Aaron Aziz terkejvt jadi pvnca pasangan bercer4i. Ini punca remeh pencer4ian pasangan Islam di negara ini.

Pelakon, Aaron Aziz menerusi perkongsiannya di Instagram meluahkan rasa sedih apabila membaca laporan akhbar mengenai dirinya menjadi salah satu punca penceraian pasangan islam.

Menerusi satu keratan akhbar bertajuk ‘PUBG, Tupperware, Aaron Aziz alasan cerai, mendedahkan beberapa punca remeh yang menyebabkan sesetengah pasangan di Malaysia bercerai. Salah satu daripada punca cerai adalah kerana terlalu meminati pelakon Aaron Aziz.

Isteri suka menghabiskan masa melayan permainan dalam talian PUBG, terlalu minat pelakon Aaaron Aziz dan rumah bersepah dengan produk bekas makanan antara punca remeh penceraian pasangan Islam di negara ini.

Sejak pandemik C0vid19 melanda negara kita, masalah rumah tangga di Malaysia kian meningkat dan tekanan akibat masalah kewangan turut menjadi sebab sesebuah hubungan itu musnah.

Luah rasa sedih

Pelakon kacak kelahiran Singapura ini meluahkan rasa sedih apabila namanya ‘dipetik’ menjadi punca kes penceraian dan menyatakan bahawa dirinya sama seperti orang lain dan hanya seorang suami yang menginginkan kebahagian dalam rumah tangga sahaja.

Ya Allah. Saya baca ni saya rasa sedih.

Abang sama juga dengan suami lain inginkan rumah tangga yang bahagia.

Dalam pada itu, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz berharap pasangan berkenaan rujuk semula demi kebahagian anak-anak serta amanah yang diberikan oleh Allah SWT.

Abang harap dapat lah rujuk demi anak-anak dan amanah.

Aaron turut berkongsi paparan skrin artikel tersebut.

Sementara itu, rata-rata netizen di ruang komen perkongsian itu pada awalnya salah faham dengan tajuk tersebut dengan menyangkakan aktor berkenaan bercerai.

“Terkejut baca, mula ingat Aaron Aziz bercerai sebab PUBG dan tupperware. Maaf bro, minta simpang. Saya doakan awak serta isteri panjang jodoh hingga ke jannah.

“Terkejut, tadi ingatkan Aaron yang cerai… baca dua tiga kali baru faham,” antara komen netizen.

Sumber : aarondwiaziz Via OB

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*