“Boleh Kan Ajar Anak Duduk Tepi …” Netizen Tegur Dato Fazley Biarkan Anak Berguling Atas Sejadah Ketika Sedang Solat

Sepotong video yang dikongsi penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley di Instagram mencuri perhatian netizen.

Dalam video tersebut, Fazley mendirikan solat sambil dua orang anaknya sedang bermanja.

“Beginilah keadaannya bila anak-anak saya dengan saya, sentiasa curi peluang untuk bermanja.

“Saya tetap teruskan solat walau macam mana pun, demi kasih sayang pada anak-anak. Sekurang-kurangnya mereka dapat lihat saya solat dan moga menjadi ikutan hingga ke hujung nyawa.

“Korang kalau anak-anak tiba-tiba baring atas sejadah masa tengah solat, korang buat apa?” tulis Fazley sebagai kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza, ada yang berkongsi pengalaman sama, dan ada juga yang merasakan lebih baik untuk mengajar anak-anak duduk ditepi ketika ibu bapa sedang solat.

“Boleh kan ajar anak-anak duduk tepi atau ajak anak solat sekali, nak bermanja pun lepas solat boleh,” tulis warganet.

“Anak tu macam dah besar, dah boleh ajar hormat dan faham akan solat, boleh duduk tepi elok-elok,” tulis seorang warganet lagi.

“Sama lah dengan saya, kalau tengah solat dia bawa semua mainan atas sejadah, kadang nak gelak juga, tak boleh marah lama-lama nanti dia fahamlah,” tulis netizen yang lainnya.

Untuk makluman, Fazley mendirikan rumah tangga dengan isterinya Azrene pada tahun 2007.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 13, Ahmad Fieradz Shah, 12, Ahmad Firudz Shah, 10, dan Alayna Selma yang kini berusia empat tahun.

Trivia Datuk Dr Fazley Yaakob

1 Selain menyanyi, beliau boleh bermain gitar dan organ sejak berumur enam tahun.

2 Menuntut di lima buah negara sejak tadika sehingga universiti iaitu Indonesia, Amerika Syarikat, Malaysia, New Zealand dan Australia.

3 Memperoleh 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan muncul pelajar terbaik St Johns Institution, Kuala Lumpur.

4 Mudah mesra serta sangat peramah dengan orang sekeliling sejak kecil termasuk penjual roti bermotosikal yang berhenti di hadapan rumah dan sikap itu diwarisi anak sulungnya, Ahmad Faredz.

5 Aktif dalam kegiatan kokurikulum sepanjang bersekolah antaranya syarahan, debat, pidato diraja kebangsaan, bola tampar, tae kwan do. Kenangan manis beliau apabila menjadi juara Pertandingan Syarahan Anti-Dadah Peringkat Negeri.

7 Pengalaman dilanggar kereta di hadapan sekolah apabila menyelamatkan kawan daripada dilanggar sehingga mengalami kecederaan di kaki merupakan kenangan pahit yang pernah dialaminya.

8 Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat, selain kasih sayang dan perhubungan cukup rapat yang akan dikekalkannya dalam membesarkan anakanak.

9 Isteri beliau, Puan Azrene bukan sahaja cekap memasak hidangan Negeri Sembilan yang dipelajari daripada ibu Dr Fazley, malah mahir membuat kek untuk tempahan dan menjahit cadar tampal.

10 Jika memberikan motivasi di luar ibu negara, beliau akan meminta isteri mengingatkan anak-anak jangan tidur sehingga beliau pulang untuk bertemu kerana itu yang dilakukan bapanya terhadap beliau dan adik-beradik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*