“Jgn Kacau Laki Org..” – Isteri Mendoza Terharu dengan kebaikan netizen, namun ad yg nasihat jgn gnggu.

Demam bolasepak Piala Malaysia sudah melabuhkan tirai dengan kemenangan berpihak kepada Kuala Lumpur City (KLC) dengan keputusan 2-0 apabila mengejutkan juara bertahan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kemenangan yang cukup bermakna buat The City Boys yang menamatkan penantian selama 32 tahun untuk merangkul piala, dan lebih manis lagi apabila kejuaran itu dapat dirangkul pada edisi ulang tahun ke-100 Piala Malaysia.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah kecekapan dan ketampanan penjaga gol skuad KLC yang beraksi cemerlang pada perlawanan akhir yang berlangsung semalam.

 

Ramai wanita Malaysia tertarik dengan penjaga gol itu, yang dikenali sebagai Kevin Ray Mendoza Hansen. Namun bagaimanapun, segelintir peminat wanita hampa apabila Mendoza sudah mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Nadia Baekgaard yang dikahwini hampir 9 tahun itu.

“Wauw I am so overwhelmed right now. You guys are all so so kind for congratulating Kevin on the big achievement yesterday. I want to get back to you all, but you are sooo many. Wauw, I will reply to as many as I can. But please know that I see and appreciate all of your messages so much. Terima kasih banyak everyone.” ujar Nadia.

Walaubagaimanapun, tidak ketinggalan ramai menitipkan ucapan tahniah kepada isteri penjaga gol The City Boys itu dan rata-rata netizen senang dengan sikap mesra Nadia yang ‘sporting’ melayan pengikutnya dan Nadia juga terharu dengan kebaikan netizen.

Namun, seorang individu sempat berpesan kepada wanita Malaysia agar jangan ganggu suami orang sehingga sanggup ‘claim’ untuk menjadi isteri kedua.

Selain itu, ada juga individu wanita berpesan kepada mereka yang berangan itu segeralah berundur dan mengatakan wanita-wanita Malaysia bukanlah saingan kerana isterinya juga sudah susah senang bersama hampir 9 tahun.

“Haa usha apa tuu, dia dah berpunya laa wkwkwk..”

“Laki rang guys satay sotong semuanya..”

“Saja nak mai sini nk tengok wanita Malaysai broken..”

“Okay dah sila move on..” ujar rata-rata netizen di hantaran akaun Instagram Nadia.

Selain daripada itu, Mendoza turut menitipkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengucapkan ucapan tahniah kepadanya dan Mendoza berkata bagaikan mimpi dengan kemenangan yang diperolehi semalam. Mendoza turut mengatakan dia akan ke Filipina untuk mewakili negara tersebut pada perlawanan Suzuki Cup akan datang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Instagram Nadia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*