Shuib bawa anak ziarah Siti Sarah. Sekali ramai yang sebak bila Matin pesan macam ni dekat Shuib.

Sejak pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos lalu, setiap gelagat keluarga Shuib, terutama tiga anaknya pasti akan mendapat perhatian umum dalam media sosial. Paling menarik, bila terdapat video video anak Shuib yang telah dikongsikan. Matin yang merupakan anak ketiga Shuib mempunyai warisi bakat melawak seperti bapanya.

Matin yang sering mengiburkan ramai pengikut keluarga mereka sering membuatkan warganet tersenyum bila melihat gelagat Matin. Kali ini, terdapat satu lagi video Matin yang berada di tanah Ibunya Siti Sarah. Monday. Matin pesan jangan nangis 🥺

VIDEO:

Walaupun berada di tnah Siti Sarah, Martin sempoi je buat orang tersenyum.

KOMEN WARGANET:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://www.dnq.pw/

Hampir 3 Bulan Pergi Menghadap Illahi. Video Talita Menangis Sebab Rindukan Ibu Buat Ramai Yang Sebak.

Tangisan kerinduan anak Shuib iaitu Talita menangisi kehilangan insan bergelar ibu mereka, Siti Sarah Raissuddin yang telah menghadap Ilahi mengundang sebak ramai. Momen hiba tersebut dikongsi oleh Tiktok ceritaartismalaysia. Dalam video berkenaan, kelihatan Shuib sedang pujuk Dekta atau nama sebenarnya Dzahira Talita Zahra yang menagis teresak-esak kerana merindui ibunya yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 9 ogos 2021 lalu.

VIDEO:

https://youtu.be/iu1dck5vqK4

Tidak turut meratapi, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dilihat cuba menenangkan anak-anaknya yang kesedihan dan berjanji akan sentiasa menjaga mereka sehingga berjaya. Selain Talita dan Uwais, Shuib dan Siti Sarah turut dikurniakan dua orang lagi cahaya mata iaitu Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini semakin membesar dengan sihat.

Semalam, hampir tiga bulan pemergiaan isteri, Siti Sarah Raissuddin, pelawak Shuib Sepahtu mengakui masih sukar untuk meneruskan kehidupan sebagai bapa tunggal. Bagaimanapun Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad bersyukur melihat keadaan emosi anak-anaknya masih terkawal.

“Saya akui kesukaran yang saya hadapi sepanjang bergelar bapa tunggal ini adalah emosi. Saya rasa itu yang paling susah untuk saya. “Saya tengok anak-anak saya, Alhamdulillah emosi mereka terkawal tapi saya berbeza sebab saya buat hampir semua benda dengan Sarah.

Shuib merindui isterinya, Siti Sarah.“Jadi bila dia tiada, saya tak rasa hilang separuh, sebaliknya hilang hampir semua. Maksudnya, dari segi kerjaya dan juga perniagaan sebab kami selalu kongsi banyak perkara. “kalau ada masalah dalam bisnes atau peribadi, saya rujuk pada dia dan begitu juga dengan dia. Jadi bila dia tiada, saya tak tahu mahu rujuk pada siapa,

Sarah menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan. Selain Ayash, Sarah tinggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia akan menziarahi kbr isterinya setiap Isnin dan Jumaat, untuk berkongsi perasaannya. Dedah Shuib yang masih lagi mengambil tempoh berehat, dia sudah lima bulan tidak masuk ke pejabatnya dan dua bulan tidak bekerja.

“Sampai sekarang, bila saya ada masalah, saya tak cakap dengan orang, walaupun dengan mak atau mentua saya, saya hanya boleh pergi ke ku.bur dan berkongsi dengannya. “Disebabkan itu, setiap minggu saya akan berjumpa doktor peribadi yang menjaga Sarah dulu, untuk memeriksa kesihatan saya.

“Lebih kurang pakar psikiatri, ia juga bagi memastikan kesihatan mental saya. Sebab kesihatan mental ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita. “Tapi saya bersyukur saya ada keluarga yang sangat baik, yang membantu menjaga anak-anak saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita pemergian Siti Sarah selepas lima hari bertarung nyawa mepnentang C.o.v.i.d-19 di PPUKM. Siti Sarah Raissuddin, 37, dikejarkan ke hospital berkenaan sejak Rabu lalu selepas tahap oksigen dalam tubuhnya menurun dan ditidurkan sebelum melahirkan Ayash secara operasi pada pukul 4 petang Jumaat lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:viral

Baru Je Muat Naik Perkembangan Terkini Ayash Affan Untuk Pergi Ke Check Up. Sekali Shuib Ditegur Lepas Muat Naik Foto Tersebut.

Pelawak dan juga pelakon, Shuib Sepahtu, 37, memuat naik hantaran terbaru bersama anak bongsunya, Ayash Affan, akan tanggungjawabnya menjaga anak kecil itu yang tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu kandung.

