Nampak Benjolan Pada Bahagian Badan. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Riena Diana Tampil Bersuara Lepas Gambar Jadi Bualan Ramai.

Riena Diana menjelaskan ‘benjolan’ yang timbul pada bahagian dadanya adalah bentuk jahitan baju dan bukan menonjlkan bahagian tubuh seperti dikatakan segelintir pihak. ‘Benjolan’ itu ‘timbul’ pada pakaian digayakannya ketika hadir ke acara Anugerah Bintang Popular BH ke 34 (ABPBH34) Sabtu lalu yang menimbulkan pertelagahan dalam kalangan warganet di media sosial.

“Pada mulanya, saya menerima mesej daripada peminat berhubung pakaian itu. Tegurannya juga berhemah, malah dihantar secara peribadi untuk menasihati saya. “Namun, lama-kelamaan menjadi tular di media sosial dan menjadi bahan pergduhan dalam kalangan warganet. Ada yang membela saya dan ada juga yang menegur kerana berpakaian tidak senonoh ketika acara anugerah secara langsung.

“Oleh itu, saya mengambil pendekatan untuk menjelaskan perkara ini supaya tidak dipanjangkan lagi. Mungkin ada yang melihatnya sebagai tidak sennoh, tetapi sebenarnya adalah bentuk ‘dart’ pakaian itu,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Riena, pada mulanya dia hanya menutup sebelah mata mengenai isu berkenaan, namun ia menjadi besar sehingga membuatkan beberapa pihak brblah di ruangan komen.

“Minta maaf andai kata ada yang terasa hati atau tersinggung dengan gaya pemakaian pada malam itu. Saya akan mengambil langkah berhati-hati pada masa hadapan supaya tidak menimbulkan salah faham lagi. “Saya juga berharap salah faham ini dapat ditamatkan di sini dan tidak menjadi punca perbalahan di kalangan peminat dan warganet,” katanya. Pelakon yang mencipta nama menerusi watak Lailer dalam drama bersiri Kampung People itu menggayakan pakaian jenama Official Yuleza pada malam itu.

Sumber : hm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://www.dnq.pw/

Selesai Jadi Juruvideo Dan Penata Rias Buat Kekasih Di ABPBH34. Kini Ini Pulak Keadaan Terkini Dini Schatzman Sampai Tumbang.

Malam Sabtu adalah hari paling bahagia buat selebriti versatil Janna Nick selepas dijulang sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-34. Kejayaan itu juga dikongsi bersama kekasih hatinya, Dini Schatzmann yang menemaninya selain bertindak sebagai juruvideo dan penata rias, kelmarin.

Demam panas & ada jngkitan kvm4n

Di saat sedang meraikan kejayaan, Dini, 27, terpaksa dikerjakan ke pusat perubatan semalam (Ahad) selepas mengalami demam panas dan jangkitan kuman. Janna menyatakan teman lelakinya itu mula berasa tidak sihat sejak dua minggu lalu. Dini memang dah lama demam ‘on off’, sejak dua minggu lagi. Dia banyak penggambaran outdoor.. punca dia jatuh sakit sebab cuaca. Bila makan ubat dia okey tapi bila habis ubat dia sakit balik. Itu yang hari ini (Ahad) dia pergi hospital untuk dapatkan rawatan. Doktor bagi drip antibiotik dekat Dini. Dia okey, alhamdulillah.

Kesian baby

Sebelum ini, menerusi satu hantaran di Instagram (IG), pemilik nama Nurul Jannah Munir berkongsi foto memegang tangan kekasihnya di hospital. Pada malam ABPBH34, penampilan pasangan dua sejoli ini berjalan di karpet merah meraih perhatian warganet apabila masing-masing memakai topeng penuh.

Janna tampil dengan busana sekuin rona perak manakala Dini menggayakan sut rona hitam dengan topeng memaparkan angka enam. Rata-rata pengguna Twitter melabelkan pasangan itu sebagai Kim K dan Squid Game versi Malaysia. Bagaimanapun, ada juga segelintir yang berpendapat pemenang trofi Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular itu kelihatan berisi dengan wajahnya seakan ‘bengkak’. Sumber: Oh Bulan

Muat Naik Gambar Lengkap Berkebaya Songket Biru Dengan Kapsyen Tarikh Dan Emoji Cincin. Ramai Ucap Tahniah Pada Janna Nick.

