Selepas Tular Ikan Siakap Harga 1.2k, Pemborong Dedah Jualan Terkini Ikan Di Langkawi

Jualan ikan siakap di pulau ini tidak terjejas susulan tular harga siap masak ikan itu di sebuah restoran yang mencecah RM1,196.80 sejak tiga hari lalu.

Tinjauan di Pasar Awam Kuah di sini, mendapati urus niaga siakap berjalan seperti biasa dengan orang ramai membeli pada harga RM16 sekilogram.

Peniaga, Shahabudin Mohd Ali, 53, berkata, jualan siakap di gerainya seperti biasa, malah ada peniaga membeli lebih bagi menampung permintaan sempena cuti sambutan perayaan Deepavali.

“Rata-rata harga jualan ikan siakap di pasar ini RM16 sekilogram dan ia lebih rendah berbanding RM18 sekilogram beberapa bulan lalu.

“Ya, permintaan (siakap) tidak terjejas walaupun isu siakap mahal dibincangkan meluas dalam media sosial,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Pemborong ikan, Azizan Mat, 48, berkata, dia membekalkan purata 150 kilogram siakap sehari kepada restoran sekitar Kuah dan Pantai Chenang.

“Memang ada kawan tunjuk pada saya berita mengenai siakap mahal dalam Facebook, tapi jumlah siakap yang saya jual tidak berkurang sejak tiga hari lalu.

“Mengenai harga mahal di restoran itu, saya tak boleh ulas sebab harga di situ untuk siakap hidup, tapi saya jual siakap sudah mati,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, makan tengah hari sekumpulan pelancong di sebuah restoran di pulau ini dikejutkan dengan harga siakap yang didakwa RM1,196.80.

Pelanggan sendiri mahukan siakap itu – Pemilik restoran

Saya sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg), ia lebih sesuai untuk dijadikan hidangan,” kata pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa.Menurutnya, dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan memintanya untuk melihat ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.Katanya, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).

Pelanggan siakap semak harga dulu sebelum pesan – KPDNHEP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan siasatan dalam insiden sekumpulan pelancong yang terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap di sebuah restoran dekat Langkawi, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu, siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.

“Kita akan menyiasat perkara tersebut dengan adil dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.

“Pelanggan juga perlu menyemak menu yang disediakan dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

MENU makanan ditempah pelanggan yang membayar lebih RM1,000 di restoran berkenaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian yang me­nimpa sekumpulan pelancong ke Pulau Langkawi terkejut apabila terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan se­ekor ikan siakap seberat sekitar 7 kilogram (kg) di salah sebuah restoran di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Berita berkaitan: Siakap RM1,196 cuma makan ikan kecil bukan dedak

Menerusi perkongsian Mohd. Faris Zulkarnain di Facebook miliknya, mereka terdiri daripada tujuh individu juga terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM1,852.50 termasuk menu lain.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohd. Yusrizal Yusof berkata, pihaknya sebelum ini pernah menerima beberapa a­duan berkaitan caj harga makanan yang tinggi di pulau pe­ranginan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, ia melibatkan restoran lain.

“Kita meminta pihak kementerian membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada yang tertindas dalam isu berkenaan.

“Pemilik restoran sewajarnya meletakkan tanda harga atau memaklumkan mengenai harga sebenar makanan agar pelanggan dapat membuat pilihan sama ada mahu menjamu selera atau sebaliknya,” jelas beliau.

Berita berkaitan: ‘Pelanggan mahu siakap itu, tidak mahu ikan lain’

Tambahnya, isu peniaga memanipulasi harga semakin serius di pulau berkenaan berikutan mereka baru sahaja mene­rima pelancong luar sebaik kerajaan membuka semula sektor ekonomi.

PEMILIK Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa (kiri) menunjukkan menu makanan beserta harga kepada pegawai KPDNHEP di premisnya di Langkawi, semalam.

Kredit: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*