Akibat Tukar Tajuk Poster Filem Lakonannya. Rita Rudaini Beri Teguran Keras Dan Gelarkan Ini Pada Individu Ini.

Pelakon jelita, Rita Rudaini tampil mengkritik tindakan seorang pengulas filem bebas yang dikenali sebagai Zhafvlog selepas individu itu telah menyunting poster tajuk filem lakonannya kepada anti-vaksin, meruju kepada diri Rita yang tidak divaksin.

Akal Yang Diberi Tuhan Bukan Diguna Untuk Hina Orang Lain

Menerusi Insta Stories, pelakon ini menjelaskan bahawa akal yang diberikan oleh Tuhan bukan digunakan untuk menghina orang lain.

“Tuhan bagi akal dekat ko bro bukan untuk ko guna menghina orang. Ramai orang Islam macam ni mencaci cerca orang yang tak vaksin..

Malu la kat agama lain bro..Lepas vaksin dah jadi lembu..Tuhan bagi ko jadi manusia ko pilih nak jadi LEMBU..”- tegur Rita

Gelar Zhafvlog Sebagai “Blogger Lembu”

Rita Rudaini atau nama penuhnya Rita Rudaini Binti Mokhtar turut menggelarkan Zhaf sebagai ‘blogger lembu’ yang hanya melakukan kandungan yang tidak bijak.

“Blogger Lembu memang akan buat konten bodoh-bodoh macam Lembu. Takat tu ja pun otak mampu pikiaq..Nak masuk 2022 dah oii.

Takat tu ja ka? Biasa lah blogger sampah. Gelar diri sendiri blogger. Tapi tak nampak macam blogger pun..Lebih mirip kepada LEMBU kacuk b4b1”- tegasnya

Terdahulu, melaporkan pelakon ini  mempersoalkan sikap warganet yang ‘panas’ dengan dirinya yang masih tidak mahu divaksin. Akui Rita, dia hanya berada dalam rumah dan rasa pelik dengan sikap segelintir warganet yang telah menerima vaksin.

Sumber: Murai.

Akhirnya Rita Rudaini Dedah Cerita Sebenar Kenapa Dia Tolak Vksin. Sedih Bila Prinsipnya Disalah Tafsir Oleh Warganet.

Pelakon Rita Rudaini menafikan dia menolak untuk mengambil suntikan vksin CvdI9, sebaliknya berpegang kepada prinsip untuk menerimanya apabila diiktiraf di seluruh dunia. Rita mengakui dia dikritik teruk warganet yang tidak mengetahui sebab dan prinsip yang dipegangnya. Lebih menyedihkan apabila prinsipnya itu disalah tafsir banyak pihak. Rita menerusi hantaran di Instagram Story sebelum ini berkata, dia bingung dengan t.indakan segelintir pihak itu yang turut dirasakan d.engki terhadapnya.

Bagaimanapun, Rita mendoakan mereka yang lengkap dua dos v.ksin dan bercadang pulang ke kampung halaman selepas kebenaran merentas negeri dibenarkan kerajaan mulai semalam supaya menjaga kese.lamatan diri. “Saya doakan selamat merentas negeri, negara, planet dan alam semesta dengan selamat. Semoga selamat pergi dan kembali. Menurut Rita, apa yang penting buat dirinya kini adalah menjaga kesihatan dirinya berbanding keluar berjalan-jalan. “Bagi saya, tak penting balik kampung, bercuti, rentas negeri, negara atau dine-in. Apa yang penting sekarang adalah kes.ihatan. Itu keperluan asas saya sekarang,” katanya.

Sebab Sebenar

“S.untikan v.ksin masih lagi berada dalam ujian klinikal dan uji kaji, malah dalam Parlimen pun tidak memaksa untuk mengambil v.ksin. Ia tidak termaktub sebagai sesuatu yang wajib lagi. Saya juga tidak mempengaruhi ahli keluarga yang sudah mendapatkan v.ksin. Tidak salah untuk mengamalkan pemakanan sunnah untuk menjaga kes.ihatan, bukan saya amalkan ilmu h.itam. Terpulang kepada individu sendiri, saya bukan menolak v.ksin atau anti, sebaliknya saya memerlukan sedikit masa lagi. Apabila tiba masanya, pasti saya akan mendapatkan v.ksin juga. Lagipun, saya jenis yang gemar duduk di rumah. Saya membeli barang keperluan secara dalam talian saja. Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu, saya hanya keluar jika ada urusan saja,” katanya.

