“Ingatkan siakap, sotong dan sayur sahaja mahal” Kecoh pula tiket ‘parking’ kereta cecah ribuan ringgit

PETALING JAYA – Tular sebuah video di dalam media sosial berkenaan seorang wanita yang terkejut apabila melihat tiket ‘parking’ keretanya dipercayai di sebuah pusat membeli belah telah mencecah sehingga ribuan ringgit.

Melalui perkongsian video oleh @airaazmi20 di laman aplikasi TikTok, wanita itu memasukkan tiket parkir tersebut di mesin pembayaran tiket dan harga yang perlu dibayar ialah sebanyak RM 1054.

Berdasarkan video berdurasi 13 saat itu, difahamkan wanita berkenaan sebenarnya telah tersimpan tiket itu selama sebulan selepas palang parkir di pusat membeli belah itu tidak berfungsi dahulu.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dan orang ramai masih mempersoalkan bagaimana kereta wanita itu boleh keluar dari kawasan tersebut walaupun sudah dijelaskan.

“Dulu kad pernah hilang, adik jadi mangsa jalan kaki pergi ambil tiket baru, tetiba percuma sebab tak sampai satu jam walhal dah berjam-jam dalam ‘mall’,” kata @Badariah Isa.

“Otak saya tak boleh fikir, macam mana kereta dia boleh keluar dari tempat itu dah dekat tiga jam saya tengok video ini,” ujar @Cenonetecah.

Tangkap layar video oleh @airaazmi tentang harga bayaran tiket parkir yang perlu dibayar.

“Ingatkan harga Siakap sahaja mahal, ini harga parking pun sama-sama naik,” @Siti Khatijah.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 565,400 tontonan dan 23,400 tontonan di dalam TikTok

Harga sayur paling mahal dalam 30 tahun

Dalam perkembangan lain Peniaga di Pasar Kuala Perlis, di sini mendakwa kenaikan harga beberapa jenis sayur sejak tiga minggu lalu adalah paling tinggi dalam tempoh 30 tahun.

Tinjauan ke pasar tersebut mendapati harga sayur seperti kubis, sawi, bunga kubis dan brokoli naik antara RM2 hingga RM8.

Kenaikan harga itu menyebabkan ada peniaga tidak mengambil sayur berkenaan bagi mengelakkan kerugian.

Seorang peniaga, Cho Po Huat, 74, berkata, harga bunga kubis kini dijual pada harga RM20 seki­logram berbanding RM12 sekilogram kira-kira sebulan lalu.

Katanya, harga brokoli pula meningkat kepada RM20 hingga RM22 sekilogram berbanding RM8 sebelum ini menyebabkan dia memilih untuk tidak menjual sayur tersebut ketika ini.

“Sayur sawi dari Thailand pun naik kepada RM6 sekilogram berbanding RM4 sejak tiga minggu lalu. Ada pelanggan kata kami saja jual mahal, sedangkan kami juga memperoleh harga yang mahal daripada pembekal.

“Kenaikan harga ini membuatkan kami pun pening kepala. Sudah 30 tahun jual sayur, ini kali pertama saya lihat kenaikan yang paling tinggi,” katanya.

Sementara itu, Low Peik Ngo, 52, berkata, dia memilih sayur sawi dari Thailand berbanding Cameron Highlands yang jauh lebih murah harganya.

“Sawi dari Cameron Highlands ditolak kepada kami pada harga RM8 sekilogram, kalau ambil nanti terpaksa jual pada harga yang lebih mahal berbanding sawi dari Thailand yang ditolak oleh pembekal pada harga antara RM4 ke RM5 sekilogram.

“Banyak sayur yang naik harga dan tidak pernah terjadi seperti ini sebelum ini. Oleh itu, saya berharap kerajaan dapat mengawal kenaikan harga tersebut supaya tidak membebankan peniaga seterusnya pelanggan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Nege­ri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Perlis, Norazah Jaapar berkata, terdapat kenaikan harga beberapa jenis sayur di ne­geri ini dengan julat kenaikan antara RM2 hingga RM8 sekilogram.

“Trend kenaikan tersebut dikesan berlaku dengan ketara sejak minggu lalu iaitu sayur kubis, sawi, brokoli, kacang buncis dan cili merah,” tambahnya.

CHO PO HUAT menunjukkan sayur sawi dan bunga kubis yang merupakan antara jenis sayur yang mengalami kenaikan harga di Pasar Kuala Perlis, Kuala Perlis semalam.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*