“SALAM RM1738.70” -Seorang Lagi Pelanggan Tampil Dakwa ‘Terkena’ Harga Ikan Siakap Mahal

Baru-baru ini tular di Facebook perkongsian seorang lelaki yang mendakwa ‘terkena’ apabila harga ikan siakap dipesannya di sebuah restoran di Langkawi begitu mahal.

Menerusi perkongsian Mohd Faris, dia perlu membayar RM 1,196 hanya untuk harga ikan siakap seberat 7.4 kilogram.

Disebabkan harga ikan tersebut yang begitu mahal, dia kemudian terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM1,852.50 dan jumlah itu termasuk dengan harga ikan berkenaan.

“Secara kebiasaannya untuk 7 orang dewasa makan dua ekor siakap sudah memadai bahkan mungkin akan terlebih sedikit. Maka kami pun tempah dua ekor siakap dan sebut untuk 7 orang makan bersama dengan menu-menu yang lain.

“Kemudian, datang seorang pekerja memaklumkan pada kami untuk double confirm ikan yang kami tempah. Kami bertanya kembali besar manakah ikan itu, selepas ditunjuk saiz ikan tersebut dengan tangannya kami bersetuju untuk ambil seekor sahaja. Sizenya pula ialah saiz yang besar sedikit daripada kebiasaan ikan siakap yang kita biasa makan..

Namun apabila ikan itu sampai, kami terkejut seekor ikan siakap tadi dapat diisi di dalam pinggan besar (pinggan biasa letak ikan) sebanyak 5 pinggan. Kami pun cakap ini untuk bukan untuk 7 orang makan tetapi 30 orang makan Masa itu, jangkaan harga yang perlu dibayar ialah sekitar RM700 hingga RM800 sahaja namun meleset apabila harganya mencecah RM1852.50,” jelasnya.

Perkongsian tersebut yang mendapat perhatian ramai akhirnya diketahui pemilik restoran tersebut, Norasyikin Musa yang tampil menjawab dakwaan berkenaan.

Menurut Norasykin, dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan meminta mereka untuk melihat ikan sebelum dimasak namun mereka enggan berbuat demikian.

Malah dia menjelaskan harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).

Dakwa ikan yang dipesan adalah ‘ikan pameran’ dan bukan ikan biasa
Tambahnya lagi : “Saya sudah terangkan kepada pelanggan berkenaan bahawa ikan yang dipesannya seberat kira-kira 7 kg itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran”.

Pelanggan lain tampil

Tidak lama kemudiannya tampil seorang lagi pelanggan yang mendakwa dia turut berdepan dengan perkara sama.

Menurut Lyza Saat, dia terpaksa membayar bil berjumlah RM1,738 dimana harga bagi seekor ikan siakap sahaja sudah mencecah RM846.40. Manakala harga ikan siakap merah pula RM305.80

Mengulas lebih lanjut, Lyza mendedahkan dia sudah dimaklumakan yang ikan yang dipesannya agak besar. Menjangkakan ikan tersebut mungkin seberat 2kilogram seperti di kedai Tomyam lain, dia bagaimanapun terkejut sebaik ikan itu dihidangkan di meja mereka.

Tapi dia tak cakap besar tu hampir 6 kg

“Dalam menu tu ade la tulis RM18 dkt tepi-tepi ikan tu, sis tny apa ni? Dia ckp harga untuk 100g ikan. Jadi sekilo dalam RM180. Kami pun pesan 2 ekor ikan. “Dia cakap ikan siakap tu besar, ok lah kan 10 orang makan. Tapi dia tak cakap besar tu hampir 6kg! Aku ingat standard la ikan besar dlm 2kg macam kita dok makan dekat KL.
“Selalu aku akan tanya besar tu besar mana. Memandangkan dah ramai, so aku rasa ok la. Ikan besor makan ramai2. Rupanya besar tu besar gajah. Gila ke? Sampai hati ko ketuk orang mcm tu skali. Patutnya inform la ikan ni besar ni, berat ni, so dlm RM sekian-sekian”

Tiada langsung beritahu itu ikan pameran

Dia bagaimanapun menjelaskan kes mereka adalah sedikit berbeza dari kes yang tular awal dimana pemilik kedai tidak ada memaklumkan bahawa ikan tersebut adalah ikan pameran.

“Kes kami berbeza sikit dari kes yang tular tempoh hari. Memang dia (owner) tiada maklumkanl lansung yang ikan tu adalah ikan pameran yang boleh buat sarkis. Dia cuma cakap ikan tu besar.

“Aku mmg tanya harga, dia ckp rm18 per 100g.So aku bajet boleh pegi RM600-RM800, tapi dia tak cakap pulak ikan yg nak kasi kitorg tu dekat 5kg. Paham? ” katanya lagi

Sudah buat laporan pada KILIM

Menerusi perkongsian sama, Lyza turut memaklumkan yang dia sudah membuat laporan kepada pihak KILIM berhubung insiden tersebut.

Dia bagaimanapun menjadi lega apabila pihak KILIM memaklumkan akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan tersebut.

“Tambah lagi drama, kitorang juga dah buat laporan .Tunggu ya korang. Saya takkan meratap nasib sahaja kerana ini akan memburukkan nama Langkawi. Jadi selepas dapat tahu yang mereka akan ambil tindakan saya rasa lega” katanya lagi.

