Wajah Ustaz Kazim Berubah 70% Dari Rupa Asal. Sekali Ustaz Kazim Dedah Apa Sakit Yang Dia Sedang Alami.

Nama Dato’ Ustaz Kazim Elias rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan antara pendakwah terkenal yang sering berkongsi ilmu di forum-forum agama Islam dan penyampaiannya sangat digemari ramai. Namun, beberapa kali kita sering mendengar bahawa beliau telah terkena penyakit misteri sehingga mengganggu kesihatan tubuh badannya.

Kongsi tahap kesihatan sekarang

Dalam satu perkongsian yang dibuat, salah seorang pengguna TikTok menggunakan nama @azlanazs telah memuat naik satu rakaman video pendedahan Ustaz Kazim berhubung penyakit yang dialami.

Menurut pendakwah itu, antara kesan daripada penyakit yang menimpa dirinya adalah perubahan yang agak ketara pada wajah apabila sedikit berubah berbanding penampilannya sebelum ini.

Wajah berubah hampir 50%-70% dari asal

“Tuan-tuan dan puan-puan boleh tengok sendiri. Saya rasa mungkin berubah dalam 50 hingga 70 peratus daripada wajah saya yang asal. Itu sahajalah yang dapat saya bagitahu kalau ada orang tanya tentang kesihatan saya. Tengok muka, inilah dia.” ujarnya.

Antara perubahan paling ketara adalah mata beliau yang sedikit cengkung dan bibir juga terlihat agak kehitaman. Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut mengakui berkemungkinan penderitaan yang dihadapi kini mungkin disebabkan sakit ‘Ain  iaitu satu sakit berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya.

Sedang buat rawatan

Ketika ini beliau akui sedang berusaha menjalani rawatan dan jika tidak berjaya rawatan mandi sungai pada waktu subuh merupakan alternatif seterusnya. “Sakit yang sedang saya hadapi ni mungkin ada benda-benda yang berkaitan dengan ‘Ain. Tapi saya lebih terkena kepada sakit ‘Ain” Kalau semua rawatan-rawatan biasa tak jalan, Insha Allah saya kena mandi di sungai pada waktu subuh menghadap hulu sungai beberapa hari. Insha Allah sembuh.” kata Ustaz Kazim.

Menerusi video yang dikongsikan juga, beliau ada menjelaskan berkenaan sakit ‘Ain amat bahaya dan boleh mengundang mavt seperti hadis Rasulullah S.A.W. “Sakit Ain ni bahaya ke? Rasulullah pernah sebut antara sakit yang paling banyak bawa kehilangan adalah sakit A’in. Paling cepat sekali mt1.” jelasnya.

Di kesempatan itu, Ustaz Kazim juga sempat mendoakan agar kita semua dijauhkan dari sakit tersebut dan berharap agar dirinya juga segera sembuh dari sakit ‘Ain ini. Menjengah keruangan komen @azlanazs, ramai yang telah menitipkan kata-kata semangat agar ustaz bersabar dengan dugaan yang diberikan disamping mendoakan agar pendakwah terkenal itu segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala. Sumber: Oh My Media

Kali Ni Ustaz Kazim Akui Alami Kepedihan Muka Yang Teruk. Terkejut Ini Keadaan Terkini Ustaz Kazim Buat Ramai Yang Simpati.

Sebelum ini pendakwah bebas terkenal, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias ada mendedahkan beberapa perbuatan mistik yang ditujukan kepadanya sehingga menganggu kerja-kerja dakwah yang dijalanan. Ini termasuklah, kaki dan perut membngkk, keluar jarum berkarat dan yang lebih teruk ada pihak yang sanggup menyimbah cuka getah kepadanya.

Terbaharu, Dato’ Ustaz Kazim memaklumkan kini mukanya pula disrang rasa pedih yang meIampau sehingga terpaksa tampil mengenakan bedak sejuk ketika sesi temu bual bersama Dai’ Ahmed Ibrahim menerusi akaun Facebooknya. “Saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada muka saya. Kalau nak kata alahan ni dah berhari-hari dah… Tapi, yang peliknya kalau alahan seluruh badan, tapi ni kat muka je dan tak berlaku ditempat lain.

“Dan, kalau alahan berlaku di muka selalunya seseorang itu akan alami kesukaran bernafas tapi saya boleh bernafas, boleh bercakap. Cuma rasa pedih sahaja sebab dia Iuka lepuh-lepuh,” katanya. Menurutnya, bedak sejuk dan bedak geliga yang digunakan adalah untuk mengelakkan mukanya dari terkena air dan berasa panas kerana boleh menyebabkan kepedihan meIampau dan Iuka.

