Tidak Teragak Untuk Ambik Tindakkan. Fida Ibrahim Memberi Amaran Tegas Kepada Bekas Rakan Kongsi.

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim memberi amaran kepada bekas rakan kongsi, syarikat Aris Burger agak berhenti menggunakan gambar dan hasil kerja yang dilakukannya sebelum ini dalam sebarang medium.

Andai gagal berbuat demikian Rafidah atau lebih mesra disapa Fida, 35, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya memohon pihak syarikat Arisprop Holdings Sdn. Bhd / Aris Burger untuk tidak lagi menggunakan segala hasil kerja mahupun wajah saya walau di mana medium sekali pun,” kata Fida dalam satu hantaran Instagram sebentar tadi.

Menerusi hantaran yang sama, pelakon filem Adik Manja Returns itu menjelaskan, dia terpaksa membuat pengumuman secara terbuka kerana syarikat berkenaan masih menggunakan hasil kerjanya yang belum di bayar.

“Saya terpaksa membuat (pengumuman) secara terbuka kerana sebelum ini saya sudah memberitahu pihak berkenaan, tetapi masih lagi menggunakan hasil kerja saya yang pihak syarikat tidak bayar.

“Untuk mengelakkan tindakan undang-undang diambil, sekali lagi saya tegaskan untuk menurunkan segala yang berkaitan dengan saya termasuk video TVC (iklan) yang dihasilkan oleh saya.

“Sekiranya tidak mampu nak bayar saya, sekurang-kurangnya pihak syarikat biarlah ada sedikit rasa malu,” tulis Fida.

Fida yang juga seorang pengacara itu turut mengumumkan bahawa kini dia tidak lagi bersama dengan syarikat yang menjalankan perniagaan produk sejuk beku, Aris Burger selepas hampir tiga tahun menjadi rakan kongsi.

Pengumuman berkenaan dibuat Fida menerusi satu hantaran di Instagram dengan gambar tertera perkataan ‘No Longer’.

“Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini saya ingin buat pengumuman bahawa saya sudah tidak lagi bersama dengan syarikat lama iaitu Arisprop/ Aris Burger.

“Terima kasih buat semua yang sudi memberikan sokongan pada saya selama ini sepanjang saya bersama dengan syarikat itu,” tulisnya.

Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci, namun nota kaki ditulis Fida pada perenggan akhir hantaran tersebut memberi bayangan tentang permasalahan yang berlaku.

“Kerja adalah sebahagian daripada ibadah. Carilah tempat kerja yang kita selesa, maruah terpelihara dan paling penting barokah,” tulisnya.

Terdahulu, Fida yang juga seorang pengacara pernah menjalankan beberapa perniagaan termasuk produk kecantikan dan wangian, namun mula aktif dalam bidang perniagaan makanan sejuk beku Aris Buger selepas menjadi rakan kongsi perniagaan tersebut pada 2018.

Fida yang popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib pada Mei lalu. – K! ONLINE

Amar Baharin Minta Pihak Terbabit Untuk Berhenti Gunakan Gambarnya. Terkejut Ini Tindakkan Yang Akan Diambil.

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Amar Baharin memuat naik status mengesahkan dirinya tidak pernah terlibat dalam mana-mana sebarang bentuk iklan tanpa persetujuannya.

Suami kepada pelakon Amyra Rosli berkongsi status tersebut bagi membersihkan imej dan namanya sebelum khalayak terpedaya dengan agenda tidak diketahui hujung pangkal oleh syarikat berkenaan.

“Saya tidak pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan apa sahaja yang diiklankan oleh akaun Dayang Company di Facebook atau platform digital yang lain.

“Dan penggunaan gambar saya ini tidak mendapat persetujuan dan izin saya. Sekian,” tulisnya tegas dengan memetik akaun Instagram Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Selain Amar, pelakon dan model lain, Zaid Zarin turut terkena tempias kerana wajahnya dipaparkan dalam iklan tersebut.

“Awak buat muat naik satu hantaran di media sosial untuk mengesahkan awak tidak terlibat.

“Setidaknya sebelum ada yang kena tipu. Saya tidak buat laporan polis lagi. Kalau tidak berhenti baru buat laporan,” mesej Amar kepada Zaid Zarin.

Khairul Aming Akui Sambal Nyet Sudah Dijual Selama 4 Tahun. Kini Dia Turut Dedahkan Apa Sebenarnya Yang Berlaku.

