“Semua benda ni jadi ataz keizinan, saya minta elok-elok” -Isteri kedua Tauke Jambu tampil beri penjelasan

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba nama pelawak Tauke Jambu menjadi sebutan netizen selepas tular video seorang lelaki miripnya dengan wanita berpakaian serba putih seperti pasangan pengantin.

Rakaman video pendek memperlihatkan Tauke bersama wanita itu di muat naik oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok sebelum ia dikongsi semula di Instagram.

Tauke tak cer4i isteri pertama, pernikahan kedua dapat restu – “Hubungan Shu dengan dia baik”

AKHIRNYA Tauke Jambu tampi memberi penjelasan selepas video pernikahannya tular di media sosial bersama seorang wanita.

Menjawab dakwaan tersebut, dia telah mendapat restu dan keizinan daripada isterinya Nadia untuk berkahwin.

“Pernikahan saya dengan Shu dapat restu daripada isteri saya Nadia.

“Shu juga dah berjumpa dengan isteri saya bekenalan, mereka pun tak ada apa-apa masalah,” katanya kepada mStar.

Tauke dan isterin pertama, Nadia.

“Pengenalan dengan Tauke sebagai rakan sekerjaDia banyak faham dan support saya.Kak Nadia dan saya memang rapat, dia banyak support saya
dia ok, dia izinkanlahSemua benda ni jadi ataz keizinan, saya minta elok-elok” jelas Shu

Pada tahun 2019, Tauke menafikan dia menceraikan isterinya Nadia Mohd Affandi melalui rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp seperti didakwa isterinya pada Januari tahun itu.

Difahamkan, keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada orang ketiga apabila Tauke dikatakan curang dengan seorang wanita.

Bagaimanapun, hubungan perkahwinan mereka masih utuh dan menjalani kehidupan rumah tangga seperti biasa.

Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina, 3.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*