Berkongsi mengenai sumber pendapatan, Rita bersyukur kerana rezekinya tidak p.utus biarpun diduga dengan pelbagai t.ohmahan dan c.emuhan. “Alhamdulillah. Walaupun tidak dibenarkan menjalani penggambaran, namun rezeki Allah datang daripada pelbagai sudut. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan kita manusia. Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa, jadi saya bersetuju untuk tidak berlakon buat sementara waktu. Saya kini bergantung kepada perniagaan minyak wangi yang diusahakan dan kini sudah mencapai lebih 40 cawangan di pusat beli-belah AEON. Insya-Allah, sekiranya dipermudahkan minyak wangi saya ini bakal berada di 40 hingga 50 cawangan Watson pula. Saya percaya rezeki Allah ada di mana-mana,” katanya. Sumber : Online Malaya

Rita Rudaini Persoalkan Tindakan Penyelia FINAS. Boleh Pula Larikan Diri Lepas Kru Dijangkiti Wabak CovdI9.

Beliau mendedahkan terdapat artis tidak mahu ke hospital dan memakai gelang pink , kemudian melarikan diri ke Kuala Lumpur. Pelakon jelita, Rita Rudaini tampil bersuara selepas tersebar berita mengenai Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) yang dilaporkan telah melarikan diri sebaik sahaja mengetahui tujuh orang dalam produksi di bawah pemantauan Penyelia tersebut dijangkiti CvdI9.

“Macam Mana Ni Bila Orang Dalam Pun Bersekongkol? -Rita Rudaini

Menerusi Insta Stories, Rita mempersoalkan bagaimana ‘orang dalam’ Finas boleh turut bersekongkol dalam perihal tersebut. “Macam mana ni..bila orang dalam, pun bersekongkol? Bila ada virus, Yang kena tuduh confirm la yang UNVACCINATED.”-tegas Rita

Dedah Rita lagi, terdapat selebrti yang enggan ke hospital dan tidak mahu memakai gelang berwarna merah jambu sebelum melarikan diri ke Kuala Lumpur. “Dengar khabar, ada artis yang taknak pergi hospital dan taknak pakai gelang pink..lari balik KL.. Mana tanggungjawab pada orang keliling? Kat media sosial sibuk pertikai tanggungjawab orang yang UNVACCINATED. Ingat..bila kita hari-hari gigih nak buka aib orang, Tuhan buka aib kita. Cuma pesan sistur..Dah-dah la tuu..RELAX je yang dah VACCINE ni.”- kata Rita lagi

Warganet Anggap Rita Meroyan

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut mendedahkan dia telah dianggap sebagai meroyan gara-gara bersuara mengenai isu tersebut. “Bila kita sekali sekala bersuara..kata kita meroyan..yang depa 24/7 kat media sodial keji tu tengah bertahajud? Pastu hari-hari DM keji. Gelakkan tak boleh rentas, tak boleh dine in. Itu je kerja korang? Itu je korang kesah bila dengan bangganya vksin? Ooo bukan korang vksin untuk daya tahan badan korang..paham..”-katanya

Tidak Kisah Mengenai Rentas Negeri & Dine In

Di kesempatan itu, Rita juga akui  idak kisah mengenai kebenaran rentas negeri atau ‘dine in’ , dan dalam masa yang sama bersyukur kerana ahli keluarganya berada dalam keadaan sihat. “Sori lah..Sistur tak kisah rentas ke dine ke apa ke…. Yang penting Allah jaga 1 family sihat walafiat, dan kecukupan rezeki.. Mak? Hari-hari sistur call mama sistur..sehari dekat 10x gak la.. Walau pun jauh tak dapat bersua..sistur percaya doa sisturr untuk dia, sampai kat Allah”- dedahnya

Penyelia Protokol Penggambaran Larikan Diri

Terdahulu, dipetik dari laporan Harian Metro, PPP yang mendapat perakaun khas dari FINAS dilaporkan telah melarikan diri sebaik mengetahui tujuh orang dalam produksi di bawah pemantauannya dijangkiti COVID-19. “Sebelum kejadian hampir setiap hari PPP ini berada di set penggambaran. Tapi selepas tujuh orang dalam produksi disahkan positif Covid-19, PPP ini cabut lari ke Kuala Lumpur.”-Sumber Harian Metro

Bangga Anak Dapat Anugerah.Rita Rudaini Tak Kisah Orang Mengata Dirinya Kecoh.

