Mlm Pertama Aku Terpaksa Tidur Dalam Tandas Sebab Tak Nak Suami Sentuh Aku Dan Lagi Pon Aku Isteri Kedua

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca, isteri kedua ni selalunya permpas. So aku nak cerita dulu macam mana aku boleh dapat title ‘isteri kedua’. Umur aku masuk 25 tahun. So korang nak tahu macam mana aku dapat title ni? Suami aku kena tangkap basah dengan madu aku iaitu kawan kerja dia sedangkan kitaorang dh bertunang dan tinggal lagi 3 minggu nak nikah.

Ya 3 minggu lagi gais. What a sad life. Aku dapat berita ni sebabkan aku dengan suami aku dan madu aku (kawan kerja dia kan) kerja satu company yang sama. Cuma beza aku kerja dalam office.

Dia dan madu aku banyak travel dan diaorang 1 team. Masa malam dia kena tangkap basah tu aku memang tak tahu lah kan cuma aku ada rasa tak sedap hati bila dia tak call atau msj aku 1 hari.

Esoknya aku masuk office petang sebab aku halfday. Bila aku masuk je semua orang dekat deptartment aku pandang aku dengan pandangan aku tak dapat tafsir.

Aku mula ingat aku ada buat salah. Tapi tetiba dapat call dr manager HR suruh jumpa dia. Dari situ la aku tahu suami aku dah bernikah dgn madu aku. Aku ? Jntung aku gugur waktu tu.

Tapi yang aku tahu air mata aku sikit pun tak jatuh gais. Cuma aku rasa remuk hati aku. Rasa skit yg mana air mata pun tak mampu nak keluar. Oh yaa masa kena tangkap basah tu dia orang tengah outstation la.

Macam mana boleh jadi macam ni ? Aku rasa aku yang terlalu baik hati. Hahahaha. Hurmm. Baik hati macam mana? Aku dah lama tahu madu aku suka dekat suami aku. Sebab aku perempuan. Kita perempuan ni sense dia lain sikit kan. Boleh tangkap dgn cepat.

Tapi aku baik hati. Aku cuma cakap dengan suami aku. Hati2 jelah dgn madu aku tu. Jangan sampai tersuka bila dh kerja sama2 tu. Tapi tak sangka la tangkap cintan jugak diaorang berdua ni.

Aku tahu suami aku dulu suka tumpang kereta madu aku sebab suami aku pakai motor pergi kerja tapi kalau pergi luar negeri.

Suami aku selalu tumpang kereta kawan2 team dia. Jadi madu aku salah sorangnya lah. Pernah jugak sekali madu aku jemput suami aku bawak pergi balik kerja around 1 bulan kot sbb suami aku punya motor rosak. Aku dgn rasa baik hatinyaaaaaa(sekarang baru rasa kebodohan dia) okay je bila madu aku buat macam tu.

Katanya suami aku. Madu aku je yang sanggup nk jemput hantar dia. Aku ada fikir lain tapi aku tepis perasaan tu sebab aku rasa tu je jalan yang ada.

Yelah aku pun tak nak fikir panjang sangat sebab nanti boleh bawak gduh pulak dengan suami. Aku tak nak cerita panjang sangat pasal ni. Tapi inilah jugak antara salah 1 sebabnya diaorang boleh bercinta belakang aku.

So next apa yang berlaku lepas diaorang nikah tu. Mak ayah aku nak batalkan semua majlis dan keluarga pihak laki pun redha kalau aku nak batalkan. Tapi aku ? Baik hati lagi (geram dengan diri sendiri) sebab nk jaga dua2 belah pihak punya muka.

Aku mintak teruskan. Yes gais. Aku teruskan. B0doh sangat aku rasa. Aku tak tahu la kenapa aku boleh bertindak macam ni. Cuma waktu tu aku banyak mengalah. Mungkin sebab aku tak dapat fikir panjang dah. Aku tak nak semua malu. Aku tak nak menyusahkan siapa siapa.

Jadi aku tetap teruskan pernikahan aku dengan suami aku. Yupp tahun lepas bulan 1 aku sah jadi isteri kedua suami aku. Macam tu lah aku dapat title isteri kedua. Setelah 7 tahun bercinta 8 bulan bertunang. Akhirnya aku jadi isteri kedua. Pathetic thing happen in my life.

Aku sebenarnya dah tawar hati dengan suami waktu akad nikah. Aku rasa kos0ng. Bukan ini yg aku nak. Aku betul2 tak dapat terima kenyataan aku kena hadapi benda ni.

Tapi aku buat f4ke. Aku buat lagak aku yang aku OK. Tapi sedangkan semuanya tak ok. Malam lepas majlis. Aku terus buat beberapa perjanjian dengan suami.

