Kawan Kawan Ejek Aku Gelojoh Dan Sangat Beraahi Selepas Aku 2 Kali Mengandung Ketika Belajar

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Nama aku Zie. Umur 28 tahun. Aku kahwin awal. Dapat anak pun awal. Alhamdulillah. Tu rezeki aku. Aku kahwin masa belajar. Belum habis degree, aku dah ada dua orang anak. Kawan-kawan aku ejek cakap, aku gelojoh sangat. Berahi kata mereka.

Aku tak tau kalau dapat anak awal sebelum habis belajar tu maksudnya gelojoh. Jadi kalau aku m4ti awal, tu pun namanya aku gelojoh juga ke nak jumpa malaikat m4ut? Baru aku tahu.

Aku sepatutnya habiskan apa yang aku belajar dalam tempoh 4 tahun. Tapi jadi lebih lama sebab banyak rehat atas sebab yang sangat-sangat tidak dapat dielakkan dan atas saranan pensyarah.

Habis belajar, aku bincang dengan suami aku tak mahu bekerja. Kami berkira-kira, untung atau tidak sekiranya aku bekerja. Tapi keyakinan suami pada rezeki Allah sangat luar biasa.

Dia kata, ‘isteri ni amanah Allah untuk dia jaga. Urusan nafkah keluarga tanggungjawab dia. Urusan asuhan dan didikan anak, tanggungjawab isteri.

Kelak nanti Allah akan tanya tentang tanggungan kita di dunia untuk dijawab di akhirat. Yakin pada Allah, ya sayang. Duit mak, nanti dia kirimkan tiap bulan’. Aku tersentuh hati.

Maka setelah itu, disebabkan aku hanya duduk rumah, ramailah yang sedara mara, jiran-jiran berkata. ‘Belajar lama-lama, tinggi-tinggi, untuk duduk rumah je?’

‘Perempuan sekarang belajar untuk kahwin jeee keeee?’ ‘Duduk rumah senangla kan? Rehat-rehat je’. Asal jumpa orang kampung, itulah soalannya kat aku.

Anak-anak bawa banyak rezeki kat kami. Anak pertama, suami aku dapat kerja dan gaji yang tak terjangka. Anak kedua, suami beli kereta dan hadiahkan kereta kedua untuk aku.

Anak ketiga, kami miliki rumah pertama kami diusia suami hujung 20-an. Anak keempat? Tiga dulu. ‘Nikmat Tuhan yang mana mahu kamu dustakan?’

Tapi orang lain menilai, rezeki itu hanya pada duit saja. Mak aku sendiri kata, bahagia dia hanya pada duit. Yelah, mungkin bila jiran-jiran datang bercerita kat mak, minggu ni anak Senah bawa berjalan ke Langkawi, anak Tijah belikan maknya beg Sembonia, anak Leha bawa mak Leha pergi umrah, dll, mak aku teringin.

Aku tanya, ‘Mak, Zie belum mampu nak kasi mak duit banyak-banyak. Tapi anak cucu-cucu mak datang tiap minggu, kadang-kadang kita berjalan, kita makan sedap-sedap, itu bukan sebahagian perkara yang bahagia ke untuk mak?’. Mak aku hanya senyap.

Itulah permulaan aku merasai dipresi. Untuk memenuhi kepuasan hati mak dan penuhi kepuasan hati orang lain serta aku mula membanding-bandingkan kehidupan aku dengan orang lain yang lebih berduit. Dan sesungguhnya mak sememangnya layak untuk merasai itu.

Merasai penat lelah aku dan hasilnya untuk membalasi jasanya. Aku takkan mampu membalas tiap titik susu mak, penat lelah dia membesarkan aku. Cumanya aku harap mak bersabar.

Hari ni aku belajar dengan suami, betulkan al-Fatihah, makhraj huruf hijaiyah, bacaan al-Quran agar aku dapat sedeqahkan al-Fatihah tiap lepas solat dan doa dengan bacaan yang betul buat mak ayah.

Aku dan suami tengah kumpul duit ni. Nak bawa mak jalan-jalan dekat-dekat, siapkan bilik mak kat rumah baru kalau-kalau mak skit, biar aku jaga, belikan kelengkapan untuk raya nanti, dll.

