Rumah mentua dalam hutan tapi siap pakej gunung, sungai dan dusun! Tak payah susah-susah cari tempat bercuti – ”Kalau sebut nak balik Gerik, anak packing awal”

MENETAP di kawasan perkampungan yang terletak di lokasi yang sedikit pedalaman mungkin bukan pilihan bagi kebanyakan orang.

Ini kerana pasti ramai yang beranggapan lokasi berkenaan mempunyai liputan internet dan talian telefon yang lemah, jauh dari kemudahan bandar dan lain-lain lagi.

Namun begitu, video yang dikongsikan oleh seorang wanita di aplikasi TikTok baru-baru ini bisa mengubah tanggapan ramai, malah membuatkan rata-rata mereka benar-benar teruja dengan keindahan kampung yang dipaparkan.

“Bila rumah mentua dalam hutan,” demikian kapsyen yang ditulis pada empat perkongsian video berasingan yang dimuat naik di aplikasi berkenaan.

Sehingga kini, video tersebut meraih antara 33,000 sehingga melebihi 146,000 jumlah tontonan.

 

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Saibah Azmi berkata, video tersebut dirakam ketika dia pulang bercuti ke kampung halaman suaminya yang terletak di Kampung Tanjung Kekabu, Mukim Kerunai, Gerik, Perak.

“Kalau ikutkan, kawasan perkampungan mentua ni dahulunya memang hutan, kemudian diteroka oleh penduduk setempat untuk dijadikan penempatan.

“Bapa mentua ambil kawasan yang jauh ke dalam sikit sebab lebih cantik dan tenang, dekat dengan anak sungai dan juga nampak pemandangan gunung berkembar iaitu Gunung Kerunai dan Gunung Kenderong.

hutan 1

Pemandangan cantik Gunung Kenderong dari kawasan rumah mentua Saibah.

“Keliling rumah pula ditanam pokok durian, cempedak, nangka, rambutan. Adik ipar buat penternakan lebah madu kelulut.

“Nak masuk ke dalam, memang kena lalu dulu kebun getah tapi hanya kira-kira 10 minit saja dari jalan besar, sampailah rumah mentua,” ujar wanita berusia 30 tahun ini.

Senang disapa sebagai Saibah, wanita ini mengakui ketika kali pertama berkunjung ke kampung tersebut selepas berkahwin dengan suaminya, liputan talian telefon di situ sememangnya sangat lemah.

“Dulu-dulu awal kahwin, memang line tervk. Kalau balik empat hari, empat harilah tak sentuh langsung telefon bimbit. Tapi tahun ni sudah bertambah baik… laju betul line. Siap boleh upload TikTok.

Anak sungai yang hanya terletak di tepi rumah.

“Sebab tu saya ambil peluang untuk rakam dan kongsi dalam bentuk video. Niat asal hanya nak share pemandangan kampung mentua saja. Tapi tak sangka ramai pula tertarik,” ujarnya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.

Bercerita lebih lanjut, Saibah berkata anak-anaknya adalah orang yang paling gembira setiap kali mereka dimaklumkan bakal bercuti di Gerik.

“Pertamanya, sebab di sana anak-anak seronok dapat jumpa dengan sepupu mereka yang ramai. Adik beradik suami 10 orang, dan kebanyakannya menetap berhampiran kampung tu juga.

“Kalau berbunyi nak balik Gerik, mereka packing awal dah. Di sana mereka seronok round motor keliling kampung dan wajib mandi sungai yang terletak tepi rumah je. Air sejuk, nyaman dan sangat jernih.

Dulu-dulu awal kahwin, memang line teruk. Kalau balik empat hari, empat harilah tak sentuh langsung telefon bimbit.

SAIBAH AZMI

“Dulu sebelum Cov1d-19, kami wajib balik kampung kalau musim buah. Masa itu kami adik beradik berkumpul ramai-ramai. Lokasi kampung pula siap pakej dusun dan sungai. Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga. Tak payah susah-susah cari tempat nak bercuti… memang balik kampung je,” ujar ibu kepada dua cahaya mata berusia empat tahun dan dua tahun.

Ceritanya lagi, sungguhpun kelihatan sedikit terpencil, kawasan kampungnya meriah kerana sering dikunjungi kumpulan pendaki gunung (hikers) yang mahu menawan dua puncak gunung berkembar itu.

“Masa kami balik baru-baru ini, dalam tiga buah Hilux angkut hikers. Kalau orang kampung sini mereka memang biasa dah masuk hutan, naik gunung sebab cari periuk kera dan sebagainya.

Anak-anak Saibah begitu teruja menghabiskan cuti di kampung halaman di Gerik.

“Secara tak langsung, kampung kami meriah kerana ada tarikan. Dengar cerita, orang kampung nak bangunkan kawasan perkampungan, contohnya nak buat chalet. Mak mentua saya juga plan nak buat surau dan tandas untuk kemudahan orang luar… namun masih dalam perancangan,” katanya.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Saibah berkata dia gembira membaca komen netizen yang rata-ratanya kagum dengan keindahan pemandangan di kampung mentuanya.

“Di TikTok sekarang ramai tunjuk view pergi bercuti sana sini, kita pun share jugak. Tak sangka view tinggi. Ramai yang request minta saya share lagi video-video di sana. Sebab itu saya upload empat video berasingan.

“InsyaAllah jika tiada aral, hujung tahun ni kami balik lagi. Mungkin boleh share lagi video-video menarik,” akhirinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*