Pelakon sensasi, Rita Rudaini berkata dirinya tak kisah jika dianggap ‘kecoh’ mengenai pencapaian anak-anak meskipun ia dianggap biasa oleh sesetengah pihak.Kata Rita, dia hanya menunjukkan rasa bangga dengan apa yang dicapai oleh kedua orang anaknya itu kerana ia adalah momen yang sangat berharga buat dirinya.

Biarlah orang nak kata ‘ala exam biasa pun je nak bangga nak kecoh’. Tapi pada sistur walaupun anak-anak menang main guli atau lari dalam guni sekali pun, sistur tetap bangga. Sebagai ibu, setiap momen itu adalah sentimental value untuk sistur. Kenyataan itu dibuat pelakon filem Anak Mami Junior ini setelah dia ada memuat naik sebuah video pendek memaparkan kejayaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 12, yang baru sahaja memperoleh Anugerah Kecemerlangan bagi semua subjek.

Lebih membanggakan, Rayyan juga mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Kelas bagi tahun 2020 dan pelajar terbaik bagi subjek bahasa Arab dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Dalam pada itu, Rita turut menzahirkan ucapan terima kasih buat para guru yang tidak lelah mencurahkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di sekolah.

“Dia malu tengok gambar sendiri..hensem ikut bapak, cerdik ikut mak..Alhamdullilah..” tulisnya lagi di bahagian kapsyen video tersebut. Sekadar info, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008 namun bercerai pada September 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Lana Nordin dah selamat sampai As. Terkejut tiba tiba Rita Rudaini selamba je boleh komen macam ni tarik perhatian ramai.

Pelakon, Lana Nordin dan keluarganya telah selamat tiba di Amerika Syarikat (AS), semalam. Selepas menerima pelbagai kutvkan dan hinaan daripada warganet, Lana dipercayai enggan terus mendiamkan diri dan memilih untuk memberi penjelasan panjang lebar di Instagram Storynya.

Susulan daripada itu, pelakon, Rita Rudaini turut jadi perhatian ramai apabila dia memuat naik posting balas secara berseloroh dengan Lana Nordin berhubung setiap penjelasan yang diberikan.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Rita Rudaini dilihat ‘repost’ kembali kesemua story Lana Nordin di akaun Instagramnya. Pada masa yang sama, Rita dipercayai berseloroh dan bertanya kepada Lana mengenai dos vaksin yang mereka sekeluarga ambil sebelum terbang ke Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, warganet turut mndkwa kapsyen Rita seolah mengundang dan seakan seronok melihat telatah rakan baiknya itu.

Lana Nordin turut memuat naik sebuah video di mana mereka sekeluarga tidak perlu ‘scan’ My Sejahtera sewaktu dine-in di sebuah restoran. Malah, suaminya dilihat melakukan bunyi ‘scan’ ketika mereka sekeluarga hendak masuk ke restoran tersebut.

Terdahulu, Lana mendakwa warganet suka membuat spekulasi terhadap dirinya sehinggakan ada yang berandaian dia tidak akan berjaya untuk ‘terbang’ gara-gara belum divaksin. Namun begitu, Lana berjaya membuktikan bahawa perjalanannya untuk rentas negara itu mengikut undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Tegasnya, tidak wujud dia menggunakan ‘kabel’ untuk pulang ke negara asal suaminya. Sumber : OHBULAN

Manakah hati perut anda wahai manusia. Peniaga tidak vaksin ditarik lesen perniagaan. Rita Rudaini anggap ini satu tindakan diskriminasi.

Pelakon popular Rita Rudaini berangapan tindakan menarik lesen peniaga yang tidak mengambil vaksin adalah satu bentuk diskriminasi. Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya.

“Diskriminasi… bukankah masih dalam ujian klinikal? Kena ada paksaan ke atas tubuh orang lain? Dan kalau jadi sesuatu, tanggung sendiri.. Ambik lesen pun duit pensaga, renew lesen pun duit mereka… paksaan apakah ini? Perut anak bini mereka harus disuap. Kalau macam ni, di manakah hati perut anda wahai manusia?” tulisnya.

Sebelum ini, Rita merupakan antara barisan pelakon yang dilihat menolak untuk pengambilan vaksin Covid-19 sehingga dilabel sebagai anti vaksin oleh segelintir warganet.

Malah, pelakon berkenaan juga beberapa hari lalu memaklumkan namanya telah digugurkan oleh satu produksi untuk berlakon dalam sebuah drama 100 episod kerana tidak mengambil vaksin. – Sumber: KopiPlanet.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*