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja pelakon dan pengacara Janna Nick berkongsi foto mengenakan busana pengantin tradisional di Instagram.

Anggun mengenakan kebaya daripada fabrik songket, perkongsian Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir dengan kapsyen tarikh 1.11.21 bersama emoji cincin mengundang perhatian warganet.

Ruang komen juga dihujani dengan ratusan ucapan tahniah yang rata-ratanya menyangka pelakon berkenaan sudah berkahwin.

Bagaimanapun aktres berusia 26 tahun itu memberitahu foto tersebut diambil ketika menjayakan salah satu babak drama berjudul Shakira yang masih dalam penggambaran.

Dengan hantaran tarikh dan gambar cinin di ruangan kapsyen instagram beliau telah membuatkan ramai tidak percaya dengan Janna Nick.

“Saya belum lagi bernikah atau berkahwin… foto itu hanya dalam salah satu babak drama yang sedang dalam penggambaran.

“Bukan saya sengaja nak beri bayangan atau teka-teki. Sekadar nak kongsi foto tengah shooting sahaja,” kata Janna ketika dihubungi mStar.

Menerusi laporan sebelum ini, Janna berkata dia akan berkahwin selepas rambutnya panjang sehingga paras pinggang.

“Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk kami.” katanya.

Janna yang juga seorang penyanyi turut memberitahu dia tidak pernah berasa tertekan dengan pertanyaan berkaitan perkahwinan.

Dalam pada itu, pelakon drama Marry Me Senorita ini menegaskan dia akan berkongsi berita gembira berkaitan perkahwinan apabila sudah tiba masa yang sesuai.

“Insya-Allah soal jodoh… kahwin ini, saya tetap akan kongsikan dengan semua apabila sudah tiba masanya nanti.

“Macam yang saya beritahu sebelum ini, buat masa sekarang perancangan ke arah itu belum lagi. Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk kami,” ujarnya.

Dalam pada itu rata-rata peminat juga seperti sudah mengetahui niat Janna berkongsi foto berkenaan dengan ada antara mereka sudah dapat menghidu ia sekadar lakonan semata-mata.

“Nak prank kita ke ni? Aku takut shooting atau drama je ni.

“Ni Betul-betul ke cubaan? Tengok boleh, percaya lain kali… tapi baju cantik,” demikian antara komen peminat.

Untuk rekod, Janna kini menjalinkan hubungan cinta dengan aktor kelahiran Switzerland iaitu Dini Azan Schatzmann sejak Jun 2019.

Sumber:Instagram Janna Nick

Janna Nick Sering Dengar Lebih Lima Suara Sepanjang Hari. Dedah Punca Dirinya Suka Cakap Kuat Kuat.

Pelakon Janna Nick mendedahkan bahawa sikap riang dan gembira yang ditonjolkan kepada orang ramai dan peminat bukanlah gambaran mengenai sikapnya yang sebenar.

Kata Janna, menghidapi penyakit berkaitan masalah ment4l bukanlah suatu perkara yang mudah untuk ditangani kerana ia menyebabkan fikiran dan hatinya sering tidak sehaluan.

Jelasnya lagi, otak pesakit ment4l ‘sangat bising’ dan terganggu sekaligus menyebabkan dia gemar untuk bercakap dengan suara yang kuat ketika berhadapan dengan orang.

Ketahuilah pesakit mental ini otak mereka sangat bising sebab itu saya bercakap kuat. Kadang-kadang bukan sebab saya happy go lucky atau lantang. Tapi hati dan otak tak sehaluan. Hati rasa lain, otak cakap lain.

Dia juga memaklumkan bahawa perlu sentiasa bersikap positif dan masih bergantung pada pengambilan ubat bagi memastikan  dia dalam keadaan tenang dan baik.

Bayangkan duduk sendirian di tengah keramaian, pesakit ment4l kena berlawan dengan suara-suara dalam kepala sendiri. Bukan satu suara tapi empat hingga lima suara sepanjang hari. Hanya tidur menjadi waktu yang paling sunyi dan paling tenang sebab tu kadang-kadang ubatan sangat membantu.

Sekitar hujung bulan April yang lalu, Janna mended4hkan bahawa dia  mengalami masalah gangguan bip0lar serta mengaku pernah cuba untuk membvnuh d1ri ketika berusia 14 dan 15 tahun.