“Sekarang Iuka lepuh ni kalau tarik dia Iuka pula. Bibir saya pula dulu merah sekarang dah bertukar jadi hitam dan pecah-pecah. Dah jumpa doktor pun tapi doktor pun pelik sebab cairan merah saya normal. “Adalah tak bagi keluar televisyen atau media sosial ke… biarlah, InsyaAllah mudah-mudahan cepat sembuh,” jelasnya. Malah, sesi temubual yang dikongsikan oleh Dai’ Ahmed menerusi akaun TikTok miliknya kini meraih lebih 284,000 tontonan dan rata-rata peminat Ustaz Kazim mendoakan agar dugaan dan ujian yang dihadapi oleh pendakwah terkenal ini segera mendapat kesembuhan.

“Ya Allah, banyaknya ujian Ustaz…”

Apapun, semoga Dato’ Ustaz Kazim Elias diberikan kesembuhan dan digantikan rasa sak!t dengan kebahagian dan pahala yang berganda-ganda. Insya-Allah.

Sumber:Xtra, TikTok

Ramai Yang Tak Senang Duduk Bila Tengok Ustaz Azhar Idrus Rentas Negeri Untuk Pergi Majlis TokTi. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Ustaz Azhar Idrus Dedahkan Perkara Sebenar.

Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berterusan menjadi sasaran warganet kerana dikatakan gagal mematuhi p.rosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid 19. Terbaharu penganjuran majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak kedua Siti, 42, iaitu Muhammad Afwa Khalid mencetuskan pertikaian dalam kalangan orang ramai.

Rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengundang pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang difahamkan menetap di Terengganu di kala larangan merentas negeri masih dikuatkuasakan.

Malah penganjuran majlis di kediamannya itu pada minggu lalu juga dilihat sebagai tidak sensitif dengan situasi semasa apabila kes harian jangkitan Covid 19 masih lagi mencatatkan empat angka. Selain Azhar Idrus, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari turut menjadi tetamu istimewa Siti dan suami.

Susulan itu, warganet menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjuran majlis tersebut. “PDRM boleh la saman Tokti (Siti Nurhaliza) dan keluarganya… sebelum isu tahnik banyak sahaja event mereka buat tapi tiada juga tindakan.

“Tokti dan keluarga langsung tidak fikir kesan ya bila buat macam ini… macam hidup dekat dunia kayangan mereka sahaja. Agak ignrance (tidak peka) dengan isu semasa. “Itulah aku pernah kata, kenapa kes Tokti macam senyap sahaja tak macam kes Neelofa sampai trending?” tulis warganet.

Sebelum ini, warganet turut mempertikaikan i.su SOP di h.ospital tempat Siti melahirkan putera sulungnya itu apabila mereka membenarkan kehadiran ramai pelawat selain Datuk K. Ia kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersalin. Usaha untuk mendapatkan reaksi daripada pihak Siti bagaimanapun tidak berhasil. Kredit : Mstar

Tokti Pun Tak Tunjuk Wajah Penuh Bayi. Asyraf Khalid Dikatakan Jual Wajah Adik Sendiri. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Ini Penjelasan Dari Asyraf.

KETIKA penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan kelahiran cahaya mata kedua pada pagi Isnin, ada juga cerita kurang enak apabila anak tirinya, Asyraf Khalid menerima kritikan warganet. Asyraf dan isteri, Tya Ariffin dikakan sengaja jadi perhatian dan ‘mempergunakan’ kelahiran anak kedua Siti itu bagi menarik tontonan video di saluran YouTube milik mereka.

Rata-rata waranet di Twitter meluahkan kekesalan dan berpendapat pendedahan wajah bayi itu hanya berhak dilakukan oleh Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Seorang warganet di laman Twitter, @Aimimiloma menyifatkan tindakan Asyraf itu sebagai tidak beradab.

“Sumpah saya rasa Asyraf ni sangat tidak beradab. Saya rasa ia common sense untuk awak tidak muat naik gambar bayi yang baharu lahir di media sosial. Tokti (Siti Nurhaliza) pun tak muat naik muka depan-depan macam tu lagi kot. “Dia (Asyraf) boleh buat vlog full pula letak dekat channel Tya, are you kidding me? Ini level tumpang clout (perhatian) macam mana pun tak tahulah,” kata netizen tersebut.

Asyraf menjawab pertanyaan daripada netizen.

Sementara itu, ketika ditanya seorang pengikutnya di laman Instagram, Asyraf menyatakan dia terlebih dahulu telah mendapat keizinan daripada bapanya untuk memuat naik gambar bayi itu di platform media sosialnya. “Saya dah minta izin daripada ayah saya sebelum memuat naik gambar ini,” katanya ringkas.

Sebelum ini, nama Asyraf juga pernah dikrtik apabila dia terlebih dahulu membuka akaun laman Instagram anak pertama Siti, Siti Aafiyah sebaik sahaja dilahirkan pada 2018. Siti selamat melahirkan anak kedua pada pukul 6.21 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah operasi. Siti berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkahwinan, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun. Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*