Baru je Najib gesa Tengku Zafrul tekan ‘butang’ i-Citra RM10,000, ini yg terjadi dekat FB Tengku Zafrul

Selepas Barisan Nasional menang ‘besar’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka , bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan meluluskan pengeluaran i-Citra, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan mahu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertindak segera ke atas permintaan tersebut.

“Tengku Zafrul, kasi tekan butang i-Citra RM10k secepat mungkin,” tulisnya.

Susulan perkongsian bekas Perdana Menteri itu, pengguna laman sosial bersetuju dengan cadangan tersebut dan berharap agar kerajaan segera meluluskan pengeluaran i-Citra RM10,000.

“Terima kasih dato, dalam gembira meraikan kemenangan, masih ingat pasal rakyat yang sedang kesusahan,” tulis Naim Nazihar pada ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Kal Lie.

“Betul tu DS Najib Razak, kami betul-betul memerlukan RM10,000 tu lagi- lagi golongan B40 macam saya ni.

“Dah merata-rata saya mohon kerja, tapi semuanya tak nak ambik, mereka lebihkan yang sihat tubuh badan dan berumur 30 ke bawah. Sebab tu perlukan sangat RM10,000 untuk buat modal berniaga kecil-kecilan,” ujarnya.

Sehingga pukul 1 tengah hari tadi, hantaran tersebut telah dikongsi lebih 2,400 pengguna dan lebih 11,000 pengguna Facebook telah meninggalkan komen

Hantaran Najib di laman Facebooknya

Reaksi Yang Ditinggalkan Orang Ramai Dekat Facebook Tengku Zafrul

Jangan la buat2 tak nampak desakan rakyat KWSP 10k , Tapi hal lain laju jer umun walaupon bukan masa yg sesuai dan menga.ibkan org lain…, beri perhatian yg khusus tampa mengikut telunjuk manusia yg berkepentingan dan berd.endam.

10k one off.. Tengku sila la tekan butang i-citra.. Rakyat tengah tunggu tu.. Termasuk sy.. Dgn segala hormatnya sila tekan bintang i-citra.

Salam..Tengku Zafrul, harap kerajaan pertimbangkan Tuntutan terakhir 10K Kwsp, keluhan dan desakan, tidak ada tindakan dari k.erajaan, berbulan-bulan lamanya.

Tengku Zafrul minta tuan bgi pengeluaran 10k on off..kami amat memerlukan ketika ini…byk tanggungang yg perlu di pikul dan di selesai kan…kasihani lah kami…tuan permudah kan urusan kami,Allah permudah kan urusan tuan.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*