Tambahnya lagi, penyakit ment4l yang dihid4pinya itu semakin tervk dan turut menganggu kesihatannya ketika dia melakonkan watak sebagai seorang pesakit ment4l dalam drama bersiri berjudul Misteri Mona suatu ketika dahulu.

Penat dengan watak dalam Misteri Mona.

Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Jannah Munir menyatakan watak sebagai pesakit mental dalam drama Misteri Mona telah membuatkan keadaan kesihatannya makin teruk. Akuinya, dia akan berasa letih dan lesu sejurus pulang daripada set penggambaran. This character triggered my bipolar, ia menjadi bertambah teruk apabila saya melakonkan watak ini. Setiap hari balik shooting, saya jadi lesu. Otak saya penat. Saya tak nak jumpa orang dan tak nak bersiap.

Sumber: Instagram @jannanick

Pejabat Janna Nick Banjir Gara Gara Paip Bocor. Tapi Syukur Bila Pemilik Premis Nak Buat Macam Ni.

Ruang pejabat yang disewa Janna Nick dinaiki air kerana paip bocor. Gara-gara paip bocor, pejabat milik pelakon Janna Nick dinaiki air sehingga menyebabkan beberapa kerosakan pada pagi Jumaat. Menurut Janna, 26, semasa kejadian itu berlaku tiada sesiapa di premis berkenaan dan hanya diketahui oleh kakitangan yang memulakan tugas.

“Pejabat urusan White Fluffy banjir pagi ini kerana ada paip bocor… siling tandas runtuh, lantai habis penuh air, malah produk pun ada yang basah. Sedih sangat sebab saya tak dapat nak tengok keadaan pejabat kerana sekarang ini berada di Cameron Highland menjalani penggambaran drama. Balik nanti baru boleh saya tengok jumlah kerugian dan sebagainya… buat masa ni semua staf uruskan! Mereka cuba selamatkan barang-barang yang masih boleh guna,” katanya. Menerusi Instastory, pelakon drama Melastik Ke Hatimu berkongsi video kerosakan yang berlaku di pejabatnya yang terletak di Damansara, Selangor itu.

Ada sedikit kerugian tapi mujurlah pemilik premis baik hati sanggup bayar ganti rugi dan baiki semula kerosakkan!

Dalam pada itu, Janna meluahkan rasa syukur kerana pemilik premis berkenaan sanggup menanggung kos pembaikan dan ganti rugi akibat kejadian berkenaan. “Ada sedikit kerugian tapi mujurlah pemilik premis baik hati sanggup bayar ganti rugi dan baiki semula kerosakkan. Benda dah nak jadi… apa-apa pun syukur Alhamdulillah tak ada sesiapa yang mengalami luka akibat kejadian paip bocor ini,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Janna kini sedang mengarahkan drama terbaharu berjudul Mendua. Ia dibintangi oleh pelakon hebat Nazim Othman, Emma Maembong dan Dini Schatzmann. Sumber : Mstar

Lama Menyepi Janna Nick Muat Naik Gambar Terbaru. Tapi Benda Ni Yang Warganet Nampak Sampai Ada Yang Risau Tengok Penampilan Baru Janna Nick.

Pelakon dan pengacara Janna Nick memuat naik gambar terbaru  memperlihatkan dirinya memakai pakaian serba hitam menerusi laman sosial Instagram miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, jelaslah ia bertujuan untuk mempromosikan jenama minyak wangi terkenal apabila pelakon itu dilihat memperagakan botol minyak wangi tersebut. Namun apa yang jadi perhatian peminat ialah tubuh badan pemilik nama Nurul Jannah Muner itu yang dikatakan nampak kurus.

Janna Nick makin kurus

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut menyedari perubahan ketara bintang drama Marry Me Senorita itu. Ada yang meluahkan kebimbangan manakala segelintir yang lain meminta tips kurus daripada pelakon berusia 26 tahun berkenaan.

Terdahulu, Janna Nick mendedahkan mendedahkan dirinya mengalami masalah gangguan bipolar dan mengaku pernah membuat cubaan membahayakan diri ketika berusia 14 dan 15 tahun. Difahamkan lagi, kini dia bergantung pada ubat anti kemurungan bagi merawat penyakitnya itu. Sumber: Instagram Janna Nick

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*