Dah 5 Tahun Bertahan. Sekali Warganet Nasihatkan Rossa Untuk Contohi Intan Saleh Dan Ini Yang Berlaku Dalam Hubungan Mereka.

Selepas mendedahkan tentang rumah tangga bersama suami, Shuk Sahar yang diibaratkan seperti retak menanti belah, Rossa telah mendapat kata-kata semangat daripada warganet. Semalam, menerusi Harian Metro Rossa berkata dia dan Shuk sudah tidak tinggal sebumbung dan sedang dalam proses perpisahan.

Rossa atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkata, selama lima tahun bertahan mental dan emosi, kali ini dia nekad untuk meneruskan perpisahan.”Saya dalam proses failkan c3rai terhadap Shuk. Saya nekad untuk berpisah kerana hampir lima tahun bertahan dengan penderaan emosi ini. Malah, sejak sebulan lalu kami tidak lagi tinggal bersama,” katanya.

Sementara itu tinjaun Gempak di akaun Instagram Rossa mendapati, rata-rata pengikut mendoakan urusan ibu kepada dua orang anak itu dipermudahkan. Malah ada di antara mereka yang mahu Rossa mengikut jejak Intan Saleh yang cekal dan tabah selepas mengharungi dugaan sama beberapa tahun lalu.“Langit tak selalu mendung hujan dan ribut taufan. Di sebalik kebasahan dan kegelapan, pasti tersembunyi pelangi nan indah menanti untuk muncul. Lihatlah Intan Saleh, bahagia yang mulai menjelang, Insya-Allah untuk selamanya dan kebahagian sebenar akan menjadi milik Rossa. Yakinlah Sera, awak layak untuk bahagia walaupun bukan bersama Shuk tu. Sera awak cantik tau, ramai lagi yang lebih baik, hensem dari tu. Please move on, you can do it!,” tulis seorang pengikut.

Selain itu ada juga yang menasihati Rossa supaya kekal dengan pendiriannya kali ini supaya tidak dituduh sengaja mencipta drama demi untuk melariskan jualan produk. Dalam pada itu, Gempak cuba menghubungi Shuk untuk mendapatkan maklum balas, namun hantaran mesej menerusi aplikasi Whatsapp tidak dibalas. Bagaimanapun Gempak akan cuba untuk mendapatkan Shuk bagi mengulas mengenai pendedahan isterinya ini. Sumber : Gempak

Shuk nafi buat lawak double meaning dekat konti radio. Tak boleh berdiam sekali gadis ni dedahkan video.

Selepas terpalit dengan kontroversi video mengaibkan aktres Raja Farah, pelawak dan pengacara Shuk Sahar terus-menerus menjadi tumpuan ramai. Kali ini, Shuk didakwa ‘menggatal’ dengan seorang wanita yang menjadi tetamu jemputan ketika hadir ke konti radio pada tahun 2020.

Langsung tak kenal

Enggan mendiamkan diri, Shuk tampil berkomunikasi dengan wanita terbabit yang dikenali dengan nama Ayu Aziz. Menerusi akaun Instagram, Shuk menghantar kiriman mesej (DM) meminta penjelasan daripada wanita itu berkenaan dakwaan yang dilemparkan.

Pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar turut menafi dia mengenali dan pernah menemu bual wanita tersebut seperti yang didakwa. Salam. Maaf ya ada terbaca Twitter awak kata saya pernah flirt double meaning dengan awak. Bila tu ya sebab setahu saya sepanjang saya di radio saya tak pernah interview awak.

Sebab memang saya langsung tak kenal awak. Saya berborak dengan awak pun tak. Kalau betul, apa double meaning yang saya cakap pada awak. Saya bukan la sebarang orang nak bergurau macam tu. Isu Jamil twitter? Saya tak ingat pun saya bergurau dengan awak.

Kalau awak nak judge saya berdasarkan isu rumah 107, saya rasa awak tak tau apa pun yang jadi sebenarnya. ”I masih tengah download video i” ”Tapi ni turn adik i main game untuk game section dia.” ”Just, watch & judge by yourself.” ”Shuib pun bagi warning gurau halus je kat adik i “kalau boleh jangan kenal dia” dakwa gadis berkenaan

Tunggu surat saman

Dalam pada itu, pelakon filem Adnan Sempit 2 menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan ‘panas’ itu .Takpe la awak. Dalam keadaan sekarang, memang yang akan nampak teruk saya. Macam ini la kalau saya benda ini ftnah atas saya, saya akan guna cara legal. Awak tunggu ja la surat saman dari saya.

Saya tak tahu apa niat awak. Allah saja yang tahu kan. Di bawah ini disertakan sekali tangkapan skrin (screenshot) perbualan antara Shuk dan Ayu Aziz: Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai video pelakon Fauzi Nawawi bercerita mengenai lakonan aksi tak senonoh sehingga mengundang kemarahan dan kritikan warganet.

