Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan satu cuplikan video dari salah satu talkshow di Astro Warna yang menghimpunkan beberapa hero filem Melayu yang bercerita tentang pengalaman sepanjang bergelar pelakon.
Walau bagaimanapun, ia menjadi pnas apabila ada yang memuat naik kembali video tersebut dimana ketika itu aktor, Fauzi Nawawi berkongsi tentang lakonannya ketika menjayakan babak panas bersama seorang pelakon wanita.
Apa yang merisaukan adalah perbualan seperti itu ditayangkan di kaca televisyen dan menjadi perdebatan ramai kerana ia sangat tidak sopan serta boelh menjatuhkan maruah seseorang. Menjadi individu yang diperkataan dalam perbualan tersebut, Raja Farah bersama suaminya telah mengeluarkan kenyataan di laman Instagram sebagai memberi respon kepada ‘kisah’ yang diceritakan oleh Fauzi Nawawi.
Suami kepada selebriti wanita itu, Iskandar Ismail telah tampil mempertahankan maruah isterinya. Dia memaklumkan yang sepatutnya individu tersebut tidak mengaibkan mana-mana wanita walaupun dia sedar apa yang diucapkan merujuk kepada karya seni.
Enggan memperpanjangkan isu, Raja Farah dan suami berharap agar perkara ini tdak belarutan dan berlapang dada dengan video yang viral itu. Mereka juga tidak mahu ada sebarang permusuhan hanya disebabkan video tersebut.Dia juga tidak menyangka bahawa video tersebut tular kerana pernah memohon pihak penyiar untuk memotong bahagian tersebut sebelum ini.
https://www.instagram.com/p/CVNm2BiBklM/
Dalam video permohonan maaf itu juga, Fauzi memaklumkan turut memaafkan mereka yang mengvtuk serta berkata tidak baik kepadanya. “Kami faham anda tunjuk karya seni tu, tapi tk perlu kot buka aib macam tu…apatah lagi kalau dia dah kahwin dan dia juga seorang wanita muslim.”
https://www.instagram.com/p/CVN8xWIBX1E/
“Bagi saya, orang yang cakap tu umpama orang yang Jahil lah sebab tk mungkin dia akan ungkapkan dekat adik perempuan, kakak atau ibu dia…” -Suami Raja Farah-
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:Ohmymedia
Mulanya nak kongsi pengalaman berlakon babak kotor. Tak pasal pasal dikritik oleh warganet sekali Fauzi Nawawi tampil mohon maaf.
Pelakon dan pengarah, Fauzi Nawawi menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram memohon maaf secara terbuka khususnya buat pelakon Raja Farah dan keluarga.
Fauzi Terima Banyak Kritikan
Permohonan maaf itu dibuat susulan keterbukaan Fauzi berkongsi kembali pengalamannya melakonkan sebuah babak kotor bersama Farah ketika kedua-duanya menjayakan filem Anak Halal suatu ketika dahulu. Menurut Fauzi, dia akui menerima pelbagai kritikan dan hnaan daripada warganet berikutan tularnya video ‘pengakuannya’ itu dia media sosial.
Pernah Minta Penerbit Potong Bahagian Pendedahannya
Tidak mudah melatah dengan kritikan yang diterima, Fauzi berkata dia menerimanya dengan hati yang tenang walaupun agak kusut memikirkannya. Jelasya, usai tamat penggambaran program bual bicara tersebut dia telah meminta pada pihak penerbit untuk memotong bahagian percakapannya yang disifatkan sensitif.
Video : Klik link
Namun begitu, ia telah pun ditayangkan di kaca televisyen sekaligus mencetuskan pertikaian orang ramai mengenai pendedahannya itu biarpun ia telah lama berlalu. “Pertama sekali saya nak memohon maaf kepada semua yang menyebarkan video program yang dah kecoh di laman sosial. Program itu dah ditayangkan lama dan baru kini dihebohkan balik walau apa pun tujuannya. Tetapi apa yang saya nak cakap dekat sini saya nak mohon maaf kepada semua dalam video ini khususnya kepada Raja Farah dan suami dan juga seluruh ahli keluarga. Sebelum program ini ditayangkan, selesai saja penggambaran pada PKP pertama dahulu saya dah minta pihak penerbit dan produksi untuk potong mana yang sensitif sebab masa kami bersembang antara lelaki ini memang salah saya lah sembang itu tak control cakap dan terlepas nama Raja Farah.