Point aku kat sini ialah kadang-kadang kita perkecilkan rezeki orang yang belajar tinggi-tinggi, tapi kerjanya hanya jual burger, berniaga kerepek, duduk rumah jaga anak.

Tapi kenapa perasaan orang yang lambat dikurniakan anak dan orang lambat bertemu jodoh, rata-rata kita ramai mampu faham? Tak berani perkecilkan sebab nak jaga hati.

Padahal, pedihnya sama sahaja. Bukankah semua itu berbaliknya pada rezeki dan aturan takdir Allah?

Suami aku pernah pujuk aku. (Pujuk aku sebab dia nampak aku tertekan jaga anak sambil berbisnes atas talian.)

Katanya, “Yang..ada orang banyak masa, tapi anaknya tiada, jadi mereka sunyi. Ada orang ramai anak, masanya tiada kerana sibuk didik anak dan berkerja untuk cari nafkah.

Ada orang ramai anak tapi banyak masa sebab ada pengasuh diupah untuk jaga anak tapi anak-anak tak dapat rasa air tangan ibuayaah sepenuh masa macam kita.

Jangan sedih-sedih, yang. Yakin pada Allah. Allah sayang kita. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.”

Habib Tohhir Muhammad Al-Haddar pernah berpesan, risau pada rezeki menandakan lemahnya iman seseorang. Apa yang kita risaukan, kita akan diuji. Itu saje luahan aku.

Doakan aku dapat sentiasa berfikiran positif ya semua. Moga-moga kita semua lebih yakin pada Allah Ar Razaq. Bukan manusia, bukan sijil, bukan duit. Amin

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Eyza Hassan, aku rasa mak kau teringin kau sbg anak yg belanja dia. cth belikan dia beg, kasut, bg duit.. dpt dari menantu (suami) mungkin feel dia lain. kalau kau yg bg, kembang semangkuk dia. silap², habis di canang satu kampung dia tayang pemberian kau.

bkn dia riak, tapi dia nak berbangga dia ada anak yg appreciate dia. ape yg kau plan utk dia akan dtg, bukan dia tahu pun, dan dia xkan pernah faham. so, kau letak diri kau di tempat mak kau jugak..

bkn dia x bersyukur, dia nak merasa duit titik peluh kau tu je. jgn harap suami je bg, kau pun hulur la jugak. at least terubat hati dia.. xde la dia termakan ckp² org

Fatin Sulaiman, sebenarnya kebanyakn mak ayah bila dah berjaya masukkan anak ke U, mereka sangat berharap anaknya akn boleh menjadi org berguna & membahagiakan mereka. Tak kisah bekerja atau bisnes.

Bagi puan ni, sy pon dulu kerja dan sekarang free lance . Wajib kasi mak ayah duit. Sekurang kurangnya walau pon puan x kerja, tolongla wajibkan diri kasi mak ayah dalam 100 macam tu. Buat bisnes pisahkan rm100 kasi mak puan.pon mereka dah bahagia.

Hasliza Rasyid, Kadang2 dugaan yg dtg tuh datang dari pilihan dan keputusan yg kita buat..puan memilih utk kawen awal dan belajar tinggi tp tak bekerja..so u have to faced it bila ada org mengata..diri kita jek yg faham dgn keputusan yg kita amek..so hirau kan ape org nk kata..keep positive..

Jodoh dan anak adalah ketentuan dan rezeki dari allah..pedih nyer lain..sbb bukan hak mereka utk tentu kan bila nk kawan n ada ank..rata rata yg akan faham bila mereka yakin jodoh dan rezeki ank adalah dr allah..tp ramai jgak yg disindir.

Cik Nadia, Tak semua org faham. Kita masing2 ada bahagian rezeki dan ujian masing2. Saya tak ada anak lagi, tapi saya faham view mak2 ni selepas saya bnyak bersembang dgn mak dan wanita2 berpangkat mak cik2 ni.

Ada sesetengah mak2 ni dia nak la rasa jerih perih dia ‘berbayar’ walaupun sikit, hasil usaha dia sdiri mengasuh mendidik anak2 dia, bukan mengharapkan pemberian menantu (menantu bukan ‘hasil usaha’ direct dari dia).

