[VIDEO] Bersungguh Demi Nak Kurus. Sekali Nabila Huda Buka Langkah Muay Thai!

DEMI tuntutan dua watak yang bakal dijayakan bermula Disember depan, aktres terkenal Nabila Huda sanggup ‘mengorbankan’ rutin makan malamnya.

Bukan sahaja terpaksa makan makanan berkhasiat seperti sayur dan buah-buahan yang tidak disukai, Nabila atau mesra disapa sebagai Abil juga perlu bersenam dengan rutin yang ketat.

Menurut pelakon berusia 36 tahun ini, dia berazam untuk menurunkan sekurang-kurangnya 12 kilogram yang dianggap bersesuaian dengan karakter yang bakal dilakonkannya itu nanti

 

“Saya mencintai setiap inci tubuh dan tidak mempunyai masalah sama ada kurus atau gemuk. Cuma demi watak yang akan dilakonkan, saya sanggup berkorban.

“Banyak yang perlu saya korbankan contohnya rutin makan tengah malam yang kurang sihat. Jika diikutkan seumur hidup saya tidak pernah bersenam dengan rutin ketat sebegini.

“Namun kali ini saya memang berusaha sehabis mungkin. Saya tidak makan sayur dan buah-buahan sebenarnya, tetapi demi gizi pemakanan sihat, saya p4ksa juga diri

“Bermula dengan berat 67 kilogram, selepas tiga minggu saya berjaya menurunkan lima kilogram,” katanya kepada mStar.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi menerusi Instagram memberitahu dia terpaksa makan sayur-sayuran biarpun tidak menyukai makanan tersebut.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi Amy Search ini menegaskan perubahan fizikal yang dilakukannya itu merupakan kehendaknya sendiri tanpa paksaan orang lain.

“Tiada siapa yang meminta untuk saya kurus. Cuma ini adalah inisiatif diri kerana saya rasa bersesuaian dengan watak.

“Cuma saya belum boleh dikongsikan watak itu kepada umum lagi, tidak lama lagi pasti saya akan beritahu,” ujarnya.

Meletakkan sasaran untuk mencapai berat badan sekitar 55 kilogram, Abil juga turut memulakan kelas Muay Thai dan melantik jurulatih peribadi.
Tambahnya, jurulatih itu turut memainkan peranan memantau pemakanannya setiap hari bagi memastikan sasaran berat itu berjaya dicapai.-mSTAR

Sumber:https://mykmu.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*