Bakal Tamatkan Zaman Solo. Nora Ariffin Dedah Tarikh Nikahnya Tak Lama Lagi Dan Ini Cerita Mengenai Calon Bakal Suaminya.

Selepas lima tahun kehilangan suami, penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin mengakui bakal mengakhiri zaman solonya selewat-lewatnya hujung tahun ini. Nora atau nama sebenarnya Wan Noraafiza Datuk Ariffin berkata, lelaki istimewa yang berjaya membuka pintu hatinya untuk kembali bergelar isteri tu merupakan seorang pendidik. Bagaimanapun, penyanyi berusia 48 tahun itu belum bersedia mendedahkan identiti mahu tarikh hari bahagianya. Perkara tersebut hanya akan diumumkan apabila tiba waktu yang tepat.

“Insya-Allah dalam masa terdekat (akan berkahwin) dalam tahun ini, benda baik buat apa nak sorok. Doakan yang baik-baik, benda baik tak perlu dilambatkan dan perlu dipercepatkan. Bila masa sesuai saya akan beritahu. Tunggulah nanti. Alhamdulillah, anak-anak okey. Mereka berlapang dada menerima dengan hati terbuka,” katanya ketika ditemui Kosmo! usai menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) kerjasama dengan Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

Balu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi itu memberitahu, selepas melalui pelbagai fasa ujian dalam kehidupannya, mereka sekeluarga kini mahu mengecapi bahagia dan mahukan kehidupan berkeluarga yang lengkap. “Kita pun bukan budak-budak muda, banyak benda perlu dipertimbangkan dan lebih memikirkan masa depan,” katanya

Bercerita mengenai calon bakal suaminya, Nora memberitahu dia mengenali lelaki itu ketika pandemik CvdI9. Jelasnya, lelaki yang berjaya menarik hatinya itu juga bukan orang politik dan kemungkinan seorang pendidik. Terdahulu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Persimpangan Dilema itu pernah dihebohkan mempunyai hubungan seorang ahli politik dan sudah bernikah di selatan Thailand, namun ternyata semuanya sekadar gosip apabila Nora sendiri membuka mulut menafikan khabar angin tersebut.

Bercakap tentang perkembangan seninya, Nora yang kini kembali aktif bakal tampil dengan sebuah lagu baharu tahun depan. “Konsep lagu masih dalam perbincangan. Kita tak mahu terburu-buru, lagi pun kita baru nak ‘recover’ balik. Tapi lebih ke arah kebaikan. Lagu berunsur dakwah tak semestinya lagu ketuhanan. Saya dah penat nak sedih-sedih,” katanya. Sumber: K! ONLINE

Ds Vida Seharian Tak Keluar Bilik Sebab Bekas Suami Nak Jumpa Anak. Sekali Ini Pula Nasihat Dari Nora Ariffin Buat Ramai Yang Terdiam.

“Ayah Cik B dan Kacak datang Ipoh malam-malam nak jumpa. Tapi, mereka belum bersedia. Apa patut saya buat?” Jutawan kosmetik sensasi Datuk Seri Vida (DSV) kebuntuan apabila anak-anaknya belum bersedia untuk berjumpa bekas suaminya yang berhasrat menemui mereka.

Katanya, seharian dia terperuk di bilik memikirkan masalah itu. Hantaran DSV itu turut mendapat perhatian penyanyi Datuk Nora Ariffin yang menitipkan kata-kata nasihat. Difahamkan, anak-anaknya itu masih belum bersedia untuk berjumpa dengan bekas suaminya kerana masih trauma dengan kisah silam antara mereka.

Kenapa beria nak jumpa anak-anak tu? Bukan kes dah selesai di mahkamah ke sebelum ini? Sumber:Cari

Timbang Sekali Dengan Bakul Patutlah Mahal. Sekali Tak Boleh Berdiam Ini Yang Ds Vida Balas Balik.

Puas hati dan berbaloi. Itu kata Datu Seri Vida selepas menjamu selera di restoran tular ikan siakap kayangan ketika bercuti di Langkawi pada Rabu. Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman yang membayar RM 918 untuk beberapa hidangan termasuk ikan siakap menganggap jumlah yang dikenakan itu berpatutan bagi hidangan untuk dua orang.

“Saya makan 900 dengan pelbagai lauk itu sangat worth dengan rasa sedap dan keadaan yang cantik. Jangan malu tanya harga berapa, takut over bajet. Marilah ke Langkawi yang dah lama tak dikunjungi. InsyaAllah 2022 semua bisnes meroket. “Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, tohmahan, andaian atau tduhan mengatakan tuan kedai cekik drh,” ujarnya.

Menerusi video berkenaan, Vida menunjukkan menu yang ditempah untuk makan tengah hari bersama anak lelakinya Kacak ialah seekor ikan siakap seberat 1.5 kilogram, ikan kerapu harimau, lobster dan beberapa menu hidangan lain. Dia yang berpeluang bertemu pemilik restoran itu iaitu Norasyikin Musa turut dibawa meninjau keadaan sekitar restoran dan kolam sebelum menangkap ikan pilihannya.

Turut kelihatan mesin penimbang yang disediakan bersebelahan kolam bagi memastikan berat ikan yang dipilih. Selain itu, Vida turut bertanya kepada Norasyikin sama ada perniagaannya terjejas selepas i.su berkenaan. Dia juga memberi peluang peniaga itu menjelaskan berkenaan isu tular itu.

“Selepas itu itu tidak macam biasa pelanggan, perasaan malu adalah sebab kena caci, kena maki. Rasa macam tak sedap. Dia orang tak faham, ikan itu kita pelihara umur 11 tahun, untuk jangka masa itu purata makanannya bernilai RM 6,000 bagi orang berduit mungkin sikit tapi saya peniaga kecil nilai itu terlalu besar. “Pesanan saya pastikan anda tengok menu, tengok ikan dulu sebelum order,” ujarnya.

