Kumpulan Puteh Tampil Mohon Maaf Terhadap Najib Selepas Persenda Bekas Perdana Menteri Itu Di Pentas Maharaja Lawak Mega

Kum pulan lawak, Puteh tampil mem buat permohonan maaf secara terbuka kerana mempersenda bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor di pentas Maharaja Lawak Mega, Ahad lalu.

Ali Puteh atau nama se benarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan mewakili dua rakannya, mengakui telah mem buat kesilapan apabila menjadikan Najib dan isterinya, sebagai bahan lawak sewaktu tampil pada persembahan pertama program tersebut.

Menurutnya, apa yang terjadi di pentas Maharaja Lawak Mega itu memang tidak disengajakan kerana niat mereka sebenarnya adalah untuk menghiburkan semua peminat.

“Malangnya saya akui ini adalah kekhilafan kami dan kami perlu berjumpa beliau (Najib) iaitu orang yang dijadikan sebagai bahan jenaka. Kami dengan ini secara terbuka memohon maaf atas apa yang terjadi Ahad lalu.

“Secara jujurnya, memang ini adalah kesilapan kami yang perlu dibetulkan. Alhamdulillah kami bertiga dapat berjumpa beliau (Najib). Syukur beliau menerima permohonan maaf kami,” katanya ketika ditemui di Baitul Tariq, Klebang Permai di sini.

Terdahulu, tular di media sosial apabila ramai netizen mengecam teruk dengan pelbagai kata cemuhan selepas mereka menjadikan Najib dan Rosmah sebagai bahan lawak.

VIDEO

Sementara itu, Mamak Puteh atau nama sebenarnya Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad berkata, apa yang berlaku itu sebagai pengajaran terbaik buat kumpulannya.

“Ini kesilapan kami dan perkara ini tidak akan berulang lagi kerana ada benda yang kita boleh sentuh dan ada benda yang tidak boleh,” katanya.

Kredit: Utusan Malaysia/MK Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*