Isteri Panik Sumai Hil4ng 2 Hari. Bila Ramai Cari Lokasi Yg Di Jumpai Buat Ramai Tepuk Dahi

Seorang isteri di Indonesia menghadapi detik cemas apabila menerima mesej suara yang kedengaran suara suaminya seperti sedang menangis dan berada dalam keadaan ketakutan.

Menurutnya, suaminya yang dikenali sebagai Yana Supriatna itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

Suami hantar voice note nangis & berada dalam ketakutan

Setelah mendengar mesej suara berkenaan, si isteri dengan segera melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis.

Namun begitu, lokasi sebenar suaminya itu menjadi tanda tanya kerana berdasarkan mesej suara tersebut dia seperti berada di kawasan hutan atau sungai.

Susulan daripada itu, pasukan penyelamat telah bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan misi mencari secara besar-besaran. Turut kelihatan pasukan penyelamat menggunakan anjing pengesan untuk misi berkenaan.

Lebih mengejutkan lagi apabila sekumpulan pengamal perubatan tradisional (bomoh) turut hadir untuk menyertai pencarian lelaki terbabit.

Kali terakhir Yana dikesan adalah di kawasan jurang yang dikatakan tempat berhantu dan hanya motosikalnya sahaja yang ditemui pada ketika itu.

Dalam pada itu, orang ramai percaya bahawa lelaki berkenaan ghaib selama dua hari adalah disebabkan disorok oleh jin. Turut dikhuatiri Yana menjadi mangsa tebusan penjenayah selepas dia gagal dihubungi ketika waktu Maghrib.

Rupa-rupanya balik ke rumah isteri muda

Walau bagaimanapun, seluruh Indonesia dikejutkan apabila misteri kehilang Yana itu sebenarnya adalah gurauan semata-mata. L

elaki berkenaan mengatakan bahawa dia sengaja menghantar mesej suara tersebut dengan niat untuk bergurau, namun tidak sangka isterinya menganggap perkara berkenaan serius sehingga melibatkan pihak polis.

Rupa-rupanya motorsikal berkenaan rosak lalu dibiarkan disitu dan dia telah menaiki sebuah kereta untuk pergi ke rumah isteri mudanya.

Selepas tular cerita mengenai dirinya telah hilang, akhirnya Yana menyerahkan diri kepada pihak polis dan misi pencarian terbabit telah ditamatkan.

Video penuh:

Sumber : Desk Jabar, Tribun News, Hopsindonesia via Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*