Foto Atas Pelamin Dapat Kritikkan. Amelina Amir Luah Rasa Tersinggung Dengan Kata Kata Warganet Tentang Dirinya.

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa foto yang memaparkan penyanyi dangdut, Amelina Amir Sharipuddin mengenakan sepersalinan rona putih sambil duduk di atas pelaminan bersama seorang jejaka.

Foto berkenaan nyata menimbulkan tanda tanya di hati para peminat yang ingin tahu adakah benar Amelina kini telah pun melangsungkan majlis pernikahannya.

Bagaimanapun, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Amelina memaklumkan foto-foto berkenaan sebenarnya merupakan antara babak-babak yang dilakonkannya menerusi telefilem terbaru yang berjudul Akad Ibu Sejadah Rindu.

Pada masa sama, Amelina mendedahkan dirinya berasa sedikit tersinggung dengan reaksi-reaksi yang diberikan oleh segelintir pihak yang mengecam mengenai tindakannya itu.

Malah, ada juga yang mempersoalkan mengenai umurnya untuk kembali berumah tangga.

“Sentap lah! Ada yang amin kan! Ada yang k.c4m dan ada yg kata ‘sudah lah dah tua-tua pun nak kahwin ke’

“Ingat kak long tak laku ke? Bersusun tau, cenggini haaa. Sekali petik 10 yang LARIKKKK….tau,” tulisnya.

Jelas bekas peserta program Gegar Vaganza 5 itu lagi, perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh kerana sekiranya tersalah pilih pasangan, kesannya akan kekal sampai bila-bila.

“Ingat, PERKAHWINAN akan jadi PERKARA terindah tetapi jika anda tersalah pilih PERKAHWINAN akan jadi SEJARAH TERBURUK dlm kehidupan mu,” ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata wargamaya turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga Amelina dipertemukan dengan jodoh yang baik.

“Kalau betul pun apa salahnya kan, tetap maintain cantik.

“Betul, perkahwinan akan menjadi sejarah terburuk dalam kehidupan kalau tersalah pilih.

“Sabar kak, hidup kita memang selalu diuji.

“Tua-tua la perlu kahwin supaya ada kawan. Takpe kak, kalau ada jodoh, akak kahwin je tau. Kita doa tang baik-baik,” antara komen-komen wargamaya di laman Instagram.

Akad Ibu Sejadah Rindu merupakan sebuah telefilem yang diarahkan oleh Siti Jasmina dan akan ditayangkan di saluran RTM 1.

Sumber: Instagram Amelina Amir Sharipuddin.

Dalam Diam Tahu Tahu Naik Pelamin. Ramai Peminat Yang Seronok. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Amelina Tampil Bongkarkan Pasal Ni.

GARA-GARA perkongsian video seorang jurumekap yang memperlihatkan penyanyi dangdut Amelina berbaju pengantin menimbulkan tanda tanya peminat. Menerusi akaun TikTok @hahaksado dengan kapsyen ‘selamat pengantin baru, akhirnya dah kahwin penyanyi dangdut Malaysia kita’, Amelina disangka mengikut jejak aktres Jasmin Hamid yang sudah menamatkan zaman janda.

Perkongsian itu juga menerima ucapan tahniah, malah ada juga yang meminta pengesahan tentang berita gembira itu. “Tahniah selamat pengantin baru semoga berbahagia hingga ke Jannah. Betul ke kak long dah kahwin? Tahniah Kak long selamat pengantin baru. Seronoknya kak Lina dah kahwin semoga berbahagia kak Lina,” antara respon dan reaksi netizen.

Bagaimanapun, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, yang dihubungi mStar memberitahu foto yang diambil itu hanya untuk penggambaran drama. “Foto tu sebenarnya masa saya dalam set penggambaran drama Akad Ibu Sejadah Rindu, saya pun tak tahu macam mana lah benda tu boleh viral.

“Kalau betul kahwin saya akan buat grand… tak ada la pelamin macam itu,” katanya. Bercakap soal jodoh, Amelina berkata, dia tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya ada rezeki dan calon yang sesuai untuk dijadikan suami. Tambah ibu tunggal kepada enam orang anak ini, dia pernah beberapa kali cuba untuk mengenali seseorang namun masih trauma dengan kegagalan rumah tangga dahulu.

“Saya pun menunggu jodoh daripada langit. Entah kalau orang tanya saya pasal jodoh saya dah mencuba berkali-kali. “Tapi pertama mungkin orang bosan dengan saya sebab busy dan jenis ambil mudah dalam perhubungan,” ujarnya. “Tak tahu dalam usia macam ni, saya ibu tunggal dan indipendence. Saya kena cari orang yang betul-betul sayang dan support sebab saya bukan orang muda.