Namun, bukan sahaja Fauzi, malah pengacara rancangan tersebut iaitu Shuk Sahar turut dikritik teruk oleh warganet berikutan dialognya seolah mahu Fauzi menjelaskan lebih terperinci mengenai babak berkenaan.

Susulan tindakannya itu, ada segelintir warganet mahu pengacara itu diboikot apatah lagi sering sahaja mencetuskan kontroversi.Malah, warganet turut kesal apabila Shuk boleh berlawak tentang perkara itu tanpa memikirkan perasaan keluarga pelakon wanita tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang warganet berkongsikan kisah mengenai perangai Shuk dengan mendakwa pelawak itu cuba untuk ‘double meaning’ ketika pertemuan mereka di stesen radio tahun lalu.

Sumber: Twitter @ayuazizz

Teruk dikritik sebab tanya pasal babak panas. Shuk Sahar tampil buat permohonan maaf siap janji sesuatu lagi.

SUSULAN nama terpalit dengan isu tak senonoh dalam temubual melibatkan pelakon Fauzi Nawawi, pengacara program itu iaitu Shuk Sahar memilih untuk mengunci mulut bagi mengelakkan perkara berkenaan berpanjangan. Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia tidak berniat melarikan diri daripada masalah itu, sebaliknya enggan tersalah cakap yang hanya mengeruhkan keadaan.

“Kalau boleh saya tak nak mengulas isu ini lebih lanjut. Bukan sebab saya nak larikan diri tapi apa yang berlaku ini melibatkan ramai pihak… bukan saya seorang sahaja. Shuk tidak mengulas lanjut kerana isu ini membabitkan banyak pihak.

“Saya risau juga kalau saya tersalah cakap atau bercakap lebih mengenai isu tersebut, ia akan beri kesan kepada pihak lain,” kata Shuk kepada mStar. Pada Rabu, Fauzi Nawawi dikritik warganet apabila menceritakan pengalaman melakonkan watak seorang prgl bersama aktres Raja Farah dalam sebuah filem menerusi sebuah program baru-baru ini.

Tidak mahu perkara itu berpanjangan, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 48, membuat permohonan maaf terbuka kepada Raja Farah dan suami serta keluarga yang terkesan dengan hal berkenaan. InsyaAllah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap kandungan program dan percakapan!

Bukan sahaja Fauzi, Shuk turut dikritik disebabkan warganet mendakwa dia menjadi punca pelakon itu tampil berkongsi babak tak senonoh yang dilakonkannya. Pertanyaan Shuk yang meminta Fauzi memperincikan babak tak senonoh tersebut menimbulkan kemarahan warganet yang kini tidak mahu lagi menyokong karier pelawak itu.

Fauzi Nawawi sudah buat permohonan maaf di atas keterlanjuran katanya dalam program itu. Dalam pada itu, pelawak berusia 35 tahun ini memohon maaf kepada semua pihak yang tergores hati selepas menonton rakaman tersebut dan dia turut berjanji akan lebih berhati-hati dalam setiap percakapan di masa akan datang.

“Tapi bagi pihak saya sendiri, dengan rasa rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pihak yang tergores hati selepas menonton program tersebut. Saya tiada niat apa-apa pun. “Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap kandungan program dan percakapan. Saya harap semua orang boleh mendoakan agar semua perkara akan menjadi lebih baik,” ujarnya.

Lepas Fauzi Nawawi dikritik. Kini Khir Rahman pula tampil jelaskan kenapa dia gelak sewaktu jadi pengacara.

Pelakon dan selebriti, Raja Farah Raja Aziz, 34, tidak menolak, berasa malu dan tidak dihormati sebagai seorang wanita dan isteri orang apabila beberapa pelakon lelaki membicarakan pengalaman melakonkan watak jahat merangkumi babak r.ogol dengan salah seorang menyebut namanya. Menurut Farah, perkara tersebut tidak sepatutnya diutarakan kerana ia ternyata telah memberi kesan kepadanya selain dianggap membuka aib.

“Saya sangat terkesan. Terasa dibuka aib dan rasa macam tidak dihormati. Sebagai seorang isteri, tentunya saya akan pergi kepada suami untuk bertanyakan pendapat kerana begitu ramai yang minta saya respons terhadap i.su ini. Saya pun tak nak ada perbalahan. Jangan pula ada pihak yang mahu memburukkan keadaan. Saya dan suami berlapang dada. Mungkin pihak yang berkata-kata itu boleh buat permohonan maaf walau tak secara terbuka pun tak apa.

Normal kita sebagai manusia ada tersalah kata dan sebagainya. Harap boleh diselesaikan. Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin,”katanya. Farah berkata demikian dalam satu video yang dimuat naik malam tadi di Instagram bagi memberi maklum balas terhadap tularnya rakaman video sebuah program televisyen yang memaparkan beberapa pelakon lelaki bersama hos dan membicarakan mengenai watak jahat yang pernah dilakonkan mereka.

