Pelik Jam 6am, Tiba2 Suami Kjut. Minta Ampun Dan Pesan Jgn Tgk Hp. Aku Dah Mula Syak Sesuatu

Hi Assalamualaikum semua. Saya nak berkongsi cerita saya buat anda semua.

Orang selalu cakap, duit bukan segalanya terutamanya dalam hubungan suami isteri yang mana saya setuju.

Pendekkan cerita, kami ni orang biasa biasa je tak kaya pun, tak lah miskin sampai makan tak cukup. Alhamdulillah masih ada rezeki buat kami.

So cerita nya korang ingat tak masa kerajaan bagi kita ambik keluar RM10k dari KWSP tu dan bulan pertama dapat RM5k kan?

 

 

So dapat lah kami berdua RM10k, macam macam saya plan nak bayar hutang sana sini supaya nama suami boleh clear untuk buat loan rumah.

Ada laa campur gaji semua kan kami dah belanjakan dalam RM3k lebih bagi parents, beli barang extra sikit dan sebagainya.

Cerita nya, tiap tiap bulan suami akan transfer duit kepada saya untuk saya tolong bayarkan semua termasuklah rumah, kereta, bil api, air, semua tu lah dan jangan salah faham ya, saya tak queen control dan saya tak ambik pun duit suami.

Dia ada access untuk bukak bank saya and dia tau pin saya semua, sebab kami tak berahsia pun benda benda macam ini.

Dulu suami ada perangai suka belanja duit untuk benda benda tak berfaedah sampaikan makan minum pun kadang kadang kene ikat perut.

So sebab saya ni jenis tak bershopping dan tak suka membeli, jadi dia bagi saya supaya kami cukup duit tiap tiap bulan dan ada saving sikit.

So dapat duit EPF tu, suami pun transfer lah RM4k ke akaun saya malam tu. Saya ni jenis tidur awal. So saya masuk bilik tidur sebab esok kerja. Suami saya biasa tidur lewat sebab main game.

Saya sedar pukul 2 pagi dia masih main game and saya membebel dan bising (orang lelaki main PUBG kan bising), saya tersedar lagi pukul 4 pagi dia still tak tidur rupanya, lagi lah saya bising – macam dah takde life lain pulak.

Haaa…….. tiba tiba dalam pkul 6 lebih pagi, suami pun kejut saya bangun dan air muka dia lain sangat sangat.

Tiba tiba dia mintak ampun dengan saya sangat, dia mintak saya jangan bukak phone. Masa tu saya dah agak dah mesti pasal duit.

Saya pun bangun terus check baki saya dari RM9k tiba-tiba RM20.20 (cimb kan kene ada RM20). Korang rasa?????? Apa perasaan korang kalau jadi macam ni??

Dia kata ada kawan pengaruh untuk join main game dan sebab dia kalah, dia cuba lagi smpai tiba tiba dia sedar dah habiskan duit semua.

Saya ni terus terduduk, taktau nak cakap apa sambil marah dan mengalir air mata. Suami mintak ampun sampai sujud dekat saya, tapi kerana terlalu marah sampai otak saya jem,

Saya bangun saya mandi, saya bersiap and saya terus pegi kerja tanpa salam cium tangan suami pagi tu.

Saya tak balas mesej suami, tak jawab call dia, tak bertegur pun dengan dia dan saya sengaja balik lambat sebab saya tak nak tengok muka dia, saya terlalu marah!

 

 

So marah saya ni bersambung, dalam sebulan tu hari hari kami gaduh pasal benda ni (salah satu sebab, duit nak pam minyak kereta nak pegi keje pun takde, apatah lagi duit nak makan) sampai saya gadai cincin kahwin saya untuk buat duit belanja.

Sedih hati saya tau, tapi bagi saya perbelanjaan harian (cukup makan minum pakai adalah lebih penting dari emas).

So satu malam tu suami asyik tanya nak ajak bincang. Tapi mungkin saya ni belum lupa lagi kot jadi laa satu pergaduhan sampai saya halau suami keluar dari rumah malam tu,

Punca duit walaupun kita cakap duit bukan segala galanya, beras takde kat rumah, nak makan apa sampai hujung bulan?

Nasib baik belum ada anak, kalau ada anak nak makan apa, pasir ke? Ini lah ayat yang saya bagi dekat suami.

Hubungan kami pulih bila kami terpaksa balik ke kampung suami, takkan masa tu nak tarik muka dengan mertua kan? So buat buat lah macam takde apa yang berlaku.

