“Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu” Tunggu masa jatuh tal4k, Aishah tampil cerita perkara sebenar

IBARAT retak menanti belah, itulah situasi penyanyi Aishah yang mendedahkan rumah tangga kali keempat yang dibina sejak lima tahun lalu kini goyah.

Berkongsi mengenai perkara itu, Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 56, memaklumkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak tiga bulan lalu.

“Benar, kami sudah berpisah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu.

“Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akhir hayat. Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini.

“Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Anggap sahaja antara kami sudah tiada jodoh,” katanya seperti dilapor BH.

Aishah dan suami sudah tidak tinggal sebumbung.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata dia berkongsi mengenai keruntuhan rumah tangga bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak.

Namun, dia memberanikan diri membuka cerita peribadi itu bagi mengelakkan timbulnya fitn4h.

“Jika boleh saya tidak mahu kisah rumah tangga jadi tatapan umum. Namun, saya akan menerima kesannya hanya kerana saya seorang selebriti.

Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan

“Saya memang memberi sedikit bayangan menerusi hantaran dimuat naik dalam laman Instagram (IG). Mana yang tahu, tahulah…

“Pengakuan dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja.

“Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan,” katanya.

Usaha mStar mendapatkan penjelasan lanjut masih belum berjaya apabila panggilan dan mesej tidak berjawab.

Menerusi laporan mStar pada 2017, Aishah memaklumkan dia sudah sudah kembali berumah tangga selepas enam tahun bercerai dengan suami ketiganya iaitu pada 2011.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya perkahwinan keempatnya itu.

Aishah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Menerusi perkahwinan pertama dia dikurniakan Armand Azhari, 28 dan perkahwinan kedua dikurniakan Azhad Ahlami, 23.

Pernah Dib0ikot? 10 Hal Tentang Aishah Yang Anda Tak Ketahui

1.Penyanyi Antarabangsa

Aishah pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand sehingga dikenali seluruh dunia sebelum meneruskan karier solo di tanahairnya. Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa malahan pernah menduduki carta Billboard Hot 100 menerusi lagu Dont Make Me Fall Alone pada tahun 1990.

2. Empat Kali Berkahwin
Menerusi dua perkahwinan pertamanya, Aishah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Armand Azhari, 24, dari perkahwinan pertama yang dirahsiakan dan Azhad Ahlami, 19, menerusi perkahwinan kedua dengan Muhammad Abdullah pada 1997 sebelum sah bercerai pada 2005.

Aishah kemudiannya berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 2010 namun bercerai setahun kemudian. Aishah sudah kembali berumah tangga untuk kali ke-4 namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

3. Bertanding Dalam Pilihanraya

Pada tahun 2011, beliau terjun ke dunia politik bersama parti pilihannya, PAS dan bertanding untuk kerusi Parlimen di Jempol pada Pilihan raya umum Malaysia 2013.

4. Natasha Aminah

Aishah bermula dengan menjadi artis syarikat rakaman Life Records dan muncul dengan dua lagu bersama Malek Ridzuan dalam album Jilid 5 kepunyaan Malek. Lagu yang popular ialah “Mawar Putih Mawar Merah”. Walau bagaimanapun, Aishah ketika ini menggunakan nama Natasha Aminah.

5. Pemegang Ijazah Sarjana Salam Sains Politik
Aishah mendapat pengajian dalam jurusan Sains Politik di Universiti Auckland, New Zealand. Bagaimanapun atas beberapa faktor, dia hanya lulus dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

Pun begitu, pada tahun 1996 beliau akhirnya berjaya mendapatkan ijazah sarjana dalam Sains Politik yang kemudian menjadi antara titik tolak penglibatannya dalam dunia politik Malaysia.

6. Artis Pertama Menduduki Carta Billboard di Amerika
Aishah merupakan artis Malaysia yang pertama berjaya mendaki carta Billboard di Amerika Syarikat. Lagu-lagu pop dance seperti “Sensation”, “Call Me”, “Never Give Up On You”, “Paradise” menduduki banyak carta muzik dunia.

7. Paul Moss Merupakan Salah Satu Ahli Kumpulan
Masih ingat lagi dengan Juri tetap Malaysia Idol? Paul Moss juga salah seorang ahli kumpulannya dan dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke Malaysia dan menjadi penerbit dan penggubah lagu.

8. Anugerah Juara Lagu ke-5 & Campak Beg LV

Lagu itu dinobatkan Anugerah Juara Lagu ke-5 anjuran TV3 dengan mengalahkan “Suci Dalam Debu”, Iklim dan “Sejati”, Awie. Aishah cukup diingati di pentas AJL kerana aksi campak beg berjenama Louis Vuitton atas pentas yang ketika masih baharu dikenal di Malaysia.

9. Diboikot Wartawan
Pada tahun 1993 Aishah diboikot wartawan Malaysia gara-gara merahsiakan perkahwinan pertamanya yang juga warga New Zealand. Peristiwa diboikot wartawan hiburan menyebabkan karier Aishah menyepi seketika.

10. KraftanganAishah juga dikenali kerana kemahirannya dalam membuat kraftangan. Beliau sering terlibat dalam ekspo kraftangan dan pernah membuka perniagaan berkaitan kraftangan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*