Isu sotong goreng RM100, Presiden IMcom minta muhasabah diri, jangan melatah

GEORGE TOWN – Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia (IMcom) kesal dengan tindakan segelitir netizen yang dikatakan ‘cepat melatah’ berhubung isu penyebaran maklumat berkaitan harga makanan terutama yang dipasarkan di restoran nasi kandar di negeri ini.

Ini susulan isu harga dua ekor sotong goreng yang dikenakan RM100 di sebuah premis popular di Pulau Mutiara yang tular di media sosial Facebook kelmarin.

Presidennya, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata, tindakan menyebar maklumat tanpa menyelidik kepastian sehingga menimbulkan fahaman negatif dalam kalangan warganet sepatutnya tidak berlaku.

Menurutnya, tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mendatangkan impak terhadap pemilik premis berkenaan tetapi pengusaha restoran nasi kandar lain di negeri ini.

Gambar sotong diubahsuai yang tular di media sosial.

“Sebelum menyebarkan sebarang maklumat, selidik dahulu apa yang berlaku dan jangan cepat melatah dan pantas mengviralkan benda yang membangkitkan banyak kegusaran terhadap pengguna (peminat nasi kandar) lain.

“Pengguna juga perlu tahu akan keadaan kami ketika ini yang berdepan dengan isu kenaikan harga barangan mentah yang berubah pada setiap hari termasuk sayur-sayur sejak bulan lalu,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu lagi, bagaimanapun pihaknya tetap berlapang dada apabila hidangan asli nasi kandar masih mendapat sambutan yang menggalakan dalam kalangan penggemarnya biarpun terpalit dengan isu sotong goreng seratus.

Sementara itu, pengusaha restoran nasi kandar Hameediyah di pusat bandar Georgetown di sini hanya mempunyai kurang 24 jam lagi untuk memberikan maklum balas Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) sehingga esok.

Dalam perkembangan sama, tular pula gambar pemandangan feri ikonik Pulau Mutiara yang berlatarbelakangkan gambar seekor sotong segar yang diletakkan di lokasi keberadaan Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR).

Gambar tersebut turut mendapatkan perkongsian ramai netizen menerusi status WhatsApp sejak pagi semalam

“Saya owner gambar resit berkenaan dengan restoran *HAMEEDIYAH* ingin memohon maaf diatas kesalah fahaman yang berlaku ini .

Pada jam lebih kurang 5petang ( 23/11/2021 ) , saya pergi ke restoran berkenaan untuk membeli makanan , saya dan pasangan telah mengambil 2 ekor sotong goreng apollo yang berharga RM50 seekor . Saya juga melihat owner restoran key in harga tersebut , dan saya tidak membantah untuk harga tersebut kerana sebelum ini saya juga pernah pergi ke restoran yang sama dan order makanan yang sama , jadi saya tahu dengan harga makanan berkenaan kerana sama dengan sebelum ini .

Saya hanya upload di IG Story , dan tidak meletakkan caption mahal atau sebagainya . Tetapi ada pihak yang ” screenshot ” posting berkenaan dan memuat naik di laman facebook beliau serta tag lebih kurang

70orang dengan caption ” Hati hati kawan2..yg mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga 2 ekor sotong boleh cecah smpai Rm100. ”

Posting berkenaan telah viral selepas beliau muat naik dengan caption sebegitu . Disini saya ingin jelaskan bahawa harga berkenaan memang harga yang sepatutnya oleh kerana sotong yang kami ambil itu sotong bersaiz besar , dan harga berkenaan tidak mahal kerana saiznya berbaloi , jadi untuk sesiapa yang telah salah anggap dan mengatakan saya cakap harga itu mahal adalah tidak benar . Harga sama dengan sebelum ini saya beli di restoran berkenaan .

Saya tidak berniat untuk viralkan posting berkenaan , tetapi ada pihak lain yang telah screenshot dan memuat naik di laman fb dengan caption yang seakan akan ingin mengatakan saya mengadu tentang harga berkenaan .

Jadi dengan penjelasan ini saya harap orang ramai tidak salah faham lagi di antara harga dengan posting sebenar saya .

Saya juga ingin memohon maaf dia atas kesalahan pihak saya , dan orang yang viralkan posting berkenaan , saya harap orang ramai jelas dengan isu ini . Terima Kasih. ”

Sumber : HAMEEDIYAH RESTAURANT

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*