“Ditanya soalan perangkap tentang kehamilan isteri” – Neelofa ‘tutup’ wifi ketika PU Riz sedang live..

Menerusi satu potongan video di laman rasmi Instagram (IG) TV9 Malaysia, perbincangan yang dilakukan di dalam IG Live Sembang Viral bersama Dato’ Rosyam Nor dan juga tetamu jemputan pelakon Ashraf Muslim dan juga PU Riz tentang adab ibu bapa depan anak.

Dalam potongan video tersebut, Rosyam Nor bertanyakan kepada PU Riz perkara yang menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat tentang kesahihan berita bahawa isterinya sedang berbadan dua.

 

Rosyam Nor bertanyakan soalan panas berbunyi “Adakah PU Riz ada melakukan atau berbisik di perut isteri bersama anak sekarang?”

Namun, menjawab kepada soalan itu, PU Riz sekadar berkata dia tidak gemar menyatakan apa amalan-amalan yang dilakukannya dan ingin menjadikannya rahsia antara dirinya sahaja.

Sempat memberikan petua amalan doa yang boleh diikuti oleh orang ramai supaya anak yang bakal dilahirkan menjadi orang yang soleh dan solehah.

Namun begitu, apa yang mencuit hati adalah apabila Neelofa sempat memberikan komen gurauan “I dah block live ustad” ketika suaminya diajukan soalan perangkap itu apabila dengan tiba-tiba PU Riz keluar daripada perbincangan yang sedang dilakukan akibat gangguan Internet.

Beberapa minggu lalu tular mengenai desas-desus kehamilan pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa masih menjadi teka-teki apabila dia kekal tidak memberi jawapan berhubung perkara itu.

Meskipun acap kali ditembak soalan sama, isteri kepada pendakwah, Haris Ismail ini tetap dengan keputusannya untuk tidak mengesah atau menidakkan soal kehamilan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Instagram TV9 Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*