Isteri kepada penyanyi rap sensasi, Caprice, Farra Inalis, tampil mendedahkan sebab mengapa memilih penyanyi itu sebagai teman hidupnya.
Menerusi program popular, MeleTOP, Farra berkongsi sifat keperibadian suaminya itu buat pengetahuan umum untuk penonton rancangan berkenaan.
Menurutnya, penyanyi lagu Xde Hal Bro itu seorang yang sangat penyayang sekali gus ia menjadi punca utama mengapa dia yakin untuk memilih pempengaruh sensasi itu sebagai pasangan hidupnya.
“Alasan yang kuat adalah kerana Caprice ini seorang yang sangat penyayang dengan budak. Jadi, dia berjaya memenangi hati saya dari oleh sebab itulah.
“Caprice dengan anak saya juga sangat rapat. Dia juga selalu membawa anak saya membeli barang permainan.
“Selain itu, bila kita keluar makan bersama, dia melayan anak saya tidak nampak palsu. Jadi, maknanya dialah orangnya,” kongsi Farra ketika ditemu bual pengacara.
“Dddy tengah kerje dia kacau @aleesya_sofeaaaaaa”
Dalam pada itu, isteri Caprice ada berkogsi video gelagat anak mereka mengusap-ngusap kepala b0tak Caprice
Berikut komen netizan
Pernah menangis sebab nak jumpa daddy Caprice
Menyentuh perihal kedekatan Caprice dengan anak tirinya, Aleesya Sofea, Elis menceritakan serba sedikit bagaimana hatinya terbuka menerima selebriti itu sebagai suami disebabkan hubungan akrab Caprice dengan anaknya.
Menurut wanita berusia 26 tahun itu, dia menjelaskan yang Aleesya bukanlah seorang yang senang menangis dan mudah mesra dengan mana-mana orang baru yang dikenalinya.
Namun, disebabkan layanan yang baik dari Caprice, kurang dari 6 bulan sahaja anaknya sudah memanggil selebriti tersebut dengan panggilan daddy dan pernah menangis kerana rindu untuk bertemu.
Aleesya jadi penguat hubungan
Tambah Elis lagi, sejujurnya Aleesya menjadi penguat hubungan mereka kerana dia pernah terfikir tidak mahu berumah tangga selepas mengalami kegagalan perkahwinan sebelum ini.
Akan tetapi, kasih sayang yang ditunjukkan oleh Caprice kepada mereka terutama kepada anak menjadi punca utama mengapa dia bersetuju untuk berkahwin dengan selebriti yang pernah dihambat kontroversi itu.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, Elis sempat menyatakan betapa dia begitu berterima kasih kepada suami kerana menerima seadanya dan berharap agar perkahwinan yang dibina terus berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.
Dalam pada itu, Caprice juga berkongsi banyak cabaran dan ujian yang terpaksa dihadapi untuk menghalalkan hubungan mereka.
Tambahan pula, Farra memberitahu keluarga suami tercintanya turut memainkan peranan dalam memberikan semangat untuk menenangkan penyanyi itu berhubung kontroversi yang pernah dilaluinya.
Sekadar informasi, Caprice mengesahkan telah selamat bernikah dengan seorang ibu tunggal itu, pada tanggal 15 November lepas.
Leave a Reply