Isu ni berlarutan sampai lah dalam 2-3 bulan jugak bila kami dah bincangkan isu ini elok elok, saya fikir tak guna marah, saya takkan dapat balik duit tu.

Suami pun dah mintak ampun banyak kali dan saya tak boleh buat apa apa selain terima seadanya. Saya nak mintak balik pun, dari mana dia nak dapat duit kan?

Sejak peristiwa ni, suami banyak sangat berubah, tak membazir duit, takde hilangkan duit (suami ni careless, duit banyak kali hilang), and pandai jimatkan duit.

Alhamdulillah saya rasa Allah dah bukak pintu hati untuk saya maafkan suami seikhlas hati saya (tapi pin and password baru suami masih taktau).

Sekarang ni saya dah tak fikir pasal tu langsung and saya percaya Allah buat semua ni ada sebab yang tertentu, kita kene percayakan dengan aturan Allah.

Cuma kadang kadang saya seronok usik suami bila dia mintak nak beli barang gaming dia ke saya akan cakap bayar balik duit RM9k dulu, dah bayar baru boleh bincang.

Reaksi Warganet

Mimie Rosidi –
Baik nye isteri dia tak mintak ganti balik duit tu. Dalam perkahwinan money is everything ye. Takde istilah duit bukan segala galanye.

Isteri memang kene ade simpanan sendiri. Duit tu lah backup untuk kite. Suami tak perlu tau berapa duit isteri ada, duit isteri simpan dekat mane. Tak semua bende kene share. So isteri kene jadi pandai sikit.

Noraishatun Jashmin –
Wuuu 9k tu le beli kereta ke depo rumah ke kann.. lahaii tapi yela nak buat macam mane redha suami lagi penting kan. Mohon pisang tak berbuah 2kali la.

Aku yang keluar 20k KWSP pun diam diam je simpan dekat ASB. Actually tak semue benda kena inform suami. Para wanita mesti lagi arif tentang strategi dan plan masa depan ye idok??

Aida MN –
Sebab tu bile jadi isteri kene cerdik sikit… tak kongsi detail bank (password/username/atmpin) bukan bermaksud kite kedekut atau nak selindung atau berahsia dengan suami.

Tak kongsi detail bank adalah sebab itu hak kita. Kita ada hak utk simpan itu sebagai hak privasi kita. Lebih bahagia bila hal hal duit ni tak yah canang dekat suami.

Tanggungjawab suami untuk bagi nafkah dan duit belanja ke isteri. Yang isteri punye, suami tak perlu amik tau pun berape duit ade dalam akaun isteri. Tiap tiap bulan masuk/transfer je ke akaun isteri.

Kalau suami suke main game online, main judi online. Biar dia perabis duit dia la. Kenapa nak usik duit bini..

Norsyazana Mohd –
Comel je bab usik bayar balik tu. Mesti dan2 diam dan terimbau kenangan kena halau kan? Huhu takpe lah yang penting suami dah berubah.

Maka nikmat Tuhan yang mana kamu dustakan. Semoga Allah permudahkan urusan kalian, semoga Allah gantikan duit duit yang berganda ganda dari yang hilang tu.

TAPI kan, apa jadi sekalipun, bayar tetap bayar. Dah beranak pinak sekalipun, wajib langsaikan, itu bayaran di atas kebdohan, ketidakwarasan suami awak yang tak mampu berfikir mana baik mana buruk. Penting sebagai pengajaran.

Norizan Mamat –
Salam,

Maaf tu ok. Tapi, sekali jatuh dalam lubang, jangan sesekali, jadi bdoh pi jatuh dalam lubang yang sama.

Jangan bagi dah kad, pin atau info pasal simpanan/kenaikan gaji itu ini. Just share apa yang perlu sahaja.

Perancangan masa depan, jangan letak dalam satu tabungan. Asingkan. Tabung haji ker, ASB dll.

Jika ada keperluan beli barang atau pi umrah itu ini, simpan asing dan tanya berapa yang dia ada. Topup sahaja.

Jika ada keperluan untuk simpan duit dia, buat akaun lain dan asingkan. Kita cuma jaga sahaja. Bukan cantum dengan dengan kita punya.

Berapa banyak kejadian suami ‘terguna’ duit gini. So, jadikan pengajaran gitu.

Good luck dalam hidup.

Sumber – Miss Money (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*