Menerusi video tersebut, Fauzi Nawawi, dilihat menceritakan mengenai babak dalam filem berjudul Anak Halal yang membabitkan Raja Farah sebagai pelakon wanita namun babak tersebut terpaksa dip.otong atas permintaan ibu bapanya. Rakaman program tersebut telah mendapat perhatian pengguna media sosial dan tular di Tik Tok dengan pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna.

Selain Farah, menerusi kenyataan dalam video di Instagram yang sama turut menyaksikan suaminya, Iskandar Ismail, meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan pelakon lelaki tersebut yang dianggap tidak sepatutnya dilakukan. Malah, Iskandar juga mendoakan agar pihak terbabit yang mungkin telah terlepas kata atau jahil menyesali apa yang dilontarkan.

“Berdoalah pada Allah SWT agar ftnah ini tidak berterusan lagi. Kita tak nak orang terus mencemuh. Kita faham ia satu kesilapan dan kita pun nak teruskan kehidupan. Allah SWT lebih mengetahui akan apa yang telah berlaku,”katanya.

Permohonan Maaf

Pelakon Fauzi Nawawi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon Raja Farah yang tular menerusi Twitter sejak semalam. Dalam pendedahan yang dibuat menerusi program Rumah 107 tersebut, Fauzi bersama dua tetamu undangan lain, Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy. Menyedari kesilapannya, Fauzi telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video yang dimuat naik sekitar pukul 1 pagi tadi. Menurut Fauzi atau nama sebenarnya, Mohd. Fauzi Mohd. Nawawi, 48, dia langsung tidak berniat untuk memalukan sesiapa dan mengaku apa yang berlaku adalah kes.alahan sendiri.

“Apa pun saya mengaku memang salah saya, saya jahil, saya tidak baik dan sedang memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Buat mereka yang amat s.ensitif dan terkesan kerana video tersebut, suami Raja Farah, saya mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Memang saya tiada niat langsung untuk memalukan sesiapa, kepada Raja Farah dan keluarganya, saya minta maaf,” kata Fauzi dalam nada k.esal.

“Saya tidak mahu lagi perkara ini dipanjangkan. Kepada warganet yang amat prihatin terhadap perkara ini sampai sanggup kritik saya, ibu, keluarga dan anak-anak saya, saya maafkan. Saya anggap anda semua terlalu prihatin dan sayangkan saya, sebab itu sanggup kritik saya. Saya berterima kasih kepada mereka yang mengingatkan dan menegur kesilapan saya sama ada secara baik atau kasar, terima kasih, saya terima dengan rela hati,” ucapnya.

Khir Rahman Tampil Sebagai Pengacara

Terpalit dengan kontroversi gurauan isu adegan aktres Raja Farah, aktor Khir Rahman tampil memohon maaf sekiranya keterlibatannya dalam perbualan tersebut menjejaskan imej mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dilakukan selepas sebuah potongan video temubual dalam sebuah program televisyen yang membabitkannya sebagai pengacara bersama Shuk Sahar dan beberapa tetamu jemputan iaitu Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi dan Zul Huzaimy. Kata Khir dalam ranjutan ciapan Twitter, walaupun turut menerima kritikan hebat susulan isu tersebut, dia bukanlah individu yang akan lari daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Beri peluang untuk saya meninjau isu ini dengan teliti dan andai perlu saya akan beri kenyataan. Percayalah saya ini bukan jenis lari, ” katanya pemilik nama penuh Khairulizam Abdul Rahman itu. Jelasnya lagi, dia tertawa disebabkan gaya penceritaan tetamu jemputan bukannya terhadap i.su yang diketengahkan. Melalui bahan yang sempat saya baca, pertamanya saya tidak mahu menyebut nama-nama yang terlibat, serba salah juga hendak buat sebarang pernyataan. Bak kata suami empunya badan (Raja Farah), hal ftnah ini tidak perlu dipanjangkan. Sebetulnya saya sedang mencari nombor telefon empunya badan, bahawa saya kesal dan ralat. Saya ketawa hanya pada gelagat bercerita tetapi bukan pada isunya. Saya tidak ketawa atau meraikan isu tersebut dan minta maaf atas kesilapan serta ketelanjuran ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, suami kepada penulis skrip terkenal, Siti Jasmina Ibrahim itu juga mempersoalkan mengapa temu bual tersebut diedit pada bahagian tertentu dan disebarkan kepada umum. “Saya tidak pasti kenapa video ini dip.otong begitu lalu disebarkan dan adakah kandungan tersebut telah disiarkan pada waktunya. Kalau benar telah bersiaran begitu, sesiapa pun yang terlibat mesti berasa kesal dan perlu memohon maaf,” katanya lagi. Sumber : Kosmo/IG

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*