Vida bersama pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin

Dalam pada itu, ahli perniagaan sensasi itu turut mencadangkan nama restoran itu ditukar kepada Sas Rimba Siakap Seribu untuk tujuan marketing. Sebelum ini, Vida pernah menyatakan hasrat membayar semula harga hidangan ikan siakap kepada sasaran, namun ditolak inidvidu berkenaan.

Pada 4 November lalu, dilaporkan keluahan seorang pengguna Facebook dikenali Muhammad Faris Zulkarnain yang terkejut apabila dicaj sehingga RM 1196.80 untuk sajian seekor ikan siakap. Isu ini menjadi lebih hangat apabila Niena pula tampil mengakui menjadi sasaran penganiayaan yang sama apabila bil hidangan di sebuah kedai lain di pulau itu turut mencecah RM 1738.70.

Ada Orang Komen Kira Sekali Bakul

Kredit : Mstar/FB

Lepas tular harga ikan siakap kayangan. Kalini DSV pula pergi makan dan ini jumlah bil yang dia kena bayar.

Cerita mengenai hidangan ikan siakap yang dijual mahal di sebuah restoran di Pulau Langkawi, Kedah kerana harga mencecah lebih RM 1,000 menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial. Baru-baru ini perkongsian seorang individu menjadi bualan warganet apabila mendkwa harga ikan siakap dipesannya mahal di sebuah restoran di Langkawi. Menerusi perkongsian tersebut, harga yang perlu dibayarnya untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram itu berharga RM 1,196.80.

Dapat dilihat di resit, jumlah keseluruhan bil termasuk hidangan makanan dan minuman lain pula adalah untuk tujuh orang makan. Malah, individu tersebut berasa terkejut pada awalnya ketika mahu membuat pembayaran dan menasihati pihak restoran seperti tidak menghidangkan ikan sebesar itu untuk 7 orang makan.

Tidak hanya itu, individu itu juga menyampaikan beberapa teguran lain kepada restoran tersebut. Malah, individu itu juga meminta agar orang ramai berhati-hati agar tidak terkena seperti dirinya. Lantaran itu, wakil pemilik restoran itu tampil menjawab d.akwaan pelanggannya yang mengatakan harga ikan siakap mahal.

KPDNHEP Keluar Notis

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP sudah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 A.kta Kawalan Harga A.nti Perc.atutan 2011 kepada peniaga restoran terapung di Langkawi pada Sabtu lalu. Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, notis bertulis itu perlu dijawab dalam tempoh lima hari iaitu sebelum Khamis ini bagi mengelak sebarang t.indakan sekiranya pemilik restoran berkenaan gagal berbuat demikian.

“Kita beri tempoh lima hari untuk pemilik restoran menjawab beberapa perkara di dalam notis itu antaranya berkaitan kos ikan siakap, makanan dan apa-apa yang ada dijual di situ. Setakat ini kita masih menunggu maklum balas daripada pemilik restoran itu. Buat masa sekarang kita tidak boleh kata salah atau tidak, sebaik sahaja kita terima notis itu kita akan analisa setiap kos yang diberikan secara terperinci sama ada berlakunya kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Bukan sahaja menarik perhatian pengguna media sosial, malah golongan selebriti turut terpanggil untuk berkongsi pandangan mengenai i.su ini termasuklah usahawan k.osmetik Datuk Seri Vida. Simpati dengan nasib seorang wanita yang mendkwa tert.ipu, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, menyatakan hasrat membayar semula harga hidangan ikan siakap kepada individu tersebut. Saya ada baca kisah ikan siakap v.iral, saya rasa terpanggil untuk saya belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut. Saya tak boleh dengar fasal ikan siakap, jangan buat lepas ini orang tak boleh makan ikan siakap! Saya tak nak ada orang tera.niaya,” katanya. Sumber : Online Malaya & Instagram Datoserivida

Tak Nak Ambil Hati Dengan Komen DSV Pada Lagu Hujan Milik Iqbal. Sekali Ini Respon Iqbal Bila Dah Masuk Industri Muzik.

Kemunculan pertama Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai penyanyi menerusi single Hujan nampaknya menular sedikit persepsi masyarakat tentang pemuda berkenaan. Rata-rata memberi komen positif tentang lagu ciptaan Oja, Zai Hamzah serta lirik oleh Iqbal, Achoi Floor 88 dan Eric Fuzi itu walaupun kualiti vokal penyanyinya masih berada pada tahap biasa.

“Tentulah saya rasa seronok, tapi saya kena lebih bertanggungjawab sebab apabila dah masuk industri muzik mesti ada kritikan. Saya bukan penyanyi profesional tapi rasanya suara saya tidaklah memalukan,” katanya. Hingga kini single yang dilancarkan pada 2 November lalu meraih lebih sejuta tontonan di YouTube.

Berhubung dakwaan Datuk Seri Vida kononnya dia menggunakan kisah cinta peribadi mereka untuk meraih perhatian warganet, Iqbal berkata dia mengakui tentang hal tersebut. Kata Iqbal kisah yang terjadi antara mereka bukan lagi rahsia dan ia terpulang kepada mana-mana pihak untuk menilainya. “Siapa makan cili dia terasa pedasnya. Biarlah warganet yang menilai dan saya tidak menafikan apa yang berlaku. Saya tak perlukan views daripada dia dan tak kisah lah dia meluat ke atau nak pening, makan la paracetamol,” katanya. Sumber : Videoviral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.Share

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*