Memanglah kebajikan anak2 adalah kewajipan ibu bapa tp sedikit sebanyak mereka nak juga merasa ‘hasil usaha’ mereka berpuluh tahun WALAUPUN sikit selepas anak dah boleh berdikari (k3s ni x semua, tp ada).

Tentang org lain tu, pekakkan telinga. Tp dlm k3s mak sis, ye, walaupun kita rasa walaupun x dpt menghulur, tp kita dpt balik selalu, x menyusahkan org, tp perlu tengok juga kesesuaian parents kita mcm mana.

Kalau usaha dr segi tenaga tu mereka x nmpak, cubalah usaha hulur sekadar mampu. Kalau mak tetap x puas hati juga, x mengapalah. Kita minta mak doakan kita dilimpahkan lebih lagi rezeki dan dipermudahkan urusan.

Doakan juga mak lembut hati. Semoga sis sentiasa lapang hati dan bertambah murah rezeki insya-Allah.

Maizatul Akma, Jangan pernah merungut bila mak/ayah berkehendak apa2.. cuma terangkan dgn baik jika belum masa dan belum ada kemampuan.. mak/ayah juga manusia biasa.. di hari2 tua mereka teringin tapi kemampuan diri semakin terbatas..

jadi mereka meluahkan.. sebagai anak layankan je dgn kata2 yg baik.. ucaplah inshaAllah nnt orang ada lebih saya buat.. saya beli.. saya bawa.. mak/ayah doakan ye.. sejuklah hati mereka.. jgn sarcastic pd parent dgn bagitau mereka/ try to teach them.

Hayati Ismail, Allahu confessor sebijik kena macam akak..dikatanya belajar tinggi² ( padahal diploma je, degree pun sekerat jalan) last² duduk di rumah di kg pulak tu…akk pun kena perli/berleter/kena mrah sbb x pegi keja sdgkn akk ni buat bisnes roti dan frozen..

pastu dibanding² pulak dengan ank cucu sedara mara terdekat yg bergaji tetap dan akak ni setakat kais pagi mkn ptg..kais ptg mkn esok pagi pulak..akk senyap je dan kdg² buat akk terpikir apa selama yg akk berbisnes ni bukan rezeki dr Allah Taala ka?

Skrg ni akk cuma pikir buat stkt yg mampu dan hasil titik peluh akk ni hulur pd ibu wpun x seberapa…hidup kita ni biarla kita sendiri yg atur dan mungkin skg kita diuji dgn kesusahan dan yg pasti Allah Taala sdg memberi pahala di atas kesabaran kita ni..Jgn dpress ya dik.

Ummi Nadia, dulu masa time belajar nak kahwin, ala janji awak pada mak awak? cuba ingat balik.

sy kawin sejurus lepas grad. n saya janji dengan ayah untuk bekerja. tapi lepas kawin sy duduk di kg suami, di pedalaman yg mana payah nak dapat kerja yg bersesuaian. so saya jadi suri rumah.

ofcourse my parents disappointed of me, sbb diorang ada rencana sendiri untuk saya.. tiba2 dtg seorang lelaki, menikahi saya & menidakkan semua rencana yg parents saya nak untuk saya. mereka tak marah, but they do disappointed.

sekarang ni pun sy selalu berfikir, if my daughter pun jadi cam saya, adakah sy akan berbangga atau kecewa.

Zinnirah Sofea, Dulu kan, ada kawan saya pernah pesan.. Dia kata, jadikan hati kita ni sebesar tasik, bukan sebesar cawan.. Kalau tasik, kita campak segenggam garam pun dalam tasik tu, terasa masin tak airnya? Mesti tak kan? Cuba kita letak garam walau secubit dalam cawan. Terasa masin tak? Mesti masin kan? Ha, macam tu la hati kita…

Garam itu umpama masalah2 dalam hidup kita ini.. Tasik atau cawan itu pula umpama hati kita. Kalau kita lapangkan hati sebesar tasik, datanglah masalah berat macam mana pun, kita takkan terasa berat sangat bebanannya.

Tapi kalau hati kita ini kita biarkan sekecil cawan, pasti terasa bebanannya walau cubaan yang datang itu secebis cuma. Besarkan jiwamu, saudari. Perjalanan kita panjang lagi.

Nor Nadira, sis we are in the same shoe.. just sy baru grad and get married during second year of degree and last sem dikurniakan anak… alhamdulillah..dan sekarang tengah sibuk jaga sebab sayang nak bagi orang lain tahu perkembangan anak lebih dari saya.. suami pun tak bagi saya kerja lagi..

Alhamdulillah.. habis je last sem suami dapat kerja even stat dari cuci pinggan dekat f&b restaurant.. then dapat better offer one by one.. suami sy pon selalu cakap jangan risau pasal rezeki.. jangan tengok apa yang orang ada.. tapi bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada kita.. Hugs from me

Ann Fardan, Mak saya dari kami adik beradik kecik2 lagi awal2 dah bagitahu… Belajar rajin2 cari kerjaya dan bagi mak duit byk2.Dan memang mak saya favourite dia duit.. Waimah RM 10 hengget pun kalau kita bagi dia sgt gembira…

Kalau dibelikan apa2 ada je x kena… Ajak jalan mana2 memang cerewet dia lg suka baca Quran kat rumah… Mak saya jenis suka sedeqah… Kalau kita bagi duit kat dia..

Duit2 itu jugalah dia sedeqahkan separuh…duit2 kami bagi disimpan kadang2 bila dia nampak anak2nya susah dia akan bagi semula duit dia dpt utk bantu anak2..

Bagi dia duit memang menyeronokkan tapi lagi seronok bila dia lihat semua anak2 perempuan dan lelaki dia rajin kerja.. Rajin usaha… Mampu byk pekara dan jarang susahkan pasngan.

Bg emak duit bkn segala2nya tp segala2nya perluukan duit…emak saya berkorban jaga kami semua dari kecik sampai besar… Dia memang x suka kami tak bekerja waimah suami mampu segala.

Ibarat kata emak… Hidup ini sediakan payung sebelum hujan… Dan kerana emak suka duit hahhahahah kami semua sgt bermotivasi utk berusaha supaya boleh bg mak duit byk2.

Yg pasti sampai sekarang sebut je apa kami perluukan mak sentiasa siapkan dan cuba adakan….itulah emak saya si mata duitan tapi hati dia tempayan emas.

Rinn Haris, Confessor beruntung….dpt rezeki kahwin, dapat suami penyayang, dapat anak pulak tu….dapat kahwin awal…tahu tak ramai lagi perempuan kat luar sana yg nak kahwin jodoh tak sampai2 dah usaha cari jodoh pun tak dapat jugak..

So sama samalah bersyukur dan ignore kata2 orang lain….tak payah kusut2 fikir, just live our own life well….kita pun bahagia kalau x pikir pasal kata2 orang.

Ulfa Salwa, Sis, balik pluk c1um pipi mak tu lama2… Bisik kat telinga mak, “nanti sy bwk mak pi shopping. Doa la utk rezeki sy. ” walaupun shopping kat pasar malam.

Kdg2 mak tu nak meluahkan apa dia rasa, tp tersalah ayat. Dia pun phm, tp bila org2 pakat ber cakap dia pun kalah dgn hati & perasaan. Ajar & ajak cucu2 pluk c1um sekali. Sis pun pluk c1um mak setiap kali jumpa ye.

Syahida Borhan, Emak. Normal emak-emak rasa macam tu. Bukan apa, macam mana kita ada bayangan apa anak kita masa depan, macam tu jugak mak-mak kita. Mesti ada impian, expectation masa dia hantar kita belajar dulu.

Sebagai anak, kita buat yang terbaik untuk mak. Sekecil-kecil hadiah atau kejutan pasti akan gembirakan dia. Ada orang suka dihargai dengan hadiah, ada orang dengan pujian, ada orang dengan masa bersama. Cuba tengok mak kita dari category yang mana.

Semoga gembira selalu. Tak penting apa yang orang lain rasa. Sendiri rasa paling penting.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*