Orang kata kalau ada 2 isteri ni. Kena adil kan? Tapi aku kateg0ri baik hati + tawar hati aku cakap aku nak dia duduk dengan aku 1 hari je dalam sebulan. Hari apa yang dia nak duduk tu ikut lah dia nak bila. Tapi selebihnya memang aku tak kasi dia masuk rumah.

Kami dah ada rumah sewa gais dan nasib baik rumah atas nama aku dan kunci semua aku pegang. So dia memang tak boleh buat apa.

Nafkah tu ikut mana yang dia mampu. Aku pun tak kisah sangat sebab aku ada saving aku sendiri dan aku ada pendapatan tetap. Dan ada lain2. Malam dia dengar perjanjian aku tu. Dia nangis teruk. Dia mintak maaf sujud dekat kaki aku.

Aku tak nangis pun. Aku pandang dia macam tin kosong je. Lalu sepi je dekat telinga aku dengar dia teresak2. Dan malam tu jugak aku sanggup tidur dalam bilik air gais. Sebab tak nak dia sentuh aku.

Aku tahu aku dah jadi isteri yang derhaka masa first nikah. Tapi aku boleh buat apa. Aku pun manusia biasa. Yang sedang terluuka hati dan perasaan.

Setahun lebih dah aku dengan suami aku macam ni. Kami memang macam orang asing. 1 hari yang dia duduk dekat aku tu hanya cukup syarat je. Aku balik kerja dia tak balik lagi. Aku akan tidur bilik no 2 dengan kunci pintu. Aku tetap masak dan basuhkan baju dia.

Esoknya dia akan balik dekat madu aku. Aku sekarang lagi banyak berdikari. Semua aku uruskan sendiri. Suami pun bagi nafkah. Aku simpan je duit tu. Sebab aku tahu madu dengan suami aku lagi memerluukan duit lagi2 madu dah nak hampir dengan due date.

So inc4se diaorang tak ckup duit. Aku boleh pulangkan balik duit suami aku tu. (Baik hati lagi kan aku ni ?)

Penerimaan keluarga. Masa mula2 dulu. Mak ayah aku dengan adk beradk aku memang langsung tk nak pandang muka suami aku. Apatah lagi nak berborak.

Dan raya tahun lepas n tahun ni aku raya dengan family je tanpa suami. Aku kan isteri kedua. Korang faham jelah. Hahahaha. Apa boleh buat. Dah nasib.

Side mentua aku dengan ipar aku. Alhamdulillah diaorang semua syang aku. Mungkin sebab serba salah anak dan abang diaorang buat aku.

Tapi aku banyak kali cakap. Benda dah lepas jangan diungkit. Mak mentua aku manjang nangis je kalau jumpa aku. Pluk aku. Ciium aku.

Aku tahu hati kecil mak mentua aku masih lagi rasa bersalah. Tapi aku nak diaorang redha je. Biar aku je rasa macam ni. Masa first2 aku tengok family in law aku layan madu aku agk teruk.

Tapi aku pujuk diaorang jangan buat macam tu sebab dia manusia jugak. Aku ?? Dari first sampai hari ni aku tak pernah bercakap pun dengan madu aku. Hahahahaahahahah.

Balik kampung suami pun. Aku akan tidur hotel dengan adk ipar perempuan aku. Mungkin sebab adik ipar aku sama baya dengan aku. Jadi aku selesa dengan dia. Thank you Ima for understanding me. Hehehe.

And actually ayah aku ada cakap dengan suami aku. Kalau rasa tak mampu jaga dua isteri. Pulangkan balik anak dia. Suami aku terkedu sebab aku tak pernah pun nak mintak cerrai atau fasakh.

Bagi aku biar dia sendiri tentukan. Hak berce larai kan hak lelaki. Huhuhuhu. Aku ada jugak tunggu kata2 tu dr dia. Tapi tak ada pun so aku pun buat donno jelah.

Cuma bila bapak aku ada cakap macam tu dia ada tanya aku. Apa pilihan aku. Aku cakap terus terang pada dia. Aku pun tak rasa hubungan ni kekal sampai bila2.

Jadi aku serahkan kata2 tu dekat dia. Dia nampak faham tapi tak tahu la kan. Dia faham ke idok. Secara jujurnya. Aku pun tak ada rasa syang dengan dia. Hubungan kami atas nama suami/isteri je. Tapi bagi dia. Aku tak tahu la kan.