Turut dikongsikan seorang lagi rakan
Perkara sama turut dikongsikan seorang lagi rakannya, Niena ZM di akaun Facebooknya.

Tegas Niena, perkara tersebut sememangnya dapat dielakkan sekiranya pihak restoran berterus terang dan tidak berselindung dari awal mengenai saiz dan harganya.

“Secara logiknya, kalau dia bagitahu orang berapa size ikan dia with the price per gram dia letak, orang ramai akan buat keputusan sama ada untuk teruskan pesanan atau tidak.

“Sepatutnya org kedai boleh jelaskan dahulu, dan semasa kami order tu pun sebenarnya logiknya orang kedai dah boleh anggarkan harga yg di-order.

“Kalau betul berniaga telus, sepatutnya staff tu bagitau, ‘kak ikan kedai kami bukan mcm ikan biasa tau, akak pasti ke’, contohnya.

Tapi ni dengan rasa tak bersalahnya siap tanya lagi, tak nak tambah lobster ke kak. Selagi boleh perah mmg perah ye? Siapa yang pegi tgk pokok bakau bawak duit ribu riban standby utk pegi makan? Basic Common sense.

Tidak tunjuk ikan

Paling penting menurutnya ialah pihak restoran langsung tidak menunjuk ikan seperti kebiasaan kedai lain.

“Kami tidak ditunjuk ikan. selalu kita pegi makan ikan bakar dia akan bawak ikan timbang depan mata kan? TIADA. Selalu bila kita tny size ikan, dia akan terus bawak pegi tgk atau timbang kan, ni dia macam tak nak bg kita tengok just cakap mulut dan tunjuk anggaran size ikan pakai lengan

Ikan paling mahal bawal putih. LKIM dedah harga terkini ikan siakap

PUTRAJAYA: Peminat masakan yang berasaskan ikan siakap di negara ini tidak perlu risau kerana spesies tersebut masih lagi berada dalam jajaran harga rendah di pasaran domestik.

Demikian laporan harga purata runcit diterbitkan secara mingguan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang memaparkan siakap adalah lebih murah berbanding ikan jenis lain.

Berdasarkan tinjauan menerusi laman sesawang rasmi agensi itu pada hari ini, harga spesies tersebut hanya RM19.59 bagi setiap kilogram direkodkan sepanjang minggu ketiga bulan lalu.

Untuk harga minggu pertama bulan ini, LKIM belum lagi mengemas kini tetapi jika dilihat trend ikan tersebut sepanjang Oktober lepas, harganya berlegar sekitar RM19 sekilogram sahaja.

Secara congak mudah, harga siakap hanya menokok sebanyak RM1 berbanding September sebelumnya iaitu langsung tidak banyak berubah pun daripada minggu pertama Januari lepas.

Sebaliknya, laporan LKIM pada minggu ketiga Oktober itu menunjukkan harga ikan paling mahal di negara ini kekal dipegang bawal putih iaitu RM43.23, diikuti ikan merah RM30.11.

Seterusnya tenggiri batang dengan harga runcit RM28.68 disusuli kerapu (RM26.38), bawal hitam (RM25.96) dan kemudian siakap yang mahal sedikit daripada tilapia merah (RM13.98).

Setakat ini, rekod LKIM menunjukkan ikan paling murah di Malaysia terus disandang keli iaitu RM8.06 sekilogram diikuti selayang (RM9.57), cencaru (RM9.77) dan aya kurik (RM10.10).

Ikan popular rakyat negara ini iaitu pelaling pula masih lagi stabil iaitu RM10.17 sekilogram disusuli kerisi (RM12.41), selar kuning (RM12.72), selar (RM13.69) dan kembung (RM13.83).

Semalam, Utusan Online melaporkan nasib sekumpulan pelanggan yang terkejut dikenakan caj RM1,196 bagi seekor siakap dimasak di sebuah restoran terapung di Langkawi, Kedah.

Namun pemilik premis makanan laut itu menjelaskan ia memang harga sebenar ikan seberat 7.5 kilogram tersebut bahkan telah memaklumkan mengenai caj ada dinyatakan dalam menu.

Ikan berkenaan malah diternak selama 11 tahun dengan hanya diberi makan ikan kecil yang segar dan bukannya bahan dedak lazim seperti di kebanyakan sangkar ikan komersial lain.

Harga yang dipaparkan LKIM itu juga adalah tidak jauh beza daripada statistik diterbitkan Jabatan Perikanan Malaysia untuk harga secara purata ikan tersebut sepanjang tahun lalu.

Agensi itu memaklumkan bahawa nilai runcit pengeluaran akuakultur ikan air payau tersebut pada tahun lepas ialah RM403,390,470 daripada keseluruhan 23,033 tan metrik dihasilkan.

Ini bermakna secara matematik, sekilogram siakap dijual pada harga RM17.51 dengan Pulau Pinang kekal paling banyak ikan ini dikeluarkan diikuti negeri jirannya, Perak dan Kedah.

Juga disebut kakap putih, ikan yang kaya khasiat ini dengan nama saintifiknya Lates calcarifer merupakan pemangsa, manakala spesies kecil pula amat popular dijadikan ikan akuarium

sumber: https://www.buzzkini.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*