‘Teringin m4ti di Madinah, mahu jadi tukang cuci”- Sekali Yatt Hamzah Dipanggil P0lis Arab

Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah berkongsi kenangan terindah buat dirinya ketika menunaikan umrah di tanah suci baru-baru ini di Instagram nya.

Sebak Dapat Dekat Dengan Kaabah Dan Sentuh Hijir Ismail

Ibu kepada enam cahaya mata ini meluahkan rasa terharu dan bersyukur, kerana diberi peluang berada dekat dengan kawasan Kaabah dan berpeluang menyentuh Hijir Ismail ketika menunaikan umrah pada hari kelima di tanah suci.

Bukan itu saja, wanita ini bertuah ini juga berkongsi bahawa dirinya dapat bersujud syukur di hadapan Multazam tanpa perlu risau dipijak oleh orang ramai berikutan kawalan ketat di sekitar Kaabah dan peraturan prosedur operasi standard Covid-19 di sana.

Yatt Hamzah Kongsi Cerita Menyentvh Hati Di Depan Kaabah Selepas Dipanggil P0lis Arab

“Semalam 6 November 2021 Umrah kelima yang paling istimewa

Umrah sekarang tak sama macam dulu. Dah tak boleh pegang Kaabah dan Hijir Ismail, apatah lagi Hajarul Aswad selepas Tawaf.

Tapi rezeki Bonda, dipanggil polis Arab untuk masuk ke ruangan wheel chair. Dapat berada dekat dengan Kaabah walaupun tak pegang.

Dapat pegang Hijir Ismail yang dirindui..

Dapat sujud syukur depan Multazam tanpa dipijak kepala dan tangan ini.

MasyaAllah terima kasih Allah. Nikmat mana lagi yang kita nak dustakan..

Alhamdulillah. Sebaknya Allah sahaja yang tahu.. Aku ni hamba penuh hina dan dosa.. Tapi KAU masih pandang aku Ya Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.” Luahnya

Melihat perkongsian Yatt di Instagram membuatkan orang ramai turut berasa sebak dan terharu sama, dan masing-masing meluahkan agar dapat menjejakkan kaki di tanah suci satu hari nanti.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Ma Shaa Allah kak Yatt Hamzah, dapat memegang Hirj Ismail. Hajar Aswad dan Kaabah melihat dekat-dekat syukur Ya Allah, Aamiin Ya Rabbal A’lamin.”

“Semoga bonda dapat umrah mabrur.. Doakan saya sampai ke sana juga bonda.”

“Alhamdulillah… Bestnya dapat dekat Kaabah… Moga ada rezki dapat ke sana dan dapat dekat dengan Kaabah.. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal Alamin.”

“Sebak melihat Kaabah.. Ya Allah rindunya dan doakan agar dapat ke sana bersama anak-anak InsyaAllah.”

“Subhanallah… Alhadulillah.. Allahuakbar..” Komen mereka

Bertuahnya Yatt Hamzah, dapat berada dekat dengan Kaabah, menyentuh Hijir Ismail dan dapat bersujud syukur di hadapan Multazam di tanah suci.

Yatt Hamzah teringin m4ti di Madinah, mahu jadi tukang cuci di sana

Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah yang ketika ini sedang mengerjakan umrah meluahkan rasa terharu apabila diberi peluang bagi membersihkan Masjid Nabawi di kota suci Madinah.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memuat naik satu video di laman Instagram memaparkan dirinya teruja membersihkan karpet dalam Masjid Nabi itu dengan menggunakan pembersih vakum.

“Semalam lepas Asar, bonda (dirinya) ini dapat peluang bersihkan Masjid Nabi SAW. Perasaannya luar biasa MashaAllah walaupun hanya sekejap.

“Memang dah lama teringin nak membantu pekerja2 kebersihan di dalam Masjid Nabawi sebab Bonda ni memang suka sangat2 membersihkan rumah. Tak suka nampak kotor.

Alhamdulillah direzekikan dapat merasa menjadi cleaner Masjid Nabawi walaupun hanya sebentar.. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah ya Allah,” tulisnya.

Menurut pelakon berusia 40 tahun itu, dia juga mempunyai hasrat untuk membawa ahli keluarganya menetap di sana termasuk sanggup berkhidmat sebagai pekerja pembersihan di tempat kedua paling suci bagi umat Islam itu.

“Ya Allah, aku sangat teringin membawa keluargaku untuk menetap di Madinah agar berada dekat dengan Nabiku. Aku sangat teringin anak-anakku bersekolah di Madinah, membesar di Madinah dan aku amat teringin untuk mati di sini agar dapat disemadikan di perkuburan Baqi’.

“Jika pada perkiraanMU, salah satu cara untuk berada di sini adalah dengan menjadi seorang cleaner di sini, aku amat berbesar hati YA Allah.

“Aku amat amat bangga andai dapat berkhidmat di sini buat Rasulullahku SAW. Kau makbulkanlah doa2 bonda ini wahai Tuhan Yang Maha Memaqbulkan doa,” kongsinya.

Terdahulu, ibu kepada lima orang cahaya mata itu nekad menjejakkan kaki ke sana seorang diri selain terpaksa meninggalkan anak kecilnya yang masih menyusu badan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*