“Kehidupan rumah tangga saya penuh dengan penderitaan dan trauma, saya tak ada pengalaman yang berbunga-bunga atau bintang-bintang. Kehidupan saya sangat perit! “Saya tak pernah rasa momen macam dalam drama tu yela sebab perkahwinan akak terdahulu kat luar negara. Aku tak kira nak naik pelamin juga kalau ada jodoh InsyaAllah,” ujarnya.

Amelina mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood 26 April 1999 di Songkhla, Thailand, namun berpisah pada 29 Jun 2016. Perkahwinannya dengan Reduan dikurniakan enam anak iaitu Puteri Nur’ Athirah, 20; Putera Al’ Affiq, 19; Putera Al’ Asyraff, 18; Puteri Nur’ Asyurah, 16; Putera Al’ Arffa, 14; dan Putera Al’ Amzar, 12.

Kecoh Ratu Dangdut Tanam Benang Dalam Muka. Sekali Ini Hukum Sebenar Buat Orang Islam Yang Ramai Tak Tahu.

Perkongsian ratu dangdut Amelina mengenai proses rawatan tanam benang atau ‘threadlift’ pada rahang dan hidungnya membuatkan ramai peminatnya ‘kecut perut’. Menerusi perkongsian video di Instagram Amelina, penyanyi tersebut secara terbuka menunjukkan proses rawatan yang dikatakan agak ‘menyer4mkan’ apabila wajahnya terpaksa dimasukkan benang. Difahamkan, sebanyak enam benang dimasukkan ke dalam rahang Amelina dan perkara itu sekali gus membuatkan ramai yang seriau melihat proses berkenaan.

Enggan tindakannya disalah erti, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, kemudian menegaskan bahawa keputusan untuk membuat rawatan itu hanyalah untuk membaiki keadaan wajah dan bukan untuk mengubah rupa bentuk.

“Kaklong tak nak hidung Angelina Jolie sebab kaklong rasa hidung kaklong paling cantik. Kaklong taknak pergi kopak kulit muka kaklong sebab kaklong nak jadi muka budak 16 tahun dah sah-sah kaklong 40-an. Itu merubah namanya bukan membaiki,” katanya. Jelasnya, dia cuma mahukan dirinya seperti dahulu yang lebih ‘presentable’. “Setelah Kaklong dikritik selekeh, tak pandai jaga level, gemoklah, do i cares? Kaklong sekarang menjaga dan menghargai apa yang kaklong ada. Kalau ‘sagging’ kita tegangkan, kalau gemok kita kuruskan yang penting jangan kau lapah sana, kopak sini, sumbat segala besi ,plastik segala macam, kikis sana sini, jangan! Buat apa yang perlu jangan terlalu obses. Buat sesuatu yang bersifat sementara jangan yang kekal,” katanya.

Sementara itu menerusi posting berasingan, Amelina turut berkongsi perubahan wajahnya selepas melakukan rawatan tersebut. “Kaklong dah cakap dah kaklong memang cantik daripada 30 tahun lepas, korang tak percaya. Ada ke nampak yang diubah? natural kan? Tetap muka Amelina tetapi nampak lagi fresh dan tegang dan yang kaklong suka sekali structure kulit kaklong pun elok dah. “Paling penting hidung kaklong tu lagi terletak macam masa kaklong anak dara,” katanya.

Biarpun ramai yang memuji perubahan Amelina itu, namun tidak kurang juga komen-komen ‘nakal’ yang mendkwa tindakan penyanyi itu seperti mengubah kejadian asal. Tetap dengan pendiriannya, Amelina kemudian menegaskan dia hanya menegangkan kulit dan tiada sebarang perubahan dibuat.

“Insya-Allah tak, nanti tengok yer before & after. Cuma kulit tegang jer lah pun. Kalau adik ada nampak yang kaklong ubah bagi tahu ok. Tunjuk satu-satu sama ada kaklong buang ke atau kaklong tambah. Risau juga kan nanti timbul ftnah pula,” katanya.

Sekadar info, rawatan tanam benang (Threadlift) adalah rawatan yang bertujuan untuk mengurangkan kenduran dan lipatan kulit di sekitar kawasan rahang, pipi dan leher. Rawatan ini dianggap sebagai rawatan alternatif yang lebih selamat dan kurang ‘invasive’ berbanding pembedahan ‘facelift’ tradisional. Difahamkan, benang khas akan digunakan untuk menegangkan bahagian kulit yang ingin dicantikkan supaya keadaan wajah akan kelihatan ketat dan anjal.