Aku sekarang masih lagi boleh bernafas sampai hari ni. Alhamdulillah. Allah bagi ujian ni pasti ada hikmahnya. Walaupun ramai kata aku tak nampak ada suami tapi aku tetap jugak mintak kebenaran kalau nak keluar ke apa. Hubungan aku dengan madu memang tak pernah baik.

Madu pernah bercakap dengan aku tapi buat macam angin lalu. Aku tak jahat gais. Cuma aku tak rasa nak berbaik lagi. Hati aku ni masih lagi berbekas. Mungkin sampai bila2 pun takkan pulih. Hubungan dengan suami pun macam dengan madu. Cakap benda yang perlu je.

Tak ada mesra macam orang lain. Masing2 banyak senyap kalau balik rumah mentua/kg dia. Dia ada jugak banyak kali tarik perhatian aku. Tapi macam aku cakap kan . Aku rasa betul2 kosong. Apa je dia cuba buat tu semua aku pandang nothing. Empty.

Aku banyak dengan kehidupan aku sendiri je. Sikit pun aku tk sentuh kehidupan suami dan madu aku. So akhirnya. Aku jadi macam ni lah. Seorang isteri kedua yang sedang bangun sikit sikit untuk jadikan diri ni kuat.

And korang boleh tak tolong doakan supaya hati aku terus kuat untuk berjalan kehadapan tanpa jatuh ? Macehhhh if you do that. Aku harap ada pengakhiran yang adil untuk aku. Huhu.

Untuk perempuan diluar sana. Mungkin hari ni hari korang buat macam tu pada orang macam aku tapi dunia sentiasa berpusing girlssss. Watch outttt.

Untuk yang seiring dengan jalan cerita aku. Jom lah kita sama2 naik menghadapi dugaan ni. Mungkin kesilapan kita yang lalu buatkan Allah jadikan ujian ni sebagai peringatan. Siapa tahu ? Moga semuanya baik baik sahaja. Moga Allah sentiasa jaga kita. Aminn.

Untuk lelaki diluar sana. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi jangan sksa perempuan macam binatang. Kalau kau yakin kau nak. Kau buat betul2. Kalau tak nak tak payah. Kan senang ? Jangan nak tunjuk handal sangat.

Ramai terkesan dgn perkongsia ini, apa reaksi warganet

Cik Fyrus, Nk kata awak bodoh, dh ramai dh yg tlg ckp.. sy just nk awak sedar yg awak buat mak ayah awak susah hati dgn perkahwinan awak ni.

Sampai ayah awak sdri buka mulut ckp pd husband awak. Nk keras hati ngn husband pun dah2 la tu. Ckup dh setahun utk revenge. Fikir diri sdri n perasaan mak ayah pulak.

Dayah Hamid, Aku bukan nak takutkn ko tapi jap lagi bila semua org dh bersatu (kluarga sebelah suami+madu) baru masa tu ko rasa tersisih menyisih disisih.haaa…jadi baik ko undur diri je dr skrg.

Suami mungkin xnk craikan kau sbb xsmpai hati.jd apa salahya ko minta je.ko xnk ke ada anak, xnak ke berkluarga, xnak ke hidup happy ending sayang oiiii

Nabilah Zaki, Oklah lepasni madu beranak, kau offer diri jaga anak madu kau pulak. Bagi laki kau dgn madu kau teruskan honeymoon. Lepastu, kau pulak susah payah carik duit besarkan anak tiri kau. Bagi laki kau dengan madu kau spend duit diorang untuk joli katak.

Teruskan confessor, sesungguhnya anda sedang melakukan amal jariah. Pasal kebahagiaan diri sendiri tak payah fikir sangat, sebab semua dah hncur kan hari laki kau kawin lain.

Hah dah tak payah susah susah cantum balik. Biar je hncur. Yang layak bahagia madu dengan laki kau je. Kau suka menderita kan. Teruskan. Tepok sket.

Naza Rahman, Sedarla diri nurul, Jgn bazirkan masa muda dengan kehidupan macam ni. Dapat x? Perasaan marah, dndam, s4kit hati aje. Lepaskan la. Biar dia bahagia dgn isteri n baby baru lahir. Bukan satu hinaan pon berstatus J jika tiada lansung perasaan sayang, hormat, kasih pd suami. Hentikanla dera perasaan sendiri. Xde guna nya pon

Awak ada kerja, aset dan pendapatan tetap. Bahagia kan diri sendiri dan keluarga. Tindakan awak ni sebenarnya meluukakan hati kedua-dua keluarga secara halus.

Setiap kali nampak kelibat awak, hanya kesian, simpati, sedih ada di hati mereka. Bangunla. Biarla kedua-dua kluarga lihat yang awak bersemangat, ceria dan bahagia dgn kehidupan..Jgn sia2 an kehidupan ni. Nikmati selayaknya seperti orang lain.