Perkongsiannya sering mendapat perhatian warganet termasuklah kata-kata semangat daripada pengikutnya yang prihatin akan nasib Ayash. “Jangan cakap kerana anak itu ibunya pergi, tapi cakap, dengan izin Allah, asbab anak itu ibunya kesyurga. Moga membesar dengan baik Ayash.”

Terdapat komen pengikutnya yang mendapat reaksi positif dari warganet yang lain. Rata-rata bersetuju dengan komen itu dan menerima ratusan tanda suka. Sumber : Terengganutv

Comel je Ayash pegang tasbih macam tu. Shuib muat naik video usap Ayash buat ramai yang tersentuh.

Menerusi halaman instagram Shuibsepahtu, beliau ada berkongsi satu klip durasi pendek bersama dengan anak bongsu nya, Ayash Affan. Rata rata pengikut halaman instagram Shuib memberikan kata kata positif buat nya agar sentiasa kuat dalam menempuhi kehidupan.

Namun, Ayash Affan juga dilihat sedang tidur dan dikejutkan oleh Shuib. “Bangun sayang, nanti malam jaga, asyik tido je..” – Shuib

Jom lihat juga apa kata warganet:

Baru sahaja Shuib berkongsi wajah anak nya, beliau sempat berkongsi sedikit kata kata, dan berterima kaskh pada semua yang mendoakan nya. Terima kasih doakan kesejahteraan saya” – Shuib kongsi wajah Ayash Affan.

“Assalamualaikum, nama saya Ayash Affan bin Shamira. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” coretnya ringkas di Instagram. Terdahulu, arwah isteri tercintanya yang juga penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang, pada 6 Ogos lalu. Sumber:IG Shuib

Ini yang satu dunia nantikan. Akhirnya Shuib dedahkan muka Ayash Affan buat ramai yang teruja.

Pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu sebelum ini pernah mengambil keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak bongsunya, Ayash Affan kepada umum setelah mendengar pandangan beberapa kenalan dalam kalangan ahli agama.

Namun pada hari ini, Setelah anak bongsunya itu cukup sebulan,Shuib membuat pengumuman bakal berkongsi wajah  Ayash Affan di media sosial. Sudah pastinya para warganet ternanti-nanti akan kemunculan wajah Ayash Affan yang setelah ditingalkan Siti Sarah.

Assalammualaikum, Nama Sy AYASH AFFAN BIN SHAHMIRA. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya. #AYASHAFFAN

Sumber: Instagram Shuib

Tidur pun ada gaya. Shuib muat naik video gelagat Matin tidur buat ramai yang terhibur.

Cahaya mata ketiga Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enam tahun, kini mendapat perhatian warganet. pelawak Shuib Sepahtu,yang sering berkongsi rutin harian anak-anak dirumah kini sering menjadi perhatian ramai.

Shuib berkongsi satu video yang cukup comel saat Matin sedang lena tidur. Namun apa yang lebih menarik, Cara Matin tidur sungguh pelik dan ianya telah dirakam Shuib. Ade yg tido mcm ni tak? Tak pelikkan tido mcm ni???

Sumber: Instagram Shuib

Ayash sensitif dengan asap dan habuk. Terkini Shuib dedahkan terpaksa undur diri seketika demi Ayash.

KUALA LUMPUR: Pelawak Shuib Sepahtu, 37, berehat seketika daripada dunia seni bagi memberi tumpuan kepada anak bongsu, Ayash Affan yang dilahirkan pramatang. Shuib berkata, sejak Ayash pulang ke rumah selepas 38 hari dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, rutin hariannya berubah.

“Sampai bila saya berehat, perkara itu belum pasti lagi. Buat masa ini, saya enggan terbabit dengan komitmen seni kerana tdak mahu menyusahkan syarikat produksi andai terpaksa tarik diri pada saat-saat akhir.

“Selain itu, saya perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal. Ayash pula berkehendakkan penjagaan rapi. “Ayash sihat dan tdak banyak ragam. Tetapi sebagai bayi pramatang, saya sangat berhati-hati kerana paru-parunya belum kuat.

“Ayash sensitif kepada asap dan habuk. Apatah lagi dengan keadaan pandemlk membuatkan saya trauma untuk keluar rumah kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya selepas majlis bacaan Yasin secara maya sempena 40 hari pemergian isteri, Siti Sarah Raissuddin akibat covid 19 pada 9 Ogos lalu, malam tadi.

Selain Ayash, Shuib dan Siti Sarah dikurniakan tiga zuriat iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, yang turut memerlukan perhatian. Shuib bersyukur mendapat bantuan ibu bapa mentua serta ipar duai yang banyak meringankan kerjanya.

