet dan cantik serta akrab sekali dengan ibu tersayang. Bagus Erra ajar anak jujur hahaha
Sumber: Instagram @errafazira, OMM, MSTAR, SAMSONSTUDIOS
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply