“Biar org buat kita…” Aaron Aziz Makan Ats Tong Samp4h!- ‘Dia tk tau lgi siapa malek agaknya’

Kegagalan sebuah produksi menjaga kebajikan artis jemputan sewaktu penggambaran menjadi perhatian wargam

ya ketika ini susulan perkongsian Aaron Aziz di laman Instagram.

Baru-baru ini, Datuk Aaron Aziz menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya curi tumpuan ramai pihak apabila menjamah sebungkus makanan di atas tong sampah bewarna kuning. Meskipun tidak didedahkan secara terperinci butirannya, namun situasi itu dipercayai berlaku semasa bintang filem ‘KL Gangster’ ini diundang ke sebuah program TV.

“Mustahil tak tahu….”

Menerusi kapsyen, beliau tidak menyalahkan sebarang pihak kerana mungkin ia diuruskan oleh team baru. Namun apa yang buatkan Datuk Aaron Aziz terkilan adalah cuma dirinya sahaja yang tidak diberikan sebuah ruang rehat khas. Sementara artis-artis undangan lain bukan saja diberikan bilik, malah siap ada tertera nama masing-masing lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Susulanperkongsian, rakan artis  terus menerus membanjiri ruangan komen dengan beranggapan bahawa tindakan itu sangatlah keterlaluan dan tidak beradab. Rata-rata mereka menyatakan situasi itu tidak wajar berlaku kerana setiap tetamu perlu dihormati. Walau bagaimanapun, sikap sabar Datuk Aaron Aziz yang rileks jamah makanan di tempat sedemikian tetap dipuji ramai.

Sumber : IG aarondwiaziz, malaysiatimes

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*