Selain itu, tambah Shuib, dia bersyukur tiga anak yang lain meringankan beban menguruskan Ayash biarpun mereka juga memerlukan perhatian. Ditanya apakah dia bercadang mengupah jururawat terlatih untuk mengasuh Ayash, Shuib berkata, dia masih belum bercadang berbuat demikian biarpun beberapa hospital swasta menawarkan khidmat mereka.

Mengenai tindakannya yang belum menunjukkan wajah Ayash melalui foto dimuat naik di media sosial, Shuib berkata, setakat ini dia masih belum bersedia mendedahkan wajah bayinya atas nasihat ustaz. Sumber : Bharian

Shuib muat naik gambar genap 40 hari pemergian Siti Sarah. Tapi ada sesuatu yang warganet perasan dengan gambar tu.

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu, 37, bersyukur dipermudahkan segala urusannya dalam penjagaan anak bongsu, Ayash Affan yang sudah tiga hari dibawa pulang ke rumah.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menerusi perkongsian di Instagram, memaklumkan bayinya yang berusia 43 hari itu mudah dijaga, tidak banyak ragam dan berada dalam keadaan sihat.

“Dua hari dah daddy dengan Ayash, alhamdulillah anak yang sihat, anak yang baik, tak banyak perangai, nangis pun kadang-kadang saja. Tapi, kalau nangis tu saja biarkan lama sikit sebab suara Ayash terlalu sedap didengar.

“Semoga terus sihat dan semoga Allah menjadikan anak yang soleh. Doakan kami ya,” tulisnya dengan perkongsian sekeping foto sedang mendakap Ayash dalam dukungannya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Story pula difahamkan Shuib ada mengadakan majlis bacaan Yassin secara virtual buat isterinya, Siti Sarah yang disertai ahli keluarga, saudara dan kenalan rapat pada malam semalam bersempena hari lahir Sarah ke-37, pada tanggal 15 September.

Dalam masa yang sama, dilihat pada hantaran terbaru bapa kepada penyanyi, Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah menziarahi anak tersayang bersempena 40 hari pemergiannya ke negeri abadi. Dalam satu hantaran yang dimuat naik isterinya, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra dengan sapaan Makder di Instagram, Raissudin reda dengan ketentuan dan meminta untuk sama-sama mendoakan Sarah.

“Kasihnya bapa. Hari ini genap 40 hari. 40 hari yang tak mudah. Abah datang melawat Siti Sarah. Kasih seorang abah. Siapa sangka anak yang ditatang semenjak kecil, di iqamat selepas lahir, dibesarkan dgn dua tangan sendiri, dinikahkan dengan pilihan hati, membesar sehingga ada anak, pergi terlebih dahulu?.

“Tak ada siapa yg mduga tetapi kita sbgai manusia tak boleh melwan takdir, yang tersurat adalah ketentuan Allah. Mungkin di luar nampak kuat, dalam hati siapa yang tahu?. “Semuanya sudah ditentukan untuk mengajar hati menjadi redha.

Yang tinggal hanyalah kenangan, yang boleh menghubungkan hanyalah doa. Sama-sama kita doakan agar Sarah tenang di sana & rhnya dicucuri rahmat. Sama kita hadiahkan Al Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulis Makder.

Terdahulu, semalam juga Shuib berkongsi video berdurasi satu minit dan 20 saat di Instagram yang memaparkan dia bersama tiga anaknya, Uwais, Talita dan Matin melawat ke Siti Sarah untuk membaca Yassin dan doa buatnya.

“Subhana-Allah, Alhamdulilah, Allahuakbar. Selamat hari ulang tahun kelahiran ke-37 sayang. Hari ini (semalam), saya dan anak-anak sambut hari jadi awak di rumah baru awak. Insya-Allah walaupun berbeza keadaan, saya tahu awak ada dengan kami. Rasa cinta yang tetap sama, Insya-Allah.

Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa dan letakkan awak disyurga tertinggi. Semoga Allah satukan kita semua di syurga, amin. Al-Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulisnya. Terdahulu, Shuib juga menitipkan rasa syukur tidak terhingga apabila dapat membawa Ayash pulang ke rumah pada Selasa lalu selepas 40 hari dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dilahirkan pada 6 Ogos lalu.

Shuib menyifatkan kehadiran Ayash di rumah sebagai hadiah daripada Allah buatnya dan anak-anak bersama keluarga berikutan semalam adalah hari ulang tahun kelahiran Siti Sarah yang kebiasaannya diraikan mereka bersama-sama.

Shuib Kongsi Hantaran Terbaru Tapi Ramai Perasan Muka Anak Beliau

“Yang baju hitam tu Sebijik muka sarah”-warganet. Siti Sarah pergi menghadap illahi akibat Covid 19 pada 9 Ogos lalu. Terdahulu, pasangan ini bernikah pada 26 Februari 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan. Kredit : Online Malaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*