Hukum Tanam Benang Dalam Islam

Metode pengencangan kulit wajah kini semakin berkembang, salah satunya dengan teknik tanam benang (Catgut Embedded). Seperti kita ketahui bahwa tanam benang merupakan perawatan yang menggunakan media benang dalam proses operasinya dimana benang menggunakan cairan obat untuk regenerasi kulit yang ditanamkan di dalam kulit sebagai proses kecantikan. Baca juga Hukum Tidak Menutup Aurat Ketika Membaca Al-Quran

Bagaimana menurut hukum Islam ? ada baiknya kita lihat hadits berikut :

عن عبد الله رضي الله عنه لعن الله الواشمات والمستوشمات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله

Artinya: “Allah melaknat wanita-wanita yang mentato dan yang meminta untuk ditatokan, yang mencukur (menipiskan) alis dan yang meminta dicukur, yang mengikir gigi supaya kelihatan cantik dan merubah ciptaan Allah.” (Hadits riwayat Muslim dan riwayat Bukhari )

Dalam menjelaskan hadits di atas, Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim 13/107 menyatakan: “Al-Wasyimah” adalah wanita yang mentato. Baca juga Hukum Memegang Qur’an Tanpa Wudhu. Dan wanita yang mentato punggung, telapak tangan, pergelangan tangan, bibir, serta anggota tubuh lainnya dengan menggunakan jarum hingga mengeluarkan darah dan diberikan tinta untuk diwarnai. Dalam islam perbuat tersebut sudah jelas haram hukumnya bagi yang mentato atau yang ditatokan. Tanam benang, Sulam alis dan sulam bibir sama-sama memakai sistem pewarnaan dan merubah ciptaan Allah yang diharamkan secara yang terkandung dalam hadits ini (Lihat juga firman Allah dalam QS An-Nisa 4:119).

Boleh Bagi Wanita Yang Bersuami, Yang Belum Bersuami Haram

Ahmad Dahlan berpandukan kepada pendapat Imam Nawawi menyatakan “boleh” bagi perempuan yang bersuami asalkan mendapat izin dari suaminya, sedang yang belum bersuami haram secara mutlak. Landasannya adalah Syarah Muslim 1/287 dalam menafsiri hadits di atas Imam Nawawi sebagai berikut :

وأما تحمير الوجه والخضاب بالسواد وتطريف الأصابع فإن لم يكن لها زوج ولا سيد أو كان وفعلته بغير إذنه فحرام ، وإن أذن جاز على الصحيح

Dalam syarah di atas jelas bahwa (wain adana … ‘ala sholih) artinya jika diijinkan oleh suami dan bertujuan untuk membahagiakan suami, menurut konteks syarah hadits di atas diperbolehkan, kecuali bagi yang belum nikah haram mutlak hukumnya. Baca juga Hukum Operasi Caesar Dalam Islam

Cuba direnungkan bagi kalian para istri dan muslimah bahkan boleh jadi perlu diadakan penelitian terhadap para istri yang melakukan hal tersebut tanam benang dan tindakan operasi kecantikan lainnya yang sebenarnya merugikan diri sendiri adakah yang bertujuan untuk membahagiakan suami? Tentu ini yang paling tahu adalah masing-masing diri sendiri.

Bandingkan antara aspek manfaat dan aspek madharatnya, juga antara aspek bahayanya, karena dapat kita ketahui jika tindakan seperti itu juga berkonsekuensi lain pada tubuh kalian, karena bisa saja ada efek samping. Atau lebih penting mana kecantikan hati dengan kecantikan wajah karena sesungguhnya wanita muslimah adalah dilihat dari kecantikan hatinya. Baca juga Hukum Fashion Show dalam Islam

Kesimpulannya bahwa ada dua pendapat yang ditemukan dalam persoalan tanam benang dn tindakan operasi lainnya seperti sulam alis, sulam bibir dan sejenisnya. Yakni yang mengharamkan dan yang membolehkan tapi dengan syarat ada ijin khusus bagi yang sudah bersuami harus ada izin dari suami terlebih dahulu karena hal tersebut berarti kita menghargai suami dan bagi yang belum bersuami haram hukumnya karena sama saja menampilkan kecantikan dan keanggunan tubuh dan wajahnya. Selain itu pikirkan juga aspek maslahat dan madharatnya, aspek tujuan yang ada dan aspek bahanya juga hati-hati karena operasi seperti ini pasti ada risikonya. Semoga bermanfaat. Sumber: https://dalamislam.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*