“Sebenarnya masa ini diorang tanya pengalaman watak yang pernah saya pegang. Kalau diceritakan 14 tahun dahulu adalah per0mpak, perg0l itu adalah watak yang sinonim dengan saya. Jadi bila dah terlepas cakap itu, habis je recording saya tersedar ada yang patut dipotong di censor kan supaya tak ditayangkan. Tapi ml4ngnya cerita itu pun ditayangkan dua kali tak tahu pula baru hari ini diviralkan balik di Twitter. Apa pun saya mengaku memang salah saya, saya jahil dan saya tak baik. Tapi saya sedang memperbaiki diri saya untuk jadi lebih baik” luah suami kepada pelakon Lisdawati ini.
Mohon Maaf Secara Terbuka
Di kesempatan itu, Fauzi berulang kali memohon maaf kepada Farah dan keluarganya atas keterlanjuran kata-kata tersebut selain berterima kasih buat mereka yang menegurnya. “Kepada mereka yang amat sensitif dan terkesan dengan video ini dah tentu suami kepada Raja Farah, mohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki memang saya tak ada niat langsung untuk memalukan.
Kepada Raja Farah sendiri dan keluarga saya minta maaf apatah lagi perkara ini telah dipanjangkan. Kepada warganet yang amat prihatin kepada perkara ini yang sanggup hin4 saya, hin4 mak saya, hin4 keluarga, hin4 anak-anak saya, saya maafkan dan saya anggap anda prihatin sebab itu sanggup maki saya.
Saya berterima kasih kepada yang mengingatkan saya dan menegur kesilapan saya sama ada cara baik ataupun cara kasar. Terima kasih dan saya terima dengan rela hati dan kepada suami Raja Farah dan Raja Farah serta keluarga saya mohon maaf sekali lagi” kata Fauzi
Terdahulu, Farah dan suami menyifatkan bahawa pendedahan Fauzi mengenai babak rogol dalam filem Anak Halal sebagai sesuatu yang memalukan. Menurut suami pelakon itu, rakaman yang disiarkan di sebuah stesen televisyen itu adalah salah di setiap sudut kerana tidak menjaga aib dan kehormatan wanita. Malah Farah sendiri akui terkesan dengan perkara itu dan merasakan seakan dibuka aib serta dirinya tidak dihormati.
Video : Klik link
Sebelum ini, Fauzi, dijemput sebagai tetamu bersama beberapa orang selebriti lelaki dalam sebuah program bual bicara. Dalam program tersebut, Fauzi berkongsi pengalamannya menjayakan babak kotor Farah dalam filem tersebut. Sumber : Murai.my
Tak pasal pasal dikatakan sengkek gara gara selalu buat reviu macam ni. Sekali ini alasan Raja Afiq bila dikritik tentang reviunya.
Raja Afiq anggap dia hanya ingin menolong peniaga di atas talian. Tak serik-serik, pelakon Raja Afiq sekali lagi dikritik warganet gara-gara memuat naik posting reviu Instagram berbaur perkara tidak senonoh pada Jumaat.
Jika sebelum ini Raja Afiq memilih untuk memulangkan semula wang bayaran yang diterima, namun kali ini aktor berusia 27 tahun itu kini tetap meneruskan ulasan tersebut. Beberapa kali dipujuk untuk melakukan ulasan itu, Raja Afiq berkata dia hanya ingin menolong peniaga selain merupakan pendapatan sampingan.