Sebelum ini, Khairulaming terpaksa menghentikan jualan ‘Sambal Nyet’ buat sementara waktu bagi menyusun kembali strategi pemasaran, memandangkan terdapat beberapa masalah dihadapi.

Terbaru, selebriti media sosial itu berkongsi kisah di mana dia merupakan penjual sambal sejak tahun 2017 lagi. Namun, perniagaan yang diusahakan itu terpaksa dihentikan kerana mempunyai beberapa masalah. Bangkit dari kekecewaan yang lalu, Khairulaming turut memberitahu bagaimana dia rebuild semula branding yang pernah ada dan menepis segala dakwaan di mana dia rebrand jenama sambal lain. Jom baca!

Pemilik sambal sejak 2017

“In 2017, i spent two months untuk develop sambal king. setiap hari balik dari office aku pegi beli cili kat supermarket, balik rumah and try masak. lepas dah develop resepi, saya try jual 200 botol my fb page. Alhamdulillah video tu viral and smua sold out. Tapi disaster. The first batch we sold dalam botol plastic. Semua pecah sebab saya tak tahu method untuk preserve sambal. We had to refund all 200 bottles and saya murung kaw-kaw time tu sebab dah kecewakan pelanggan. Lepas dah buat mistake tu, saya belajar cara simpan sambal dalam botol kaca. Alhamdulillah finally tahan lama and disebabkan video penyet ni still viral, demand masuk beribu nak beli. Disebabkan permintaan tinggi, saya terus all out buka production center. I hired a team, keluarkan savings, beli equipment dan lain-lain. A few weeks after that Facebook tukar algorithm and my views dropped banyak. So bad sampai tak ada orang beli sambal. Saya clueless time tu sebab dah habis duit savings.”

Menurut Khairulaming, sekitar tahun 2017, dia pernah menghabiskan masa selama dua bulan untuk membangunkan perniagaan ‘Sambal King’. Malah, duit simpanannya turut habis kerana begitu komited dalam perniagaan tersebut. Ujarnya lagi, permintaan sambal pada ketika itu sangat memberangsangkan meskipun terdapat masalah pada mulanya. Namun, semuanya berubah apabila Facebook menukar algorithm dan sambutan dalam kalangan pembeli semakin berkurang.

Susulan daripada itu, Khairulaming memberitahu kakaknya bahawa mereka perlu menjual semula peti sejuk beku yang dimiliki dan terpaksa memberhentikan kesemua staff kerana tidak mampu bayar. Tambahnya, kakaknya masih nekad untuk meneruskan perniagaan sambal tetapi dibuat secara kecil-kecilan sahaja.

Mula azam baru

“In 2018 saya mula azam baru untuk build personal branding. Saya tebalkan muka utk buat video masak kat IG and tunjuk my face. Saya buat lawak cringe dekat video sampai saya rasa malu gila. Bila my video went viral on IG, ramai suruh saya start jual barang sementara famous. I said no. i’m not ready yet. Sambal ni still lagi ada masalah. Bau hangit still tak hilang. 4 years later, in January 2021, baru saya ready untuk release. So sepanjang 4 tahun ni we sold sambal king secara kecil-kecilan. Sebulan terjual tak sampai 100 botol. Tapi dari sini i developed r&d untuk improvekan sambal ni. Dulu awal-awal sambal ni selalu hangus, botol pecah sebab packaging salah. It took me 4 years untuk r&d sepenuhnya.”

Sementara itu, Khairulaming turut berkongsi bahawa produk ‘Sambal Nyet’ sekarang ini merupakan hasil usaha kerasnya selama empat tahun yang lalu. Bagi membuat pelancaran produk tersebut, dia perlu rebrand nama sambal itu semula seperti nama yang sekarang ini. Ujarnya lagi, dia masih mengekalkan design dan maklumat pembungkusan yang sama seperti ‘Sambal King’. Selebriti media sosial ini juga meluahkan rasa terharu apabila 10 ribu botol ‘Sambal Nyet’ telah berjaya dijual sebaik sahaja dia melancarkan produk itu semula. Dia juga berjaya mengambil semula pekerja bagi meneruskan perniagaan yang diusahakan semula ini.

Menjawab soalan daripada warganet mengapa tidak kembangkan perniagaan ‘Sambal Nyet’ ini lagi, Khairulaming menjelaskan bahawa dia belajar daripada pengalaman yang lalu. Dia lebih suka mengambil langkah kecil dahulu sebelum melebarkan perniagaan tersebut. Di akhir perkongsian, dia berharap masyarakat faham mengenai ‘Sambal Nyet’ dan sambal tersebut tidak dihantar ke mana-mana syarikat.

Sumber: Khairulaming

Khairul Aming Tak Sangka Produknya Laku Keras Dalam Masa 54 Minit Sahaja Selepas Pelancaran. Dan Selamba Sahaja Tunjuk Kelemahannya.

Warganet rasa senang hati dan memuji sikap jujur yang ditunjukkan oleh pemuda kelahiran Kelantan ini yang dikenali sebagai Khairul Aming. Dahulu Khairul Aming dikenali kerana sering berkongsi video masakan yang menarik minat orang ramai dan suasana ketika itu. Di media sosial, nama Khairul Aming ini sememangnya cukup terkenal di negara ini.

Pada awal tahun ini, Khairul Aming cuba menceburi bidang perniagaan apabila dia mengambil keputusan untuk melancarkan produk sambal jenamanya sendiri. Lebih mengagumkan apabila ianya mencatatkan jualan yang agak tinggi iaitu 10,000 botol hanya dalam tempoh 54 minit pada hari pertama pelancarannya.

Rekod jualan yang didapatinya itu agak luar biasa. Pemilik sambal ini yang bernama Khairul Amin Kamarulzaman itu masih mencuti hati warganet dengan sifatnya yang sentiasa merendah diri.

Menerusi Twitter, tindakan dia membuat siri perkongsian dengan menyenaraikan kelemahan perniagaannya menerima pujian ramai. “Berdasarkan pengalaman minggu ni, ada beberapa kelemahan yang aku jumpa, and ini post mortem dari batch yang pertama,” tulisnya. Antara kesilapan yang disenaraikan olehnya termasuklah kesilapan bil, kerosakan bungkusan, masalah kapasiti gudang, kehadiran jualan ejen palsu dan juga sistem tempahan sambal tersebut.

Khairulaming terkenal dengan pelbagai video masakan di media sosial.

“Bila stock up terlalu banyak, dan jualan sold out sekali gus, proses membungkus parcel menjadi terlampau jammed. Daripada 10,000 terjual, ada orang dapat parcel dalam masa sehari, ada orang dapat hari ke sembilan. Jadi customer experience tu dah tak seimbang untuk semua. Untuk hari pertama ke hari ketiga, proses jadi perlahan sebab pasukan kami tak biasa sepenuhnya dengan sistem.

Tak salah idolakan dia. Seorang yang sangat merendah diri.

“Ada waybill yang tak cetak dan yang tersalah cetak. Jadi proses untuk kenal pasti masalah tu ambil masa lama dan buat kesemua parcel jadi delay,” ujarnya. Namun, dia masih bersyukur apabila hanya satu sahaja yang pecah daripada 10,000 botol sewaktu dihantar. Namun perkara itu sudahpun diselesaikan dengan menggantikan tempahan tersebut. Pemuda kelahiran di Kota Bharu Kelantan ini mahu menggunakan kaedah yang baharu untuk memudahkan lagi sistem perniagaannya.

“Keutamaan saya ialah untuk jaga kualiti produk dan juga customer experience. Dua benda ni paling penting yang aku belajar selama handle logistics sebelum ni. Saya faham ada yang kecewa stok tak ada dan tak cukup penuhi permintaan. Tapi saya kena hadkan untuk jaga kualiti dan kebajikan sfaf semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya lagi.

Ada warganet menggelarkan Khairulaming sebagai idola mereka.

Posting yang meraih hampir 30,000 ulang kicau itu turut dibanjiri dengan komen warganet yang kagum dengan sikap jujur Khairulaming. Kata warganet, kebanyakan peniaga enggan mendedahkan kelemahan mereka dan cepat hanyut dengan kejayaan yang diraih. Namun, sikap yang dipamerkan Khairulaming cukup berbeza sehingga digelar sebagai sumber inspirasi warganet.

“Orang lain dapat jualan berjuta biasanya tunjuk kemehawan. Awak berbeza, buat post mortem dan tunjuk kelemahan sistem dan cuba perbaiki. Jelas sekali dia yang layak digelar influencer, bukannya mereka yang buat video bodoh. Tak salah idolakan dia. Seorang yang sangat merendah diri. Khairulaming tak pernah gagal jadi sumber inspirasi,” tulis beberapa warganet.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*