Ros Amina, Dasyatnyeee. Sama umor ni kita confessor. Cuma sy dah ade sorg anak. Kawen pun dah 5tahun. Kalo sy lah kan, angkat kaki je. Buang masa tunggu org mcmtu.

Hati dah xde. Syg ape lah lagi. Better cari yg lain dari mcm hidup xbertali mcmni. Kesian kat awk. Masa depan kita masih jauhhhhhh menunggu di hadapan sis. Sampai bila nk mcmni.

Khalis Jamal, I rasa u tgh membalas dndam dgn play as v1ctim. Secara x langsung semua x suka madu u & suami u. Suami u smpai skrang pening & x settle down sbb nk kena handle u jugak tp u x layan..madu u pon till now x tenteram lg hidup dia wpun dah nk ada zuriat dgn suami.

& u mcm boleh hidup relax je dlm situasi mcm nii..x layan, buat de’.. apa2 pun i hope one day u’ll deserve much better life sis. Yea..25 is still too early.. u hv so much time lg kalau nk bina hidup baru.. i rasa mcm u ada plan u tersendiri.. apa2 pun hope u dpt kecap bahagia yg u cari.

Yatt Latif, Satu je nak pesan, kita boleh jadi baik tapi jgn jadi bodoh. Rasulullah manusia yg pling baik tapi baginda tak pernah ditipu..jdilah manusia yg baik dan bijak..barulah betul..

Adik, darjat seorg wanita tu sgt tinggi. Rumah tangga dibina atas dasar kasih syg, klau dah x boleh, jgn biarkn diri jd istri derhaka..ada bnda yg lbih baik dilepaskan dari disimpan. Allah maha adil, Pastinya Dia punya rencana yg lbih baik utk adik..semoga Allah mudahkn ya.

Yana Mikael, Kau skrg ni dah jadi org ketiga dlm hubungan laki ko dgn madu ko. Diorg bahagia nak dpt anak dah.. Ko je yg nak eg0 xnak undur diri. Maaf la aku cuba nak simpati tapi x dapat.

Kau yg sksa diri sendiri. Wake up confessor ye.. Banyak lagi laki lain kat luar sana yg ko boleh pilih. Xpyh ganggu hubungan diorg lagi

Ariz Fariza, Ni drama bodoh apa ni orang kena tangkap khlwat terus nikah? Kau ingat ni drama? Takde sorang pun orang yang aku kenal kena tangkap khalwat yang kahwin dengan pas4ngan khalwat tu.

Naik makhamah, bayar denda, settle. Kalau ye pun jadik, konon la tak suka tapi kahwin juga. Lepastu meratib “aku baik” sokmo, baik jadahnya bodoh ada lah. Aku support mngsa perkahwinan abusive, yg kena abandon..tapi ni kau cari sendiri.

Kalau kawan aku ni, aku lepuk2 sampai sedar. Entah apa yg dia nak agaknya. Ni bukan balas dndam ke apa, ni membangang buang masa.

Yus Mariza, Sis kalau madu u baca mesti dia gelak mengekek..sebab u acah2 baik hantar confession ni sampai boleh thanks dekat sil mention nama bagai maybe dengan harapan dapat simpati ramai….pastu tak pasal2 terima berbakul2 makian dari readers.

move on sis..tinggalkan husband and madu u mungkin diaorg dh bertaubat..u yg jd org 3 meruntuhkan kebahagiaan diaorg skrg and meruntun perasaan semua org disekeliling dgn eg0 u.

Kalau u baik hati, maafkanlah diaorg, let go and mulakan hidup baru..if cannot accept p0lgamy, live by your own.

Intan Natasha, Okay ramai orang kata confessor bodoh. Ya confessor ikutkan hati dan rasa degil sbb majlis dah dekat. Somehow madu dan suami confessor pun perlu diajar jugak. Actually bila baca confession sis, saya rasa bangga.

Sis kuat, Sis buktikan yang sis lebih baik dari dorang berdua tu. Kalau pun lepas ni sis walk out from the meaningless marriage, you have nothing to lose. Perempuan tu dah goda tunang sis, and tunang pun melayan.

mmg selayaknya lah dorg diberi layanan yang mcm tu. Sis, lepas ni kalau dah bercrai… i know that you will feel better. You should feel better. You have went thru this pain successfully. Jangan dengar lah siapa yang cakap sis bodoh tu.

Awal2 lagi dah cakap orang bodoh haihhhh. Sis tolooooong lah fokus dgn comment yang membina saja okay? Tolong lah baca my comment out of hundreds comment yang menghentam ni. Be strong, stay strong. You are exceptional.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*