“Kalau saya nak beri penjelasan atau terangkan kepada warganet, mereka pun takkan faham. Ikutkan saya sebenarnya dah banyak kali tolak. Tapi pihak produk itu tidak berhenti memujuk saya… tetap call dan mesej saya minta juga saya buat reviu. Saya ini jenis tak sampai hati. Niat saya nak menolong peniaga online dan buat reviu di IG pun salah satu income saya juga. Takkan saya nak tolak rezeki. Saya dah minta video yang lebih elok tapi itu sahaja yang pihak mereka dapat berikan kepada saya,” katanya.
Ikutkan saya memang malas nak baca komen-komen warganet.
Terdahulu, perkongsian video yang memaparkan sebahagian besar buah dada seorang wanita mengundang kritikan warganet yang menganggap ia keterlaluan.
Malah, rata-rata warganet menganggap pelakon drama siri Gerak Khas: Undercover itu menerima bayaran dengan wang haram.
“Kalau terdesak sangat buka kedai tepi jalan pun ok, Sekarang ramai artis bisnes kecil-kecil jual minuman lebih baik dari reviu foto tak senonoh. Asal hari Jumaat ada je buat orang lain berdosa. Boleh fikir baik buruk, dosa, pahala kot Agak-agaklah reviu tu, jangan tunjuk diri sengkek sangat boleh tak?” antara komen warganet.
Dalam pada itu, pemilik nama Raja Muhammad Afiq Raja Razali ini enggan melayan komen negatif memandangkan dia hanya melakukan kerja selepas menerima bayaran.
“Saya ada juga baca komen yang mengatakan saya ambil duit haram melalui reviu itu. Tapi siapa mereka nak tentukan duit itu haram atau halal? Ikutkan saya memang malas nak baca komen-komen warganet. Bukannya saya mengambil tanpa izin… saya hanya menjalankan tanggungjawab orang bayar untuk promosikan barang. Saya pun mencari rezeki untuk keluarga. Apa-apa pun, harap semua orang doa yang baik-baik sahaja,” ujarnya. Sumber : Mstar
Tak pasal pasal reviu kali ni cemarkan nama Kamal Adli. Sekali ini yang Kamal akan lakukan demi nama baiknya.
Menjelaskan keadaan sebenar, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu berkata, dia hanya menjalankan kerjanya sebagai selebriti yang dibayar untuk melakukan reviu atau ulasan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam Instagram.
“Untuk pengetahuan semua, saya ada admin (pengendali) yang pantau bahagian media sosial saya. Jadi semuanya dipantau dengan penuh hati-hati. Kemudian, ramai yang hantar mesej (DM) beritahu yang @kassgadget adalah penipu dan scmm3r. Saya memang ambil serius hal ini sebab setiap kali reviu, saya akan pastikan orang itu betul-betul berniaga,” katanya.
Dalam hantaran berkenaan, Kamal turut memuat naik tangkap layar mesej dalam Instagram dengan beberapa pembeli yang ditipv penjual berkenaan. Membuktikan keseriusannya berhubung respons orang ramai, Kamal turut memuat naik tangkap layar perbualan pengurusnya dengan penjual kedai berkenaan menerusi WhatsApp pada 16 Ogos lalu dengan bertanyakan tentang isu penipvan yang berlaku.
Bagaimanapun dalam mesej berkenaan, penjual terbabit menafikan perbuatan penipuannya sebaliknya mendkwa semua pembeli tiada bukti kukuh atas tudvhan yang dibuat.
“Jadi saya dah pun padam segala benda yang di luar kawalan kerana dia sendiri beritahu promosi ini dilakukan sempena Merdeka. Saya cuma nak bantu mereka yang terkesan dengan Covid-19, tapi macam ini pula jadinya. Saya mohon maaf kepada semua dan akan pastikan perkara begini tidak akan berulang.
“Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap penipv ini,” tulisnya. Hasil carian, Instagram penjual berkenaan tidak ditemui, tetapi terdapat sebuah akaun baharu diwujudkan dengan nama @kassgadget.penipv dipercayai dibuka oleh kumpulan pembeli yang tertipv.
Perkongsian akaun tersebut berusaha mengumpul bukti sahih seperti resit bayaran pemindahan wang secara dalam talian daripada pembeli selain mendedahkan akaun bank penjual. Sumber – K! ONLINE
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply