Nama Restoran dan Umur Sebenar Ikan Siakap RM1200 Sekor Akhirnya Di Dedahkan

Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa terkilan selepas pelanggan berperwatakan alim bertindak menularkan harga ikan siakap di restorannya terlampau mahal.

Malah dia turut mempersoalkan tujuan sebenar pelanggan terbabit yang menularkan perkara itu selepas bersetuju membayar harga yang dikenakan pada hari kejadian.

Perwatakkan Alim Ulama

Saya betul-betul tak sangka orang yang berperwatakan alim dan warak sanggup buat kerja seperti ini, sedangkan dia sendiri yang pilih ikan segar dalam sangkar untuk dimasak.

“Ketika mengambil pesanan, saya ulang banyak kali bahawa ikan (yang dipilih) itu besar sambil saya tunjuk dengan isyarat tangan anggaran saiz ikan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Kilim Geoforest Park di sini, hari ini.

Norasyikin turut menafikan sekeras-kerasnya pihaknya memaksa pelanggan memilih ikan bersaiz besar bagi mendapat keuntungan berganda selepas perniagaan terjejas teruk akibat pendemik Covid-19.

“Sepanjang lapan tahun berniaga di sini, saya dan kakitangan tidak pernah memaksa pengunjung memilih ikan besar untuk menjamu selera di restoran ini.

“Malah, ketika mengambil pesanan kami akan beritahu berat ikan dikira dalam sukatan gram dan setiap menu lengkap tertera harga dengan jelas,” katanya.

Beliau berkata, selepas selesai makan kumpulan sembilan pelancong terbabit tidak datang berjumpanya untuk bertanyakan mengenai harga yang dikenakan.

“Ketika melangkah meninggalkan restoran mereka juga tidak cakap apa-apa mengenai bayaran yang pihak kami kenakan ke atas ikan siakap yang dimasak menu tiga rasa dan stim limau itu.

“Sebenarnya ikan siakap yang mereka pilih itu seberat 7.48 kilogram berusia 11 tahun dan dipelihara untuk dipertontonkan sebagai tarikan pengunjung restoran,” katanya.

Semalam, media melaporkan makan tengah hari sekumpulan pelancong di sebuah restoran terapung di pulau ini kelmarin, dikejutkan dengan harga ikan siakap yang didakwa mencecah RM1,196.80.

Sementara itu, empat Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Langkawi turut kelihatan melakukan siasatan di restoran berkenaan hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid berkata, pihaknya sedang menyiasat dan mengumpul maklumat kejadian daripada pengadu dan peniaga.

“Maklumat sudah diperolehi dari kedua-dua pihak dan siasatan lanjut sedang dijalankan secara adil,” katanya ketika dihubungi di sini.

PEMILIK RESTOREN DEDAHKAN BERAPA UMUR IKAN SIAKAP YANG BERHARGA HAMPIR RM1200 SEEKOR

Ikan siakap yang dijual pada harga RM1,196 di Taman Geoforest Karst Kilim di sini yang tular semalam, diternak pemiliknya selama 11 tahun.

Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa berkata, ikan siakap seberat 7.48 kilogram (kg) tersebut diberi makan ikan kecil yang segar dan bukannya dedak seperti kebanyakan sangkar ikan komersial lain.

“Kita tak bagi makan dedak, kita bagi ikan kecil yang dibeli daripada nelayan lain yang baru ditangkap kepada ikan-ikan yang dibela di dalam sangkar di sini.

“Bayangkan 11 tahun saya bela ikan tu, berapa banyak kos untuk ikan tu? Berapa ratus kilogram yang ikan itu sudah makan, tak mungkin saya nak jual dengan harga seperti ikan yang seberat dua kilogram?” katanya apabila ditemui di restoran tersebut, di Taman Geoforest Karst Kilim di sini hari ini.

Tambahnya, kos operasi restoran terapung adalah tinggi dan boleh mencecah sehingga RM7,000 sehari.

Katanya, selain daripada kos memberi makan kepada ikan di sangkar tersebut, kos operasi lain seperti minyak bot yang digunakan untuk membawa bahan masakan dan kos penyelenggaraan restoran juga adalah lebih tinggi kerana kedudukannya yang terapung mengikut pasang surut air laut.

Menurutnya, pengawal keselamatan juga perlu diupah bagi memastikan ikan yang dibela tidak dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana kawasan sangkar tersebut adalah sangat gelap apabila malam tiba.

Jelas Norasyikin, ini bukan kali pertama dia menjual ikan yang bersaiz besar daripada biasa kepada pengunjung yang datang ke restoran tersebut.

“Kalau ada permintaan oleh pelanggan, saya tetap menjual ikan tersebut, tetapi saya tetap akan maklumkan ikan tersebut adalah sangat besar berbanding ikan lain yang mempunyai berat sekitar 800 gram (g) ke dua kilogram.

“Sebelum ini, pelanggan yang menempah ikan tersebut bersetuju apabila dimaklumkan mengenai saiz ikan dan tidak pernah timbul masalah seperti ini,” ujarnya.

Semalam, tular dalam media sosial gambar resit menunjukkan sekumpulan individu terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram.

Sumber: Hmetro Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*